Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Kerajaan Kelantan bantu keluarga gadis dijatuhi hukuman mati

Kerajaan Kelantan bantu keluarga gadis dijatuhi hukuman mati

Salmah Mat Husain

Thu | Dec 06, 07 | 9:27:09 am

KOTA BHARU, 6 Disember (Hrkh) - Atas rasa tanggung jawab dan simpati terhadap ibu bapa malang Umi Slaia dan Mohd Lazim Jusoh, Badan Perhubungan PAS Kelantan bersetuju menguruskan tambang pergi dan balik kepada pasangan tersebut untuk berlepas ke Republik China.

Usaha ini dibuat bagi membolehkan keduanya menziarahi anak mereka Umi Azlim Muhammad Lazim, 24, yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou atas dakwaan mengedar dadah.

ImageKerajaan Kelantan turut menyediakan seorang juru iring juga berbangsa Cina untuk membantu mereka sepanjang berada di sana.

Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, memberitahu selain itu juga pihaknya bersedia menguruskan pasport antarabangsa pasangan terbabit.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas bertemu Muhammad Lazim, di JKR 10, di sini, tengahari semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu, dua anggota exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa dan Dato' Takiyuddin Hassan.

Kata Tuan Guru, sebagai seorang ketua kerajaan beliau dukacita terhadap peristiwa itu apa lagi Umi Azlim dijatuhi hukuman mati.

"Bagaimanapun usaha untuk membantu keluarga ini harus kita ikhtiarkan dan saya yakin seratus peratus budak tu (Umi Azlim) dianiaya atau difitnah.

"Kerana itu kita bersedia membantu sekadar yang kita mampu dan kita juga bersedia menghantar khidmat guaman sekiranya perlu untuk membantunya seboleh mungkin terutama dalam tempoh dua tahun untuk membuat rayuan," ujarnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Husam Musa, memberitahu bagi mengiringi kedua ibu bapa terbabit, Kerajaan Kelantan turut menghantar seorang berbangsa Cina yang mengetahui selok belok negara terbabit.

"Kita tidak mahu nasib mereka malang lagi, setelah sampai di sana, tidak tahu ke mana pula ingin dituju apa lagi keduanya tidak pernah ke luar negara.

"Kerana itu kita turut menghantar seorang masyarakat Cina yang juga rakyat Kelantan membantu menguruskan mereka sepanjang berada di sana terutama sewaktu berurusan dengan pihak mahkamah di sana," ujarnya lagi.

Jelas Husam, setelah segala persiapan siap diatur, ketiga-tiga mereka akan berlepas ke China pada 9 Disember ini.

Sehubungan itu, beliau berharap keluarga Umi Azlim tidak terus bersedih kerana usaha untuk membantunya sedang giat dijalankan.

"Sekiranya didapati Umi Azlim tidak bersalah oleh mahkamah beliau akan dibebaskan," ujarnya.

Image






Husam menambah kata, pada awalnya Kerajaan hanya ingin menghantar bapa Umi Azlim sahaja, namun ibunya juga ingin menemui anaknya di sana.

"Kita faham hati seorang ibu, begitu rindu untuk bertemua anaknya, apa lagi dalam kes yang sebegini sebab itu kita bersedia memberikan tambang untuk mereka berdua," ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, PAS Kawasan Pasir Putih turut menghulurkan bantuan kewangan untuk perbelanjaan pasangan itu.

Mohd Lazim yang begitu terharu dengan bantuan PAS negeri tidak dapat meneruskan kata-kata bila diajukan soalan oleh wartawan bagaimana perasaannya terhadap keperihatinan parti Islam itu membantunya.

Majlis ringkas itu menjadi sunyi seketika apabila beliau tidak dapat meneruskan kata-kata sambil mengesat air mata.

"Terima kasih pada Tuan Guru dan pemimpin kerajaan negeri yang prihatin, saya minta maaf, saya sebak! Saya minta maaf banyak...," ujarnya.

Mohd Lazim dan isterinya terkejut apabila anak perempuan sulungnya yang tidak dapat dikesan selama setahun telah ditahan di China atas tuduhan membawa masuk heroin ke negara itu pada 19 Januari lalu.

Lebih memilukan, apabila beliau mendapati anaknya telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou pada 15 Mac lalu.

Azlim diberikan tempoh dua tahun dari tarikh dijatuhi hukuman itu untuk membuat rayuan sebagaimana maklumat yang dihantar oleh pihak mahkamah negara berkenaan ke Wisma Putera.

Memandangkan kesusahan mereka itu PAS Kelantan bersedia membantu menguruskan kes anak mereka.

Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Kerajaan Kelantan bantu keluarga gadis dijatuhi hukuman mati | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top