Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Selamat Pengantin Baru

Seluruh Ahli jawatankuasa Darul Mujahidin mengucapkan selamat pengantin baru, kepada pasangan Wan Mohd Husni Wan Osman dan Siti Hajar Abdoll Wahab yang berlangsung pada 30 November 2008 semoga berbahagia hingga keakhir hayat.

Wan Mohd Husni dan Siti Hajar


Suasana sekitar hari majlis perkahwinan





Related Posts with Thumbnails

Darul Mujahidin Berwajah Baru

Kini Darul Mujahidin berwajah baru. Sedar tak sedar kini telah lebih setahun blog darul mujahidin. Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi memberi sokongan serta dorongan dalam pentadbiran blog darul mujahidin ini. Tanpa sokongan dari anda semua, darul mujahidin akan rebah tersungkur, teruslah memberi sumbangan, sokongan serta teguran yang membina demi untuk kebaikan kita semua.

Sekalung penghargaan juga kepada penyumbang-penyumbang artikel terutama kepada Ust Shahrulazmi, Ust Rizuan Rahmat, Ust Nik Bakri Nik Mat serta sahabat-sahabat di perkampungan Darul Mujahidin dan ramai lagi.




Related Posts with Thumbnails

Video Minggu Ini

Related Posts with Thumbnails

Akidah ummah kian terhakis

Akidah ummah kian terhakis

Ustaz Zainudin Hashim
Khamis : 27 November 2008

Akidah adalah alat terpenting dalam diri manusia yang menentukan hubungan mereka dengan Allah SWT. Tanpanya mereka tidak akan diterima di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang patuh dan taat terhadap segala titah perintah-Nya yang mampu membawa mereka menempuh hidup yang penuh dengan rahmat, keampunan daripada Allah SWT.

Apabila akidah tidak dijadikan alat terpenting dalam kehidupan manusia, maka berlakulah krisis keyakinan manusia terhadap kebenaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w., apatah lagi yang dijelaskan oleh para sahabat baginda dan para ulama� di kalangan Tabi�in selepas kewafatan para sahabat.

Ini kerana, apabila akidah tidak ada dalam diri manusia, maka segala tindakan, ungkapan kenyataan, cara hidup, cara berfikir mereka disandarkan kepada ilham akal semata-mata yang akan berfikir pada perkara yang tidak sempurna dalam hidup mereka. Justeru, lahirlah manusia yang tidak percaya kepada kebenaran Islam, lantaran beranggapan bahawa akal adalah utama yang memuktamadkan segala keputusan dalam kehidupan.

Lahirlah selepas itu, manusia-manusia yang menduakan Allah (syirik) dengan anggapan bukan untuk tujuan mensyirikkan Allah, tetapi mahu mendekatkan diri kepada-Nya melalui perantaran, sepertimana yang pernah berlaku di zaman Jahiliyyah yang dirakamkan Allah menerusia ayat 3 surah az-Zumar, maksudnya : �Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya."

Jadi persoalan akidah tidak boleh disandarkan kepada akala semata-mata tanpa disandarkan kepada wahyu Ilahi dalam al-Quran atau yang dijelaskan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. bagi memelihara ketulenan akidah daripada sebarang penyelewengan, kerosakan yang mengakibatkan seseorang itu menjadi murtad, musyrik, mulhid atau apa sahaja nama yang menunjukkan mereka terkeluar daripada agama Islam.

Iman runtuh akibat tidak dibajai dengan ilmu, kefahaman dan amalan

Benarlah, bahawa keruntuhan iman dan akidah apabila tidak dibaja dan dipelihara setiap hari dengan ilmu, pembacaan al-Quran, zikir atau wirid, ia akan mendatangkan masalah kepada orang tertentu, kerana iman boleh turun dan boleh naik, masyarakat umat Islam hari lebih cenderung melihat iman mereka turun dan merundum jatuh bagaikan pasaran saham di papan utama Bursa Malaysia.

Masalah pembuangan bayi orang Islam secara terbuka seperti yang dilaporkan oleh media cetak baru-baru semakin berleluasa, pecah amanah tabung haji, penghinaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w serta para isterinya, penganjuran konsert dengan menampilkan individu artis yang kontroversi dari dalam dan luar negara, penganjuran pelbagai majlis anugerah bintang popular dan penyanyi dengan penampilan pakaian artis wanita yang separa telanjang di bulan-bulan haji yang menganjurkan kita supaya insaf dan patuh dan terlalu banyak lagi yang tidak mampu untuk menjelaskan kesemuanya, adalah menunjukkan keruntuhan iman, harga diri, minda yang begitu cetek terhadap agama Islam itu sendiri, sedangkan Islam seperti yang diketahui umum, adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT.

Justeru, para alim ulama� telah membahaskan isu berkenaan menerusi forum agama dalam laman web islamonline.net, islam-qa.com, islamweb.net dan pelbagai yang lain, ia bertujuan untuk menyelamatkan umat Islam dari menjadi mangsa keruntuhan iman yang semakin meruncing.

Walaupun terdapat larangan para alim ulama� mengenai penganjuran sesuatu konsert seperti Jom Heboh, namum seolah-olah larangan daripada mereka yang berautoriti dalam bidang keagamaan tidak dipedulikan, ini menggambarkan betapa masyarakat pada hari ini tidak mementingkan aspek agama dalam kehidupan, dan tindakan itu memudahkan mereka terpesong daripada Islam, sedangkan sifat Islam itu sendiri adalah menyelamatkan, iaitu menyelamatkan manusia daripada terjerunus ke dalam api neraka dan menyelamatkan mereka daripada disentuh api neraka.

Apakah orang Islam perasan bahawa mereka semakin jauh daripada Islam apabila terlibat dalam penganjuran atau aktiviti yang melalaikan? Sesungguhnya mereka tidak akan perasan jika tidak mahu, jarang berada dalam masjid, surau atau tempat-tempat yang membahas dan membincangkan Islam dan tuntutannya.

Kerana pengalaman mengajar kita, bahawa manusia-manusia yang banyak habiskan (buang) masa di kedai-kedai kopi tanpa ada perancangan atau agenda padat mengenai Islam, percayalah sesungguhnya mereka telah diseret oleh syaitan dan iblis untuk meniti usia tua dengan amalan-amalan yang boleh menjauhkan mereka dari syurga Allah SWT.

Punca dan faktor yang menyebabkan manusia tidak beriman

Kalau hendak dihitung satu persatu mengenai faktor yang menyebabkan manusia beragama Islam tergelincir akidah mereka daripada kebenaran al-Quran terlalu banyak, namun dalam keterbatasan perbincangan ini, penulis hanya menyenaraikan beberapa faktor penting sahaja agar dapat dikongsi sama dengan rakan-rakan pembaca, supaya kita sama-sama dapat meluruskannya sebelum dijemput Allah untuk bertemu dengan-Nya.

Antara lain :

1- Tidak memikirkan dengan waras ikatan iman yang berpanjangan serta hubungan dengan Allah SWT.

2- Tidak menjadikan contoh teladan mengenainya yang pernah ditonjolkan oleh mereka yang terdahulu daripada kita di sepanjang sejarah penentangan antara hak dan batil di kalngan para ulama�.

3- Tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu terutama kelas-kelas fardu�ain, kelas al-Quran, tafsir, hadis, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kepada Allah.

4- Berlakunya maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara makruf.

5- Sibuk dengan urusan keluarga untuk mencari keredaan isteri, anak-anak dan harta benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.

6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat, walaupun kubur kata mari, rumah kata pergi.

7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaul secara bebas antara lelaki dan perempuan.

Related Posts with Thumbnails

Video Minggu Ini

Related Posts with Thumbnails

Kuliah Tafsir ayat 97-100 surah al-Maidah

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Jumaat :21 November 2008

Islam iktiraf bulan yang amat dihormati di zaman jahiliyah

Allah Ta'ala menjadikan Ka'abah sebagai tempat berdiri bagi manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Sebagai tempat berdiri bagi manusia." (Surah al-Maidah: 97) Manusia berdiri untuk beribadat dan melakukan perkara berbentuk duniawi dengan cara yang diberkati oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: "...bulan yang diharamkan berperang padanya." (Surah al-Maidah: 97) iaitulah bulan Zul Qaedah, Zul Hijjah, Muharram dan Rejab. Bulan-bulan ini dihormati sejak zaman jahiliyyah lagi dan diiktiraf oleh Islam kerana Islam mengiktiraf perdamaian. Perkara ini akan dibincang secara panjang lebar dalam Surah Baraah.


Seterusnya Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: "... dan binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Baitillahil Haram oleh orang haji)." (Surah al-Maidah: 97) Hadiah ini berlaku dengan penyembelihan qurban atau membayar dam ketika mereka melakukan haji.

Firman Allah yang bermaksud:

"...dan kalong-kalong yang diletakkan pada binatang (ditentukan untuk menyembelih dam)." (Surah al-Maidah: 97).

Binatang itu diikat dengan tali dan seumpamanya untuk dijadikan penanda bagi tujuan tersebut.

Firman Allah yang bermaksud:

"...yang demikian supaya kamu mengetahui bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Maidah: 97)

Allah sememangnya Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu dan kamu hendaklah beriman betapa mengetahui-Nya Allah SWT lebih dari makhluk-Nya, kamu tidak boleh menyembunyikan sedikit pun dari ilmu Allah Yang Maha Luas itu.

Firman Allah yang bermaksud:

"Ketahuilah sesungguhnya Allah itu sangat keras balasan-Nya (hukuman-Nya) dan Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." (Surah al-Maidah: 98).

Oleh itu kamu hendaklah takut kepada-Nya dan mengharapkan keampunan dan rahmat daripada-Nya dengan memohon maaf dan bertaubat di atas kesalahan yang dilakukan mudah-mudahan Allah Mengampunkan dosa kamu.

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali memungkiri janji, ketika Dia berjanji. Kita mesti yakin dengan janji-janji Allah, keampunan dan rahmat-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:

"Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan perintah-perintah Allah sahaja dan Allah sentiasa Mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan." (Surah al-Maidah: 99)

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT mengumumkan kepada kita bahawa tugas Rasulullah s.a.w. ialah menyampaikan ajaran Allah.

Adapun sama ada manusia menerimanya ataupun tidak, itu terpulang kepada masing-masing. Apabila manusia tidak menerima ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan mereka tidak beramal dengannya, Allah tidak menyalahkan Rasulullah s.a.w. Yang salah ialah manusia sendiri.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"...tidaklah diperintah kepada Rasul itu (Nabi Muhammad s.a.w.) melainkan menyampaikan ajaran Allah." (Surah al-Maidah: 99)

Adapun taufiq dan hidayah serta pahala yang diperolehi, terpulang kepada amalan masing-masing.

Firman Allah yang bermaksud:

"...Allah Mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan." (Surah al-Maidah: 99)

Apa yang kamu lahirkan dengan perangai kamu yang dapat dilihat, semuanya diketahui oleh Allah termasuk apa yang kamu sembunyikan di dalam hati kamu daripada perasaan kufur dan munafiq.

Allah Ta'ala Maha Mengetahuinya walaupun kamu bercakap dengan lidah bahawa kamu juga seorang Islam pada hal hati kamu tidak percaya kepada Islam. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan Dia juga Maha Mengetahui segala-galanya.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:

"Tidak sama sesuatu yang buruk dengan yang baik walaupun mengkagumkan engkau banyaknya yang buruk, maka bertaqwalah kepada Allah, wahai orang yang mempunyai akal fikiran supaya kamu mencapai kejayaan." (Surah al-Maidah : 100)

Al-Hassan berkata yang dimaksudkan dengan buruk dan baik di sini ialah halal dan haram. As-Suddi pula berkata, ia adalah orang beriman dan orang yang kafir.

Setengah ulama lain berkata, maksudnya ialah yang taat dan yang derhaka. Setengah ulama berkata dimaksudkan kedua-dua kalimah itu ialah yang buruk dan yang baik.

Al-Qurtubi berkata (di dalam tafsirnya) ia mengandungi semua perkara tersebut.

Related Posts with Thumbnails

Tahniah Dan Syabas

Seluruh Ahlijawatankuasa Lajnah Tarbiyah mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR dan SRA. Semoga kejayaan anda dapat memberi dorongan kepada pelajar yang lain. Tahniah sekali lagi, semoga usaha dan cita-cita anda diberkati oleh Allah SWT.

Antara pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PSRA.

Tahniah kepada:

Nur Razan Asyiqin Binti Hj. Mohd Roslan
Anak kepada Hj. Roslan aziz adalah Remaja Darul Mujahidin
paling cemerlang dalam UPSR dan SRA
Mendapat keputusan 5A dan Jayyid Jiddan
(Sekolah Kebangsaan Kebun Baru)


Mardiah Binti Hj. Jamaluddin
Keputusan 3A 2B dan Jayyid Jiddan
(Sekolah Kebangsaan Kebun Baru)


Nur Amirah Binti Che Abdul Kadir
Keputusan 4A 1B dan Jayyid Jiddan
(Sekolah Kebangsaan Kebun Baru)

Mohd Firdaus Bin Hj. Alias
Keputusan 4A 1B dan Jayyid Jiddan
(Sekolah Kebangsaan Kebun Baru)

Burhanudin Helmi Bin Ahmad Tarmizi
Keputusan 4A 1B dan Jayyid Jiddan
( Madrasah Darul Mujahiddin )


Related Posts with Thumbnails

Mengapa Umat Islam Diuji Dengan Pelbagai Ujian?

Peranan Umat Islam


Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali �Imran ayat 104 yang bermaksud : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya.

Diuji dengan pelbagai ujian untuk jadi kuat dan matang


Antara ujian yang disebut oleh al-Quran ke atas masusia ialah dengan menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian untuk mengetahui sejauh mana mereka benar-benar beriman kepada Allah (lihat ayat 2 surah al-Mulk dan ayt 2dan 3 surah al-Ankabut).

Umat Islam diuji dengan kefarduan solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menunaikan fardu haji di Mekah, berakhlak mulia, bersangka baik, meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dan sebagainya, ia tidak lain adalah untuk menjadikan mereka Umat yang berkualiti tinggi dari sudut keimanan, ketakwaan dan hubungan dengan Allah selaku Pencipta.


Tanpa ujian, sudah pasti umat manusia seluruhnya tidak mengetahui sejauhmana keimanan mereka itu kepada Allah, sepertimana para pelajar di sesebuah sekolah, mereka mesti melalui proses pembelajaran yang diakhiri dengan peperiksaan penting, sama ada di peringkat UPSR, PMR atau SPM bagi menentukan tempat terbaik pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Ujian adalah untuk mengingatkan Umat tentang peranan dan tanggungjawab


1- Berlaku bermacam-macam fitnah terhadap agama (dilakukan sendiri oleh umat Islam),

2- Berlaku gempa bumi, rebut taufan, banjir kilat, tanah runtuh,

3- Kematian di mana-mana (sama ada kematian disebabkan kemalangan, bunuh diri, membunuh orang lain bagi menutup rasa malu dan lain-lain), umat ditimpa pelbagai bentuk bala daripada Allah.


Berdasarkan keterangan hadis Nabi Muhammad di atas, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikategorikan dalam golongan umat Nabi Muhammad yang banyak kelebihannya, kerana baginda sahajalah yang mampu memberi syafaat di akhirat dibandingkan dengan para Anbiya� yang lain.


Namun apa yang patut kita sama-sama fikirkan ialah persoalan hidup kita semasa di dunia ini, pernahkah kita terfikir, bagaimana Nabi Muhammad mengkhabarkan mengenai raptai ujian atau siksaan di dunia ini atas kesilapan yang kita sendiri lakukan.


Atas kealpaan manusia bernama Islam, yang melakukan banyak tindakan yang menyalahi agama, hingga ia dianggap fitnah terhadap Islam itu sendiri, sebagai contoh, berapa ramai di kalangan wanita Islam yang tidak bertudung kepala (hijab) dianggapnya dosa kecil, ada yang berjudi, minum arak, merogol keturunan sendiri, meragut, membunuh dan bermacam-macam jenayah lagi, kesemua itu adalah fitnah kepada Islam.


Justeru, apabila umat Islam sendiri terlibat dengan fenomena fitnah, maka tidak mustahil Allah SWT menimpakan pelbagai bentuk malapetaka dan bala yang tidak terduga oleh akal manusia, kalau di zaman dahulu Allah timpakan bala seperti belalang, kutu, katak, darah yang menggerunkan pada ketika itu, pada hari ini Allah hukum dengan selsema burung, penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut, Aids dan macam-macam lagi yang menyebabkan manusia takut dan pasrah terhadap hukuman-Nya.


Antara bala yang ditimpakan Allah ke atas umat Islam kini ialah kematian, sama ada yang disebabkan oleh kemalangan atau pembunuhan, laporan akhbar setiap hari menyebut mengenai kes-kes kematian, ini menandakan bahawa Allah sedang merancang sesuatu untuk menghukum kita yang alpa dengan habuan dunia yang menjauhkan diri kepada-Nya.


Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah.


Related Posts with Thumbnails

Haniyah: Israel Bertanggungjawab Terhadap Kesan Buruk Penutupan Pintu Masuk.


Rabu, 12/11/2008 - Pemerintah Palestin pimpinan PM Ismail Haniyah menyatakan penjajah Israel bertanggungjawab penuh ke atas kesan penutupan pintu masuk yang sudah memasuki hari keenam yang memberi Kesan buruk terhadap politik, sosial dan kemanusiaan.


Melalui jurucakapnya, Thaher Nunu, Haniyah mengingatkan tentang kekurangan bahan bakar di Semenanjung Gaza, termasuk penghentian jana elektrik hari ini, bererti Semenanjung Gaza akan mengalami kekurangan sumber tenaga sehingga 50%.

Beliau menyatakan bahawa wilayah Khan Yunis sudah terputus aliran elektrik sejak hari Ahad lalu kerana pihak Israel tidak mahu memperbaiki kerosakan yang berlaku di pencawang utama yang menyalurkan aliran elektrik ke Khan Yunis.

Note:
sumber : COMES
penterjemah : osman

Related Posts with Thumbnails

Syukur

Syukur merupakan sifat mulia yang dikaitkan dengan amalan hati dan akhlak terpuji yang sepatutnya sentiasa menghiasi kehidupan. Syukur sebagai satu sifat yang dilahirkan daripada respons terhadap nikmat yang dikurniakan Allah.

'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152. Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa menyemai sifat manusiawi dalam erti kata sentiasa bertimbang rasa, tahu menerima kasih sayang Allah.

Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan). Firman Allah: 'Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur' - surah al-Nahl: 78.

Syukur juga merangkumi kurniaan terhadap rezeki kurniaan Allah. Firman Allah: 'Dan sebagai bukti untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya biji-bijian, lalu mereka makan daripadanya.

'Dan kami jadikan daripadanya beberapa kebun dari kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya mata air agar mereka makan dari buah-buahan dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka. Tidakkah mereka bersyukur'. Tegas Allah lagi dalam surah al-Nahl ayat 18 yang bermaksud: 'Dan kalau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah kamu menghitung (seluruhnya) dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'.

Rasulullah sentiasa menjadikan amalan bersyukur dalam kehidupan Baginda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud menjelaskan bahawa 'Adalah Nabi apabila mendapat khabar yang menyenangkan hati, lantas beliau sujud kepada Allah'.

Sementara dalam hadis yang lain menyatakan 'Dari Abu Bakrah, bahawa Nabi Muhammad apabila mendapat sesuatu yang menggembirakan atau khabar gembira, segera beliau tunduk bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah'- Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Al-Baihaqi meriwayatkan: Rasulullah lakukan sujud syukur bila menerima surat daripada Ali ketika menceritakan tentang ramai penduduk Yaman memeluk agama Islam.

Syukur boleh dicernakan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui perbuatan, melalui hati dan melalui lisan. Syukur melalui perbuatan merangkumi membelanjakan harta ke jalan kebajikan seperti sedekah dan amalan jariah. Melalui ilmu yang diperoleh dan disebar serta diajar kepada orang lain.

Melalui kuasa, pangkat dan kedudukan pula dengan memberi khidmat yang terbaik. Syukur melalui hati pula adalah dengan cara mengakui dan menyedari dalam hati apa yang diperoleh daripada anugerah Allah.

Firman Allah: 'Tuhan mu lebih tahu apa yang ada dalam jiwa, jika kamu orang yang baik. Sesungguhnya dia Pengampun bagi orang yang bertaubat' - surah al-Isra'-25. Syukur dalam bentuk lisan adalah melalui ucapan seperti sentiasa melafazkan zikir seperti ucapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Oleh itu, cernakan selalu budaya syukur dalam kehidupan kita, ingatlah bahawa apa yang kita peroleh hanya sementara dan sebagai ujian untuk melihat sejauh manakah kita dapat menzahirkan rasa ketakwaan yang tinggi terhadap Allah


Related Posts with Thumbnails

Ayyuhal Walad

Oleh :Fateh Al Qarni
Rabu :5 November 2008

Wahai Anakku Yang Tercinta Nasihat 1

Waktu Itu Adalah Kehidupan

Sebahagian daripada nasihat Rasulullah saw kepada umatnya ialah:

"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu bukan beribadah kepada Alah) maka layaklah ia menerima penyelesaian yang panjang pada hari kiamat nanti. Dan siapa umurnya yang lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki neraka".

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadikan nasihat kepada kita semua.
Related Posts with Thumbnails

Kementerian Agama Kutuk Kebiadapan Israel Menghina Al-Quran.


Selasa, 04/11/2008 -Kementerian Agama dan Waqaf Palestin di Gaza mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel laknat mengoyak serta membuang Al-Quran ke dalam tandas semasa menyerbu kem pelarian Aroub di utara bandar Al-Khalil.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan menegaskan sebarang tindakan provokasi dengan menggunakan Al-Quran merupakan satu tindakan jenayah kepada seluruh umat Islam di dunia dan mereka yang melakukan tindakan biadap itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera.

Kementerian berkenaan memohon kepada seluruh oraganisasi Islam dan mereka yang prihatin untuk bertanggungjawab menekan pihak Israel untuk menghentikan tindakan biadap itu.
Related Posts with Thumbnails

Ayyuhal Walad

Oleh: Fateh Al Qarni
Isnin :3 November 2008

Wahai Anakku Yang Tercinta

Assalamualaikum...hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu bersama-sama pengunjung yang melawati blog ini. Semoga apa yang saya ingin sampaikan disini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran serta panduan bagi mendidik diri kita kearah menjadi muslim yang sejati.

Saya ingin berkongsi satu sejarah dimana terlalu banyak pengajaran yang kita akan perolehi dari kisah tersebut. Kisah seorang murid bersama seorang mursyidnya yang bernama Al Imam Al Ghazali r.a menerusi petikan dari sebuah kita yang marsyur.



Kitab "Ayyuhal Walad" karangan Imam Al Ghazali r.a adalah sebuah kitab jawapan kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliau yang amat menyintainya, di mana di dalam surat tersebut beliau meminta agar Imam Al Ghazali r.a sudi menulis sepucuk surat yang merupakan wasiat yang ditujukan khas kepadanya, walaupun beliau mengetahui isi kandungan surat tersebut telah termaktub dalam kitab-kitab kandungan Imam Al Ghazali r.a.

Lalu Imam Al Ghazali dengan murah hati menjawab surat yang dihantar oleh anak muridnya dan memberi beberapa nasihat yang sangat berharga. Jika kita meneliti isi kandungan surat tersebut, kita akan mendapati beliau amat ikhlas dalam memberi nasihat dan dicelah-celah ungkapan beliau terserlah kehebatan Imam Al Ghazali r.a dalam menggambarkan tipudaya dunia dan kekalnya negeri akhirat serta bertapa perlunya kita kepada iman dan amalan soleh serta kejernihan jiwa. Kita juga akan dapat melihat bertapa kasih sayangnya Imam Al Ghazali r.a terhadap muridnya, yang telah memberi nasihat kepada muridnya dengan bahasa yang halus serta menyentuh hati kita dan terkadang dapat mengalirkan airmata dan memberi kesan yang sangat mendalam sekali sehingga membawa kepada perubahan dalam diri kita.

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar serta pengajaran dari kitab "Ayyuhal Walad" Wahai Anakku Yang Tercinta, surat yang meminta nasihat dari seorang murid kepada seorang mursyidnya yang tercinta.

Muqaddimah Nasihat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW serta sahabat-sahabat r.a.

Wahai anakku yang tercinta dan kekasih yang mulia, semoga Allah taala memanjangkan umurmu dalam membuat taat kepadaNya dan semoga Allah memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan para kekasihnya.

Ketahuilah olehmu bahawasanya apa jua cabang nasihat itu adalah berasal daripada sumber kenabian(Hadis Rasulullah saw). Oleh kerana itu, apabila telah sampai kepadamu nasihat yang berpunca dari sumber ini maka apa perlunya lagi engkau kepada nasihat saya. Dan apabila masih belum sampai kepadamu sesuatu daripada sumber ini maka sebenarnya ilmu apa yang telah engkau pelajari selama ini?.

Satu persoalan yang ditanya oleh mursyid kepada seorang murid. Tidak ada nasihat yang paling baik dan berguna selain dari nasihat Nabi saw. Jika sebelum ini kita belum pernah mendengar nasihat dari Nabi saw, maka selama hidup kita apa yang kita pelajari selama ini. Marilah kita tanya diri kita dimakah kita meletakkan diri kita. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita muhasah diri kita keluarga serta jamaah kita, sejauhmanakah kita mempelajari hadis Nabi saw.

Bersambung..........
Related Posts with Thumbnails

Selamat Pengantin Baru..Yassir & Ainni

Seluruh ahlijawatankuasa Darul Mujahidin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Muhammad Yassir Amir Hj. Zakaria dan Nur Quratu Ainni Usuf, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 2 November 2008. Semoga kekal keanak cucu.



Related Posts with Thumbnails
 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: November 2008 | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top