Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad







Related Posts with Thumbnails

Tazkirah

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Mesti ada tegur menegur antara satu sama lain. Sebagai contoh jika isteri melakukan maksiat, suami mestilah menasihatinya, begitulah sebaliknya.
Para ulama menyatakan bahawa orang yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran itu bukan semestinya meninggalkan maksiat. Ertinya, tidak menjadi masalah menunaikan suruhan amar makruf nahi mungkar walaupun seseorang itu melakukan maksiat.

Tangungjawabnya dalam soal mencegah kemungkaran, sudah ditunaikan sementara maksiat yang dibuat pula sudah pasti merupakan suatu dosa yang dikenakan ke atas perbuatan itu.

Perbuatan cegah mencegah antara satu sama lain tidak berlaku di kalangan kaum Bani Izrail. Cegah mencegah antara satu sama lain boleh berlaku antara ahli maksiat.

Misalnya, ada di kalangan kaki judi atau pencuri merasakan perbuatan mereka itu perlu ditinggalkan kerana ia tidak mendatangkan faedah satu pun melainkan menyusahkan orang lain. Lalu mereka nasihat mensihati antara satu sama lain sekali gus meninggalkan perbuatan berkenaan.
Ini bermakna bukan ahli maksiat itu tidak mengerti bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu tidak baik tetapi nafsu bermaharajalela dalam diri mereka menyebabkan perbuatan itu masih menjadi amalan mereka.

Akhirnya dengan hidayah Allah mereka meninggalkan perbuatan jahat itu.

Menurut hukumnya sah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu berlaku di kalangan orang yang melakukan maksiat.

Ini kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "sesungguhnya kadang kala Allah menolong agama ini dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang jahat."

Ini kerana apabila orang baik tidak berani, Allah jadikan orang jahat mencegah kemungkaran supaya penduduk sesuatu kampung itu tidak diturunkan bala.

Menjadi sebab turunnya bala ke atas umat zaman dahulu kerana tidak ada di kalangan mereka orang yang mencegah kemungkaran.

Di kalangan umat Muhammad pula, pernah berlaku Islam ditolong oleh orang fasik. Menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran berlaku di kalangan mereka dan perbuatan itu dikira sah di sisi ulama.

Tidak menjadi syarat orang yang menyuruh melakukan perkara baik dan mencegah kemungkaran itu orang yang bersih daripada sebarang kejahatan dan maksiat.

Tidak dinafikan pentingnya sesiapa yang menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran itu orang yang bersih daripada maksiat tetapi tidak menjadi halangan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencegah kemungkaran walaupun mereka sendiri melakukan maksiat.

Disebut di dalam hadis sahih di dalam kitab Riyadhus Solihin bahawa terdapat seorang lelaki pada hari kiamat, perutnya panjang berjela-jela dan diikat pula pada penunggul.

Kemudian perutnya diheret menggelilingi penuggul tersebut seperti beruk mengheret tali di sekelilingnya.

Manusia mengerumuni mereka seraya bertanya, "kenapa kamu dijadikan sedemikian rupa sedangkan di dunia dahulu kamulah orang yang sedap bercakap dan kamu ini seorang ustaz yang kerja kamu mencegah orang daripada melakukan maksiat dan menyuruh mereka melakukan kebaikan?"
Lalu dia menjawab,"aku menyuruh orang buat baik tetapi aku sendiri tidak melakukannya. Inilah balasan yang Allah berikan kepada aku."

Yang melakukan maksiat, Allah akan menghukum dan memberi balasan setimpal dengan perbuatannya. Bagaimanapun kewajipan amar makruf nahi mungkar suatu tanggungajawab yang mesti ditunaikan oleh sesiapa sahaja di kalangan umat Islam.

Berlaku pada zaman dahulu, seorang raja yang tabiatnya suka minum arak. Walaupun demikian dia tetap mengharamkan arak dan menghukum rakyatnya yang meminum minuman memabukan itu. Tetapi dia sendiri adalah peminum arak, masih tidak meninggalkan perbuatan haram tersebut.
Ertinya perbuatan menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran hendaklah dilakukan oleh umat Islam.

Dalam hadis yang lain diriwiyatkan oleh Imam Ahmad bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah, tidak mengazab orang ramai dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang yang khusus (Allah tidak mengazabkan orang ramai apabila ada golongan tertentu mengerjakan maksiat di kalangan mereka) sehinggalah mereka melihat maksiat berlaku di kalangan mereka sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka tidak mencegahnya."

Apabila berlaku demikian Allah Ta’ala mengazabkan orang yang khusus (tertentu) mengerjakan maksiat dan orang ramai yang tidak melakukan maksiat turut sama ditimpakan azab."

Ini adalah amaran yang keras daripada Nabi s.a.w.

Related Posts with Thumbnails

Video Pilihan

video
Related Posts with Thumbnails

Selamat Pengantin Baru

Seluruh ahlijawatankuasa Darul Mujahidin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Mohd Firdaus Bin Hj. Ibrahim dan Eminorlita Binti Zainuddin yang telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Disember 2008. Semoga kekal hingga akhir hayat.

Mohd Firdaus Dan Eminorlita









Related Posts with Thumbnails

Takziah

Takziah kepada keluarga Tuan Hj. Basri Bin Mokhtar. Ibundanya yang tersayang telah kembali ke rahmatullah pada 18 Disember 2008 jam 3 petang. Semoga rohnya dirahmi oleh Allah serta ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Al Fatihah.


Related Posts with Thumbnails

Kem Ibadah Peringkat Remaja

Alhamdulillah...kem ibadah peringkat remaja dari 15 hingga 17 Disember 2008 anjuran lajnah remaja telahpun selesai. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat. Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang telah memberikan sumbangan serta sokongan dalam menjayakan kem ibadah ini. Ribuan terima kasih juga atas kejayaan Max Evolution Tarining & Consultancy yang telah berjaya mengendalikan program tersebut. Terima kasih kepada anda semua.

Perasmian Oleh: Al Fadhil Ustaz Idris Ahmad












Related Posts with Thumbnails

Selamat Pengantin Baru

Seluruh ahlijawantankuasa Darul Mujahidin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Nila Kasuma Abd Kadir dan pasangannya Siti Mariam Hj. Zakaria yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 14 Disember 2008. Semoga kekal dunia hingga akhirat.

Nila Kasuma dan Siti Mariam

Suasana dihari majlis perkahwinan








Related Posts with Thumbnails

Tokoh Islam

Said Bin Jubair

11 Disember 2008 : Khamis Bahagian 1


"Said bin Jubair telah dibunuh. Namun seluruh isi bumi ini masih memerlukan ilmunya. " (Ahmad bin Hanbal)

Beliau adalah seorang pemuda yang tegap, segak, cergas dan aktif. Beliau juga seorang yang pintar, berfikiran taham, amat suka melakukan kebaikan dan benci melakukan dosa.

Walaupun warna kulitnya hitam, rambutnya kerinting dan berrasal daripada keturunan Habsyah, namun itu tidak mencacatkan keperibadian dirinya yang istimewa dan unggul. Walaupun usianya ketika itu masih muda.

Anak muda berketurunan Habsyah dan hidup dalam budaya Arab ini, memahami bahawa ilmu adalah jambatan untuk menghubungkan dirinya dengan ALlah. Sementara ketaqwaan baginya adalah jalan penghubung untuk beliau mengecapi syurga. Oleh kerana itu, beliau meletakkan ketaqwaan di kanannya untuk memperolehi kedua-duanya.

Untuk tujuan itu, anak muda ini berkelanan sepanjang hidupnya. Semenjak kecil, orang ramai melihat kehidupan anak muda ini tidak dapat dipisahkan antara mengulangkaji ilmunya atau beribadat di mihrabnya. Anak muda ini adalah contoh keunggulan umat Islam di zamannya.

Anak muda ini dikenali sebagai Sa'id bin Jubair. Semoga ALlah meredhainya dan beliau meredhai ALlah

Related Posts with Thumbnails

Qurban Dan Aqiqah

Gambar-gambar Qurban dan Aqiqah










Related Posts with Thumbnails
 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Disember 2008 | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top