Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Haji Hadi : Bagi Peluang PAS dan Keadilan Menang Di dalam PRU Akan Datang

Haji Hadi : Bagi Peluang PAS dan Keadilan Menang Di dalam PRU Akan Datang
25 Disember 2007


aTG Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Partai Islam SeMalaysia hari ini menyeru rakyat negara ini supaya memberi peluang kemenangan kepada PAS dan Keadilan di dalam Pilihanraya umum akan datang untuk mengubah kepimpinan negara ini demi menghapuskan kezaliman yang jelas berlaku ke atas rakyat.

Beliau telah menyeru rakyat supaya tidak menjadi bangang dan bebal untuk tidak mahu kepada perubahan dan Barisan Alternatif bersepakat untuk membawa reformasi kepada sistem demokrasi di negara ini, jelas beliau lagi.


Di dalam ucapannya juga, Haji Hadi telah menyelar pemimpin UMNO yang telah bertindak kurang ajar kepada Islam.

Dasar Ekonomi Baru, yang pada dasarnya mempunyai cita-cita yang luhur untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, namun telah dirosakkan perlaksanaannya oleh pemimpin UMNO yang mengutamakan keahlian UMNO di dalam pemberian projek-projek dimana pembahagian kekayaan negara hanya diboloti oleh UMNOPUTRA.

Beliau telah mengupaskan berkenaan dengan kenyataan bahawa Islam meletakkan "keadilan" sebagai prinsip penting di dalam sesuatu pemerintahan.

Haji Hadi juga telah memberikan penerangan tentang pengalaman PAS memerintah Terengganu setelah diberikan mandat oleh rakyat selepas pilihanraya 1999 dimana beliau selaku Menteri Besar ketika itu telah melakukan beberapa perubahan besar untuk membasmi kemiskinan di Terengganu.

Kadar kemiskinan di Terengganu telah menurun dengan ketara dimana di zaman pemerintahan Barisan Nasional sebelumnya, Terengganu disenaraikan sebagai negeri kedua termiskin di negara ini. Namun di bawah pemerintahan PAS yang hanya sepenggal, pemerintahan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan negeri Terengganu berada di kedudukan yang keempat termiski berbanding tempat kedua di masa pemerintahan BN.

Semasa PAS memerintah Kelantan rakyat tanpa mengira kaum, ugama dan politik telah diberikan peluang yang tidak pernah dirasai dizaman pemerintahan UMNO contohnya pemberian geran tanah kepada masyarakat Cina di Kuala Terengganu.

Tol dan beberapa cukai yang membebankan rakyat marhain telah dihapuskan semasa pemerintahan PAS.

TG Haji Hadi juga sebelumnya telah mengupas kisah kezaliman Raja Namrud di zaman Nabi Ibrahim a.s. dan telah ditewaskan dengan hanya tentera yang kecil itu nyamuk yang telah masuk ke telinganya setelah Namrud bertindak zalim memerintahkan Nabi Ibrahm dicampakkan ke dalam api.

Terdahulu darinya, Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustadz Azizan Abdul Razak telah berucap dan menyatakan bhaw PAS dan Keadilan Keda telah epakat di dalam tugastugas kerjasama menghadapi pilihanraya yang akan datang.

PAS dan Keadilan Kedah juga telah membereskan soal pembahagian kerusi yang dipertandingkan di alam Pilihanraya yang datang ini dan Barisan Alternatif, menurutnya, telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa hatta diadakan esok hari sekalipun.

Beliau juga telah mendedahkan terhadap perkhabaran yang beliau perolehi mengenai kegusaran UMNO terhadap sambutan rakyat kepada parti PAS dan Keadilan di tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Dengan kehadiran rakyat yang begitu ramai di dalam majlis ceramah tesebut termasuk dari yang bukan Islam, beliau optimis PAS an Keadilan akan meraih kemenangan yang cemerlang di dalam pilihanraya yang akan datang.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berucap di majlis ceramah berkenaan dan beliau telah menjelaskan bahawa kekayaan di negara hari ini diboloti oleh segelintir kroni UMNO.

Beliau yang baru kembali dari satu majlis di Lunas melaporkan mengenai sambutan besar dari masyarakat golongan India terhadap parti Keadilan dan PAS dimana ribuan masyarakat India telah mengerumuni majlis ceramah yang diadakan di Pejabat PAS.

UMNO kini memainkan isu perkauman Hindraf untuk memburukkannya, tambah beliau lagi.
Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Haji Hadi : Bagi Peluang PAS dan Keadilan Menang Di dalam PRU Akan Datang | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top