Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



BN Selangor: 20 gugur, 5 ketua pemuda bakal calon, Mat Taib ke Kuala Selangor?

BN Selangor: 20 gugur, 5 ketua pemuda bakal calon, Mat Taib ke Kuala Selangor?
Oleh Roslan Bian Isnin, 18 Februari 2008

SEKURANG-kurangnya 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk tiga anggota Exco dan lapan ahli Parlimen kemungkinan besar tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) negeri Selangor dalam pilihan raya umum ke 12 kali ini.

Sebaliknya, lima Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, dua Ketua Wanita serta sekurang-kurangnya seorang Ketua Puteri Bahagian dijangka dalam senarai yang akan diumumkan BN Selangor, selewat-lewatnya Rabu ini.

"Difahamkan, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, Datuk Mat Yasir Ikhsan (Sabak Bernam), Dr Rozaidah Talib (Ampang) dan ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep antara digugurkan. Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin antara yang pasti tidak bertanding lagi termasuk Datuk Yap Pian Hon (Serdang) dan Tan Sri Dr. K.S.Ninjar, ahli Parlimen Subang. Difahamkan, BN Selangor mengugurkan kira-kira 30 peratus wakil rakyat daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan 22 kerusi Parlimen"

Antara Exco disebut-sebut akan digugurkan ialah Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan (Adun Kota Damansara), Datuk Raja Ideris Raja Ahmad (Adun Sabak) dan Tang See Hang (Adun Rawang).

Seorang lagi Exco, Adun Kuala Kubu Bharu, Datuk Ch’ng Toh Eng disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen Klang manakala Datuk Ahmad Nawawi M.Zin, Adun Kota Anggerik juga dikatakan akan bertanding kerusi Parlimen Shah Alam.

Adun Taman Templer, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman, Datuk Mad Aris Mad Yusof (Adun Chempaka), Datuk Salamon Selamat (Adun Batu Tiga), Datuk Zainal Abidin Sakom (Adun Batang Kali), Datuk Mohamad Ideris Abu Bakar (Adun Hulu Bernam) dan Abdul Wahab Ibrahim (Adun Taman Medan) kemungkinan besar turut tidak disenaraikan lagi.

Begitu juga dengan Adun Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md Deros, Datuk Abdul Aziz Md Noh (Permatang) dan Adun Batu Caves, Datuk V.Jagarasah. Selain itu, Adun Dusun Tua, Rahmad Musa dan Adun Kuang Soohaimi Abdul Rahman juga dikatakan antara tidak dipilih lagi.

Difahamkan, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, Datuk Mat Yasir Ikhsan (Sabak Bernam), Dr Rozaidah Talib (Ampang) dan ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep antara digugurkan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin antara yang pasti tidak bertanding lagi termasuk Datuk Yap Pian Hon (Serdang) dan Tan Sri Dr. K.S.Ninjar, ahli Parlimen Subang.
AgendaSelangor.com difahamkan, BN Selangor mengugurkan kira-kira 30 peratus wakil rakyat daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan 22 kerusi Parlimen.

Dua kerusi DUN, Sungai Pinang dan Sekinchan dimenangi calon DAP pada pilihan raya umum lalu.

"Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang diuar-uarkan bertanding kerusi Parlimen Shah Alam kemungkinan besar dicalonkan di parlimen Kuala Selangor"

Dalam senarai calon-calon kali ini, BN Selangor dijangka memberi peluang kepada muka-muka baru antaranya Ketua Pemuda Umno Selangor, Ab. Shukor Idrus yang akan bertanding di DUN Taman Templer, Ketua Pemuda Hulu Selangor, Mohd Isa Abu Kasim (DUN Batang Kali), Ketua Pemuda Hulu Langat Johan Abdul Aziz di DUN Dusun Tua.

Kemungkinan besar turut terpilih calon Ketua Pemuda Klang dan Kapar, Faizal Abdullah dan Zainuri Datuk Zakaria.

Puteri Selangor turut mendapat tempat dengan kemungkinan seorang daripada mereka dicalonkan sama ada Ketua Pergerakan itu, Noraazmin Radzuan atau Ketua Puteri Bahagian Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim.

Ketua Wanita Pandan, Norshimah Hashim disebut-sebut akan bertanding di DUN Chempaka dan seorang lagi calon wanita dikatakan akan diletakkan di DUN Taman Medan.

Calon-calon baru lain disebut-sebut ialah Datuk Warno Dogol yang akan bertanding di DUN Sabak, Datuk Zein Ismail di DUN Kota Damansara dan Sulaiman Razak di DUN Permatang dan Datuk Subhan Kamal di Kuang.

Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang diuar-uarkan bertanding kerusi Parlimen Shah Alam kemungkinan besar dicalonkan di parlimen Kuala Selangor.

Bagaimanapun, senarai sebenar calon-calon yang digugurkan serta akan mewakili BN Selangor pada pilihan raya kali ini hanya diketahui selepas Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada Isnin ini.

Apa yang jelas, BN Selangor berharap gandingan calon lama dan baru ini akan memberi kejayaan besar dalam pilihan raya pada 8 Mac ini terutama bagi memastikan Pembangkang Sifar tercapai. Agenda Selangor
Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: BN Selangor: 20 gugur, 5 ketua pemuda bakal calon, Mat Taib ke Kuala Selangor? | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top