Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad







Related Posts with Thumbnails

Golongan Yang Didoakan Oleh Para Malaikat

Oleh: Fateh Al Qarni

29 Ogos 2008 :Jumaat


Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)


Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1.. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2.. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

3.. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersealawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4.. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bersealawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5.. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)

6.. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bersealawat kepada salah satu diantara kamu selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7..
Orang - orang yang melakukan shalat subuh dan 'asar secara berjama'ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat subuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'asar) naik (kelangit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kamu meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8.. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahawasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

9.. Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10.. Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang – orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11.. Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga di waktu malam " (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12.. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kamu. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)




Related Posts with Thumbnails

Forum Perdana

Forum Bertajuk : Kemelut Negara Dan Halatuju Gerakan Islam
Orang Ramai Dijemput Hadir


Related Posts with Thumbnails

Sidi Syeikh Abdul Qadir Isa r.a


Oleh: Fateh Al Qarni

25 Ogos 2008 :Isnin



Kitab Haqaiq at Tasawwuf karangan Sidi Syeikh Abdul Qadir Isa r.a . Syeikh Abdul Qadir Isa r.a. juga merupakan guru kepada Syeikh Yusuf Muhyiddin al Bakhour al Hasani.

Nama dan Nasab Beliau:


Nama beliau ialah, Sidi As-Sheikh, Abdul Qadir bin Abdullah bin Qasim bin Muhmmad bin Isa Azizi Al-Halabi As-Syazuli.

Nasab beliau bersambung kepada Saidina Al-Husein r.a. melalui susur jalur As-Sheikh Umar Al-Ba'aj.


Kelahiran Beliau:


Beliau dilahirkan di madinah Halab As-Syuhba' pada tahun 1338 Hijrah bersamaan dengan 1920 Masihi. Ibu bapa beliau merupakan orang awam yang tidak tahu membaca dan menulis, namun hidup dalam keadaan senang.


Kehidupan Beliau:


Pada awal kehidupan beliau, beliau sentiasa memakai pakaian yang indah-indah, memakai perhiasan yang mewah dan memakai wangi-wangian yang tinggi harganya di pasaran.Setelah itu, Allah s.w.t. menarik beliau dengan jazbah inayah (tarikan bantuan dan hidayah Allah s.w.t.) yang mana menyebabkan setelah itu, beliau hidup dalam keadaan zuhud.


Bermula dari saat itulah, beliau bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan zuhud dalam rangka untuk membersihkan diri dari belenggu nafsu. Keadaan itu berlanjutan sejak 1939 Masihi sehinggalah tahun 1942 Masihi.


Beliau banyak menceburi pelbagai bidang pekerjaan namun tidak tetap di dalam pekerjaan tersebut. Setelah itu, Allah s.w.t. memberi bantuan kelapangan hidup kepadanya tanpa disangka-sangka dan seterusnya terpandu ke arah berjalan menuju Allah s.w.t..


Kemudian, terdetik di hatinya untuk mempelajari ilmu agama. Maka, beliau pun bersahabat dengan ramai para ulama' antaranya:


As-Sheikh Muhammad Zammar


As-Sheikh Ahmad Mua'wwad

Dan sebagainya a.


Setelah itu, beliau mengambil jalan tarikat di bawah tarbiah As-Sheikh Al-Mursyid Hasan Hassani, yang merupakan sheikh bagi tarikat Al-Qadiriyah. Maka, beliau melalui jalan tarbiah sufiyah di bawah tarbiah As-Sheikh Hasan. Setelah itu, Sheikh Hasan memberi izin kepada beliau dengan Khatam Al-Qadiri. Dalam pada beliau mengambil tarbiah tersebut, beliau juga belajar di Madrasah As-Syu'baniyah pada tahun 1949 sehinggalah enam tahun tempoh pengajiannya.


Beliau juga secara sukarela menjadi imam di Masjid Hamad, sebuah masjid yang usang dan tidak lagi digunakan oleh orang untuk menunaikan solat Jumaat. Akhirnya, pada 21/1/1957 Masihi, beliau memulakan usaha untuk membaik pulih masjid tersebut agar boleh digunakan semula.


Beliau juga turut mengajar di Madrasah As-Syu'baniyah dan pengajian beliau diikuti oleh ramai murid. Walaupun beliau telah mendapat keizinan untuk menjadi Sheikh, namun beliau masih merasakan diri serba kekurangan dan jahil, serta masih memerlukan tarbiah dari seorang mursyid yang kamil. Beliau pernah berkata:


Maksudnya: Aku telah membaca buku Syarah Hikam bagi Ibn 'Ajibah, maka aku dapati pada karangan tersebut, ada beberapa perkara yang aku masih lagi tidak merealisikannya (tidak sampai kepada tahap tersebut)-walaupun aku telah dilantik menjadi sheikh-. Oleh yang demikian, tahulah aku bahawa, aku perlu mencari dan bersahabat dengan seorang mursyid yang kamil.


Beliau seterusnya bermusafir ke Damsyiq untuk mencari mursyid tersebut. Beliau sering berulang-alik dari Halab ke Damsyiq untuk mencari seorang mursyid yang kamil namun masih tidak lagi menemuinya. Sekiranya beliau singgah ke Damsyiq, beliau sering bersolat di masjid yang menempatkan maqam Ibn Arabi dan bertawassul kepada Allah s.w.t. dengan Ibn Arabi, agar ditunjukkan oleh Allah s.w.t., perihal mursyid tersebut.


Suatu ketika, dia terlena di sisi maqam Ibn Arabi, lalu terdengar satu suara dalam mimpi yang menyuruhnya pergi ke masjid Umawi untuk mencari Sheikh Muhammad Al-Hasyimi.


Setelah tersedar, beliau bergegas ke Masjid Umawi Al-Kabir dan mendapati Sheikh Muhammad Al-Hasyimi sedang mengajar sambil dikelilingi oleh segelintir manusia sahaja. Sheikh Muhammad Al-Hasyimi r.a. merupakan Sheikh kepada tarikat As-Syazuliyah.


Apabila Sheikh Muhammad Al-Hasyimi melihat beliau, maka Sheikh berkata:


Maksudnya: Kamu datang sebagai manusia terakhir (muridnya yang terakhir yan datang), tetapi kamulah yang pertama (mendapat futuhat) dengan izin Allah s.w.t.. Sudah lama saya menunggu kehadiranmu.


Setelah itu, Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. bersahabat dengan Sheikh Muhammad Al-Hasyimi r.a. sejak tahun 1952 Masihi sehinggalah kewafatan Sheikh Muhammad Al-Hasyimi.


Takkala Sheikh Muhammad Al-Hasyimi mendapati bahawa, Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. sudah cukup keahliannya untuk menjadi mursyid, maka Sheikh Muhammad Al-Hasyimi r.a. memberi kepada beliau dengan izin wirid am dan khas bagi tarikat As-Syazuliyah, dan turut juga memberi izin irsyad kepada beliau dengan izin bertulis, pada tahun 1337 Hijrah (1958M).


Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. terus menjadi Imam dan Khatib di Masjid Hamad sehinggalah kematian Sheikh Muhammad Al-Razzaz, yang merupakan imam dan khatib kepada Masjid Al-'Adaliyah, di mana setelah itu, Sheikh Abdul Qadir Isa menggantikan tempat beliau di Masji Al-'Adaliyah tersebut.


Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. giat dalam mengembangkan tarbiah Islamiyah Sufiyah yang sahih, bersesuaian dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah dan dianggap sebagai seorang mujaddid dalam bidang tasawuf pada zaman beliau. Anak-anak murid beliau amat ramai di peringkat antarabangsa umumnya. Beliau sering berdakwah ke serata dunia sehinggalah sampai ke barat seperti ke Kanada, Perancis Amerika dan sebagainya.


Detik-detik Kewafatan


Pada tahun 1991 Masihi, Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. menziarahi para ikhwannya di Turki. Di sana, beliau jatuh sakit lalu dimasukkan ke hospital. Kemudian, beliau dipindahkan ke hospital di Istanbull. Di sana, para doktor berasa terkejut kerana tidak dapat mengesan sebarang penyakit dalam jasad beliau. As-Sheikh terbaring sambil hatinya dan seluruh tubuhnya menghadap kepada Allah s.w.t., kekasih beliau yang hakiki.


Beliau membacakan beberapa bait sya'ir untuk menguatkan semangat mereka yang di sekeliling beliau agar tidak terus bersedih dengan keadaan yang beliau hadapi. Dalam membacakan rangkap-rangkap bait syair yang berisi cinta ketuhanan tersebut, matanya tidak berhenti mengalirkan air mata, tanda kerinduan kepada Maha Pencipta.


Pada hari Sabtu, pukul 6 pagi, 18 Rabi'ul Akhir 1412 Hijrah (1991 Masihi), beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dunia kehilangan sebuah permata yang berharga. Tempat terakhir beliau ialah bersebelahan dengan maqam Saiyyidina Abu Ayyub Al-Ansari r.a. di Istanbul.


Al-Fatihah dihadiahkan buat hadrat As-Sheikh Al-Mursyid Abdul Qadir Isa r.a.…Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh beliau, membalasi

Jasa beliau dan seterusnya menempatkan beliau di kalangan

Para kekasihNya yang hampir kepadaNya. Semoga

Allah s.w.t. memanfaatkan kita semua dengan

Ilmu dan keberkatan beliau di dunia

Dan di akhirat

amin…

Related Posts with Thumbnails

Selamat Pengantin Baru

Seluruh ahlijawatankuasa perkampungan Darul Mujahidin, mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Mohd Izzat Bin Hj.Roslan dan Azizah Bt Mohammad. Yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 23 Ogos 2008. Semoga kekal ke anak cucu.

Mohd Izzat & Azizah




Related Posts with Thumbnails

Lompongnya pertahanan Islam kita

Oleh :Roslan sms

19 Ogos 2008 :Selasa

Sebagai seorang Islam sudah pastilah berita yang kita terima dari Kuantan sebagaimana dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini merentap jantung dan perasaan kita. Menurut laporan Mahkamah Tinggi Syariah di sana telah membenarkan Or Boon Hua atau Jeffrey Or Abdullah, 36 untuk keluar dari Islam.


Or menurut fakta kesnya memeluk Islam pada 20 Januari 1994 semata-mata untuk memudahkannya mengahwini seorang gadis Muslim. Pada 16 November 1996 beliau telah mengahwini gadis pilihannya itu tetapi kira-kira 5 tahun kemudian telah menceraikannya setelah memperolehi 2 orang anak. Or setelah itu dikatakan telah kembali kepada kepercayaan asalnya termasuk berkunjung ke tokong, makan babi, minum arak, berjudi dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.

Menurut laporan juga sepanjang perkahwinannya itu Or tidak pernah mempelajari apalagi mengamalkan ajaran Islam.

Hakim Datuk A. Rahman Yunus ternyata tidak mempunyai pilihan, lantaran kelompongan peruntukkan undang-undang Islam yang sebenar dalam apa yang kita amalkan, lalu terpaksa membenarkan permohonan Or ,saya percaya demi mengelakkan mudharat yang lebih besar kepada Islam. Malah Rahman mengakui beliau bersedih kerana terpaksa membuat keputusan itu.

Jadi siapakah yang patut dipersalahkan?

Ternyata dengan perkembangan kes ini, sesiapa sahaja boleh keluar-masuk Islam atas alasan tidak lagi mengamalkannya. Islam sudah menjadi agama “singgahan” bagi mereka yang mahu berkahwin gadis Melayu atau wanita Muslim. Selepas bosan, bolehlah ceraikan wanita itu dan pilih untuk keluar agama, betapa hina dan hodohnya Islam?!!

Semua pihak perlu mengambil iktibar dari kes ini terutama pihak Jabatan Agama negeri-negeri dan badan-badan serta NGO Islam. Dua usaha bersepadu perlu kita laksanakan dengan serius iaitu pertama memastikan yang syarat-syarat ketat dikenakan sebelum seseorang itu dibenarkan memeluk Islam. Pastikan ia diberi ilmu dan pendedahan, pastikan ia serius dan benar-benar faham. Keduanya undang-undang murtad ini perlu diperkenalkan demi membela maruah dan nama baik Islam agar tidak ada lagi petualang seperti Or ini yang akan mengambil kesempatan mempermain dan memperalatkan Islam.

Satu indidvidu telah berjaya murtad lantaran lompongnya pertahanan Islam kita, soalnya berapa ramaikah lagi nanti yang akan murtad, dan apakah kita sekadar diam berpeluk tubuh berpuas hati?

Related Posts with Thumbnails

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Oleh: Fateh Al Qarni

15 Ogos 2008 :Jumaat


Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Related Posts with Thumbnails




Related Posts with Thumbnails

Taubat Seorang Hamba

Oleh: Fateh Al Qarni

8 Ogos 2008 :Jumaat


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah .....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ....
Taubatku ini...


Petikan dari lirik lagu Irsyadee

Related Posts with Thumbnails

Carilah ketenangan di masjid, surau

Oleh: Ust Zainudin Hashim

08 Ogos 2008 :Jumaat


Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam
Related Posts with Thumbnails

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Oleh: Fateh Al Qarni

06 Ogos 2008: Rabu

Ertinya:
Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

H.R. Bukhari Muslim

Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan

kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

Petikan Dari Kitab: 40 Hadis Akhir Zaman



Related Posts with Thumbnails



Related Posts with Thumbnails

Al Quran Terpelihara Sehingga Kiamat

Oleh: Fateh Al Qarni

2 Ogos 2008 :Jumaat


Kitab-kitab Allah disebut sebagai 'wahyu Ilahi' diturunkan kepada manusia berdasarkan keperluan dan kehendak semasa pada zaman yang berlainan dalam masyarakat yang berlainan.

Cara turun ayat-ayat Allah itu pun berbeza. Kepada Nabi Musa a.s. Allah turunkan at-Taurah sekali gus, tertulis di papan-papan atau di batu-batu yang dinamakan 'al-waah' di Thursina.

Sedangkan al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit melalui perantaraan Jibril a.s. dalam jangka masa kira-kira 23 tahun.

Dalam kitab-kitab terdahulu, tidak terdapat suatu ayat yang jelas, Allah menjamin bahawa wahyu-wahyu itu tidak diubah atau dipinda oleh manusia.

Tidak seperti al-Quran, yang jelas nyata Allah menyebut (mafhumnya): “Sesungguhnya hanya Kami yang menurunkan al-Quran dan Kami-lah yang akan memeliharannya." (Surah al-Hijr, ayat 9)

Dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk 10 halaman empat, ketika membuat tafsiran ayat ini, beliau menyebut, bahawa ungkapan "Kami-lah yang kan memeliharannya", bermaksud Allah memeliharan al-Quran daripada sebarang penambahan dan mengawalnya daripada sebarang pengurangan.

Berkata Qatadah dan Tsabit al-Banaani, Allah SWT menjaga al-Quran daripada diubah ditambah atau dipinda oleh manusia mahupun syaitan.

Ada kisah percubaan manusia yang dirasuk atau dipengaruh oleh syaitan serta nafsu jahat mereka untuk mengubah perkataan al-Quranul Karim atau mengubah hukumnya memang pernah berlaku.

Salah satu peristiwa itu, berlaku pada zaman Khalifah al-Makmun (Abdullah bin Harun ar-Rashid, 170H - 218H, Khalifah Abbasiyah).

Menurut cerita yang disampaikan oleh Al-Husain bin Fahmi katanya, dia mendengar Yahya bin Akthum menceritakan, Khalifah al-Makmun menganjurkan majlis-majlis ilmu yang berbentuk munazarah (perdebatan) yang dihadiri ramai ulama tersohor dan orang ramai.

Antara yang hadir adalah seorang Yahudi yang zahirnya sopan, berpakaian kemas mengambil bahagian dengan memberi pandangan tidak menerima Islam, tetapi bertutur dengan bahasa indah dan teratur sehingga menarik perhatian Khalifah.

Selesai majlis pada malam itu al-Makmun memanggil Yahudi tersebut dan mendakwahkannya agar dia menerima Islam.

Bagaimanapun Yahudi tersebut menolak dengan sopan seraya berkata, "Agamaku adalah agama datuk nenekku, agama Yahudi yang tidak ada gantian dengan yang lain."

Selepas setahun kemudian, dia muncul sekali lagi, tetapi kali ini pakaiannya berubah rupa, tutur katanya berbeza dan dia menyokong Islam dengan penuh semangat dan berisi.

Selesai majlis, al-Makmun sekali lagi menjemput lelaki Yahudi tersebut dan bertanya khabar hal beliau. Kata lelaki itu, dia telah memeluk Islam.

Al-Makmun begitu ingin mengetahui bagaimana lelaki tersebut boleh berubah daripada Yahudi yang taksub dengan agamanya kepada menerima Islam.

Jawab Yahudi tersebut berkata, "Dahulu saya menolak Islam kerana saya belum mengenalinya, setelah mengkaji, mendengar dan berbahas, akhirnya saya menemui dengan kebenaran."

Sambung Yahudi itu, "Saya seorang penulis khat yang mahir dan cantik, kerja saya menulis Kitab Injil dengan merubah dan memindah isi kandungannya sesuka hati saya dan menjualnya kepada pendita-pendita agama dan orang awam.

"Saya lakukan sedemikian kepada Kitab Taurah. Kitab-kitab yang dipinda tersebut dibeli oleh rahib-rahib dan orang awam tanpa sebarang keraguan atau masalah.

"Apabila saya memulakan kerja untuk menukar serta menambah daripada al-Quran, saya berjaya menulis tiga naskhah dan saya jual kepada Warraqeen, kedai kitab biasa, tuan punya kedai tersebut bersetuju untuk membeli pada mulanya.

"Tetapi apabila dibuka beberapa lembar, dia bukan sahaja tidak mahu membelinya, malah mencampakkannya keluar dari kedainya. Kerana katanya, ini bukan al-Quran, ini telah berlaku penambahan dan pengurangan.

"Saya berbuat demikian kepada tiga kedai kitab yang berbeza. Ketika ketiga pemilik kedai memberikan respons yang sama.

"Dengan peristiwa itu, terbukalah hati saya dan saya mengetahui bahawa az-Zabur, at-Taurah dan al-Injil yang ada bukan lagi Kitab Allah. Tidak seperti al-Quran, ia tulen dan dipelihara Tuannya (Allah).

"Saya bertemu dengan ayat di dalamnya, Surah al-Hijr ayat 9. Kerana itulah saya yakin dengan al-Quran dan saya memeluknya," jelas Yahudi tersebut.

Bukan sahaja peristiwa itu, malah berlaku percubaan ada manusia cuba meminda al-Quran, namun al-Quran yang diubah dikumpul dan dimusnahkan seperti al-Quran yang pernah dicetak di Soviet Union (Rusia) suatu ketika dahulu.

Pernah berlaku di Malaysia tahun 1960-an, pegawai Masjid Negara mendapati ada al-Quran yang dipalsukan. Lalu dikumpul dan dimusnahkan.

Tidak seperti kitab-kitab lain, diubah dan dipinda oleh penulis-penulisnya yang menggunakan cara masing-masing, menulis kitab itu berdasarkan akal manusia, maka berlakulah kelainan.

Al-Qurannul Karim, datang daripada Allah SWT, dipelihara-Nya sampai ke Hari Kiamat. Wallahu a'lam.

Petikan dari Kuliah Dato’ Dr Harun Din



Related Posts with Thumbnails
 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Ogos 2008 | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top