Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Pengarah tersohor Iran sertai forum filem Islam di Kelantan

Pengarah tersohor Iran sertai forum filem Islam di Kelantan
Tuesday, 04 December 2007

Majid terkenal dengan filem 'Children of Heaven'

KOTA BHARU: Pengarah tersohor dari Iran Majid Majidi akan berada di Kelantan untuk bercakap dalam forum mengenai sinema Islam yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Serentak dengan itu juga rakyat negeri tersebut berpeluang menyaksikan tiga buah filem terbaik Majid yang akan ditayangkan secara percuma sempena Mini Fest Kelantan 2007 yang berlangsung selama dua hari di Balai Islam bermula hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawantankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan yang juga Timbalan Pengerusi Mini Fest Kelantan 2007, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohamad Amar Abdullah merangkap Pengerusi program, dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Darul Naim.

Festival selama dua hari itu adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Sekolah Animasi Darul Digital, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Majid jumpa Tok Guru

Anjuran festival ini juga adalah bersempena dengan lawatan Majid Majidi, yang banyak mendapat pengiktirafan dunia dengan hasil kerja beliau dalam memperkembangkan filem-filem yang bercirikan Islam.

Dalam kunjungan beliau ke negeri ini, beliau akan mengadakan lawatan ke Sekolah Animasi Darul Digital serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ditanya rasional pemilihan filem dari Iran untuk tayangan Mini Fest Kelantan 2007 ini, jelas Takiyuddin, filem-filem tersebut menepati ciri-ciri yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan iaitu bertemakan keislaman, berkualiti serta membawa mesej yang baik seperti kemanusian, perpaduan dan memaparkan keagungan Allah.

Pada 4 Disember, dua filem akan ditayangkan iaitu filem 'Baran' pada jam 3.00 petang dan filem 'The Colours of Paradise' pada jam 8.45 malam

Sementara itu pada malam kemuncak iaitu 5 Disember, filem yang melonjak nama Majid Majidi di persada filem dunia dan memenangi anugerah filem terbaik di Montreal International Film Festival , 'Children of Heaven' akan ditayangkan.

Beliau akan turut serta di majlis tayangan tersebut dan menyampaikan ucaptama sebelum tayang bermula. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dijangka hadir dan menyampaikan ucapan bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

Selain tayangan filem, sessi dialog khusus untuk penggiat seni, agensi-agensi kerajaan serta penuntut Institusi Pengajian Tinggi(IPT) bertajuk 'Sinema Majid Majidi: Moral dan Kemanusian akan diadakan pada jam 9.30 pagi, 4 Disember, bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks SUK, Kota Darul Naim.

Forum disertai pengarah filem Malaysia

Ahli panel bagi sessi dialog ini ialah pengarah filem terkemuka, Mamat Khalid serta pengarah filem dan juga ahli akademik, Dr Hatta Azad Khan. Seorang artis wanita tanah air juga dijangka akan menjadi ahli panel dalam sessi dialog ini.

Majid Majidi juga akan muncul dalam forum yang bertajuk "Produksi Filem dan Sinema Islam, di tempat yang sama pada jam 2.30 petang, 5 Disember.

Sementara itu Takiyuddin dalam sidang akhbar tersebut menaruh harapan yang tinggi Mini Fest Kelantan 2007 ini mendapat sambutan semua lapisan masyarakat. Dan sekiranya mendapat sambutan ramai, program seumpama itu akan dilanjutkan lagi pada masa akan datang.

Filem 'Baran' mengisahkan tentang persaudaraan yang melibatkan mangsa peperangan di Afghanistan serta pelarian yang lari dari Pakistan ke Iran dan melalui kisah hidup yang tragis.

Manakala 'Colours of Paradise', sebuah kisah yang menyentuh perasaan mengenai kisah kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang membawa kita mencari cahaya ciptaan Ilahi. Filem ini telah dipilih oleh majalah Times sebagai salah satu daripada 10 filem terbaik tahun 2000.

'Children of Heaven' pula mengisahkan kecuaian seorang abang bernama Ali telah menyebabkan kasut adiknya, Zohre hilang. Kerana takut dihukum oleh ayahnya dan bimbang ayahnya terpaksa meminjam duit untuk membeli kasut baru, mereka merahsiakan perkara tersebut. Ali merancang untuk mendapatkan kasut ganti bagi adiknya. Dan sebelum mendapat kasut baru, mereka terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah.

Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Pengarah tersohor Iran sertai forum filem Islam di Kelantan | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top