Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Pelancaran Tawaran BA Selangor 17 Feb 2008

Pelancaran Tawaran BA Selangor 17 Feb 2008
Intan Abdullah Fri Feb 15, 08 10:17:16 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Barisan Alternatif (BA) Selangor, iaitu gabungan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan melancarkan Tawaran BA Selangor pada 17 Februari bertempat di Temasya Food Court, 25 Jalan Kartunis U1/47, Pusat Perindustrian Temasya, Glenmarie, Shah Alam pada jam 9.30 pagi sehingga 12 tengah hari.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Pengerusi KeADILan Selangor, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, dan Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada pilihan raya umum ke-12 ini, BA Selangor membawakan tawaran dengan tema Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan serta cogan kata 'Membela dan berkhidmat untuk rakyat'.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Khas Tawaran BA Selangor, Saari Sungib, sekiranya dipilih, BA Selangor mampu mentadbir kekayaan dan sumber negeri bagi melonjakkan kualiti hidup dan taraf ekonomi seluruh lapisan rakyat negeri ini.
Melalui pentadbiran bersih dan berkebajikan ujarnya, kekayaan negeri akan dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerima manfaat dan faedah daripada kemajuan negeri.
"Tonggak tawaran BA Selangor merangkumi bidang-bidang urus tadbir berwibawa, ekonomi, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, pembahagian kerusi Parlimen dan DUN di Selangor sudah pun selesai dan jentera kerja juga sudah digerakkan ke seluruh akar umbi oleh kedua-dua parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan raya Umum ke-12.
Satu Sidang Media Khas akan diadakan selepas majlis pelancaran, iaitu pada jam 12 tengah hari. - mns
Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Pelancaran Tawaran BA Selangor 17 Feb 2008 | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top