Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Presiden umum calon Perlis, Dr Haron Din dicalonkan Parlimen Arau


Presiden umum calon Perlis, Dr Haron Din dicalonkan Parlimen Arau
Bashir Ishak Mon Feb 18, 08 6:10:29 am MYT


KANGAR, 18 Feb (Hrkh) - PAS Perlis mengambil langkah awal mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 yang akan berlangsung pada 8 Mac akan datang.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi pada majlis ceramah sempena siri 'Jelajah Presiden ke Negeri Perlis'.


Seramai 14 orang calon yang terdiri daripada dua orang calon parlimen dan 12 orang calon dewan undangan negeri (Dun) yang telah diamanahkan oleh PAS untuk menjadi calon pada PRU akan datang.


Selepas menyampaikan ceramahnya, Abdul Hadi menerima senarai calon yang dinanti-nantikan oleh para hadirin termasuk para wartawan daripada pelbagai akhbar untuk diumumkan daripada Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.


Bagi kawasan Padang Besar calon-calonnya ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin (Parlimen Padang Besar); Bendahari PAS Perlis, Mohd Ali Puteh (Dun Chuping); AJK PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim (Dun Mata Ayer) dan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz ABdul Rashid Abdul Rahman (Dun Santan).


Di Kawasan Kangar, AJK PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Dun Bintong; AJK PAS Kangar, Ustaz Osman Abdullah (Dun Sena); Bendahari Jabatan Pilihan raya PAS Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh (Dun Kuala Perlis) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman (Dun Kayang).


Sementara itu di Arau, Timbalan Muryidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din sekali lagi akan bertanding di Parlimen Arau. Di Dun pula, Timbalan Yang DiPertua PAS Arau, Abu Bakar Ali akan bertanding di Pauh, manakala AJK PAS Arau, Ustaz Che Nordin Che Ahmad bertanding di Tambun Tulang.


Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil akan bertanding di Dun Guar Sanji, Rus'sele Eizan di Dun Simpang Empat dan Ustaz Hashim pula akan bertanding mempertahankan kerusi Dun Sanglang.


Empat orang ulama; Abdul Rashid, Osman, Ya'akub dan Che Nordin bersama Rus'sele adalah muka baru manakala Ahmad Tajudin pula pernah bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1995.


Dalam pada itu, Harakahdaily difahamkan masih ada satu kerusi yang diperuntukkan untuk PAS yang masih di peringkat akhir perundingan bersama KeADILan iaitu sama ada kerusi Dun Beseri atau Titi Tinggi.


KeADILan pula diperuntukkan tiga kerusi sudah pasti akan bertanding di Parlimen Kangar dan Dun Indera Kayangan.


Mengulas tentang barisan calon, Abdul Hadi menyifatkan mereka terdiri daripada mereka yang mampu dan berwibawa sama ada daripada segi ilmu dan moral.
Menjawab pertanyaan wartawan, katanya setiap calon yang bakal bertanding telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.


"Mereka terdiri daripada campuran muka baru dan lama, gabung ulama,profesional dan aktivis masyarakat yang mampu membawa Perlis kepada negeri kepada sebuah negeri berkebajikan," katanya.


Ditanya tentang peluang PAS Perlis, beliau melihat PAS-Barisan Alternatif mampu untuk menawan Perlis jika amalan demokrasi di negara ini diamalkan dengan baik.


"Sekiranya demokrasi diamalkan dengan betul tanpa penipuaan, pilihan raya yang adil, kita mampu menawan Perlis. Kita harap boleh menang dan memerintah atau sekurang-kurangnya menjadi pembangkang yang kuat,"jelasnya.


Ribuan manusia menghadiri majlis ceramah dan pengumuman calon yang diadakan di tapak kompleks PAS Perlis di Kampung Pondok. Turut berceramah ialah Ustaz Hashim dan Dr Haron. - mks.
Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Presiden umum calon Perlis, Dr Haron Din dicalonkan Parlimen Arau | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top