Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Bersedialah Para Penda'ie

Oleh : Ust. Muhammad Hanif Jamaluddin

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..."
(al-Ahzab: 21)

Sesebuah Harakah Islamiyah perlu didukungi oleh para da’ie yang berkemampuan dan sentiasa bersedia dalam melakukan usaha-usaha ta’rif (dakwah), takwin (tarbiyah), tanfiz (pelaksanaan tugas) dan tamkin (pengukuhan).

Dalam menjalankan kegiatan dakwah, para da’ie hendaklah memiliki beberapa persiapan yang jitu bagi memastikan mereka akan terus istiqamah di atas jalan perjuangan ini. dan tidak tergolong dalam kumpulan yang tercicir dalam jalan dakwah.

Di antara persiapan yang perlu diberikan perhatian oleh penda'ie ialah:

1) PERSIAPAN ILMU PENGETAHUAN


Imam Bukhari meletakkan satu bab tentang ilmu dalam Jami' Shahih-nya, dengan judul "Ilmu itu Mendahului Perkataan dan Perbuatan."Perjuangan yang disusuri tanpa ilmu pengetahuan akan menatijahkan perkara yang kurang bermutu dan lebih cenderung kepada melakukan kesalahan.

Imam Hassan al-Basri menekankan keilmuan bagi mereka yang beramal dalam katanya;

"Orang yang beramal tetapi tidak disertai dengan ilmu pengetahuan tentang itu, bagaikan orang yang melangkahkan kaki tetapi tidak meniti jalan yang benar. Orang yang melakukan sesuatu tetapi tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu itu, maka dia akan membuat kerosakan yang lebih banyak daripada perbaikan yang dilakukan.

Carilah ilmu selama ia tidak mengganggu ibadah yang engkau lakukan. Dan beribadahlah selama ibadah itu tidak mengganggu pencarian ilmu pengetahuan. Karana ada sebagian kaum Muslimin yang melakukan ibadah, tetapi mereka meninggalkan ilmu pengetahuan, sehingga mereka keluar dengan pedang mereka untuk membunuh umat Muhammad saw. Kalau mereka mahu mencari ilmu pengetahuan, niscaya mereka tidak akan melakukan seperti apa yang telah mereka lakukan itu."

Secara keseluruhannya, setiap da’ie haruslah memahami persoalan aqidah, akhlak, hukum-hukum fiqh serta persoalan dakwah dan jihad yang mencakupi segala proses pembentukan jamaah, pelaksanaan dakwah, proses mengambil alih kuasa pemerintahan, penggubalan perlembagaan, dan sebagainya selari denga apa yang terkandung di dalam al-Quran, al-Sunnah dan sejarah Islam.

Di dalm kita Feqh Aulawiyyat Syekh Yusuf Al-Qardawi ada meletakkan satu perbincangan khusus membicarakan akan kepentingan ilmu pada para penda'ie juga sebagai satu syarat kepada semua jenis kepimpinan ( politik, ketenteraan dan kehakiman)

Kemantapan ilmu akan menjadikan para da’ie lebih mantap dalam memberikan gambaran yang jelas akan segala hal yang berkenaan dengan ajaran Islam dan hukum-hukum Islam yang bersifat ilmiah mahupum alamiyah seperti tahaluf siyasi, konsep negara Islam, kedudukan non-muslim di dalam negara Islam, hubungan antarabangsa Islamdan lain-lain.

"Katakanlah: "Inilah jalan (agama)-ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata..." (Yusuf: 108)

2) Persiapan Mentaliti


Seorang da'ie perlu memiliki daya fikiran yang hebat serta sifat kebijaksanaan, hal ini kerana seorang da'ie akan berhadapan dengan percambahan fikiran yang mengelirukan yang sering dilontarkan oleh musuh.Tanpa kebijaksanaan sudah pasti para penda'ie tidak mampu untuk mematahkan segala hujah akal yang dilontarkan.

Menteliti yang bijak juga dapat membantu da'ie dalam mengembangkan fikrah dakwah, membahagikan tugasan, menyelesaikan masalah,mengenalpasti kelemahan, mencari sasaran, membuat keputusan dan mengambil peluang daripada sesuatu kesempata yang berkaitan dengan kepentingan dakwah Islam yang diperjuangkannya.

penda'ie yang telah memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam serta memiliki kebijaksanaan dalam menghadapi segala rintangan dakwah pasti akan dapat mengenalpasti segala kelemahan gerakan yang perlu di pertingkatkan serta kekuatan yang dapat di manfaatkan dalam memimpin sesebuah gerakan Islam.

3) PERSIAPAN JASMANI


"Orang Mu'min yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang Mu,min yang lemah." Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r a.

Kekuatan jasmani memainkan peranan penting dalam mencapai misi dakwah, justeru itu penda'ie perlulah menjaga kesihatan diri serta mengawal permakanan dengan mengambil makanan yang berkhasiat serta makanan yang dapat membina pemikiran yang waras.

Para penda'ie juga mestilah menjauhkan dirinya daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan, serta meningkatkan kesihatan jasmani dengan melakukan aktiviti riadhah seperti bersenam, berenang atau sebagainya.

4) PERSEDIAN ROHANI DAN AKHLAK


"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..."
(al-Ahzab: 21)

Sebagai seorang penda'ie wajib keatas diri mereka menjauhi dari melakukan perkara yang membawa kearah kemaksiatan diri disamping meningkatkan kerohanian diri dengan menanamkan segala sifat mahbudah dalam diri mereka.

Akhlak yang mulia sebagai contoh terbaik kepada mad'u menerima dakwah yang ingin disampaikan, sekiranya da'ie menampilkan akhlak yang tidak baik ia akan menjadi satu fitnah yang terbesar bagi para penda'ie.

"Kerana nila setitik rosak susu sebelanga" dek kerna seorang penda'ie melakukan satu kesalahan atau menonjolkan sifat yang tidak elok, masyarakat pasti memandang sinis pada penda'ie yang lain.

Para penda'Ie hendaklah membersihkan dirinya daripada sifat marah dan keras hati, membiasakan diri dengan sifat sabar dan pemaaf, menyucikannya dengan adab-adab yang mulia dan mempertingkatkannya dengan mentauladani jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Hadis Aisyah r.a:

Diriwayatkan daripada Zurarah r.a katanya: Saad bin Hisyam bin Amir ingin berperang di jalan Allah. Ketika datang ke Madinah beliau menemui beberapa orang dari penduduk Madinah, lalu mereka menahan niat tersebut dan memberitahunya bahawa enam orang yang lengkap dengan peralatan perang seperti pedang dan kuda juga mempunyai niat yang sama pada zaman Nabi s.a.w, tetapi Rasulullah s.a.w telah menahan mereka dengan pertanyaan: Bukankah aku ini merupakan contoh teladan bagi kamu? Apabila Nabi berkata demikian lalu beliau merujuk isterinya yang telah diceraikan sebelum ini. Aku bersaksi bahawa aku telah merujuk isteriku. Kemudian aku menemui Ibnu Abbas lalu aku bertanya kepadanya mengenai sembahyang witir Rasulullah s.a.w. Ibnu Abbas menjawab: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu orang di atas muka bumi ini yang paling tahu berkenaan dengan witir Rasulullah s.a.w. Saad bertanya: Siapa? Beliau menjawab: Aisyah pergilah kamu menemuinya dan tanyalah kepadanya kemudian kamu datang kepadaku dan beritahulah apakah jawapannya nanti. Lalu aku bercadang untuk menemui Aisyah, dalam pada itu aku pergi menemui Hakim bin Aflah, lalu aku meminta supaya beliau bertanya Aisyah mengenai perkara tersebut. Beliau berkata: Aku bukanlah orang yang rapat dengannya kerana aku melarangnya dari memperkatakan tentang kedua-dua pihak tersebut (iaitu semasa pertelingkahan antara Aisyah dengan Ali) dan aku enggan menyokong mana-mana pihak kecuali setelah beberapa lama. Beliau berkata: Setelah aku meyakinkannya, beliau bersetuju untuk pergi bersamaku. Lalu kami berdua pergi mendapatkan Aisyah dan kami meminta izin untuk menemuinya, kemudian beliau mengizinkan kami menemuinya, lalu kami masuk menemuinya seraya Aisyah bertanya: Adakah kamu ini seorang hakim? Hakim memperkenalkan dirinya seraya menjawab: Benar! Aisyah bertanya lagi: Siapakah yang bersama kamu? Hakim menjawab: Saad bin Hisyam! Aisyah bertanya lagi: Siapa Hisyam? Hakim menjawab: Ibnu Amir! Lalu Aisyah mendoakan agar aku dirahmati Allah dengan kata-kata: Kebaikan (iaitu kebaikan untukku). Qatadah berkata: Sesungguhnya aku cedera semasa peperangan Uhud, lalu aku berkata: Wahai Ummul Mukminin! Ceritakanlah kepadaku mengenai akhlak Rasulullah s.a.w. Aisyah menjawab: Bukankah kamu membaca Al-Quran? Aku menjawab: Benar! Aisyah berkata lagi: Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w ialah Al-Quran. Qatadah berkata: Fahamlah aku apakah yang perlu aku lakukan dan aku tidak akan bertanya sesiapa pun mengenai sesuatu sehingga aku mati. Kemudian aku ingin tahu mengenai sesuatu, lalu aku bertanya: Ceritakanlah kepada aku mengenai sembahyang malam Rasulullah s.a.w. Aisyah berkata: Bukankah kamu pernah membaca ayat Al-Quran: يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ Yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut! Aku berkata: Benar! Aku pernah membacanya. Aisyah berkata lagi: Sesungguhnya Allah s.w.t (Yang Maha Mulia lagi Maha Agung) telah mewajibkan sembahyang malam pada awal surah tersebut. Maka Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya telah mendirikannya selama setahun. Allah tidak menurunkan penutup bagi ayat tersebut dan menahannya selama dua belas bulan di langit sehinggalah diturunkan beberapa ayat pada penghujung surah tersebut sebagai satu keringanan, maka jadilah sembahyang malam itu sebagai satu perkara yang sunat selepas ianya diwajibkan. Aku berkata: Wahai Ummul Mukminin! Terangkan kepadaku mengenai sembahyang witir Rasulullah s.a.w. Aisyah menjawab: Kami menyediakan kayu sugi dan air untuk wuduk baginda. Allah akan membangkitkan baginda pada bila-bila masa yang baginda kehendaki, apabila baginda bangun, baginda bersugi dan mengambil wuduk dan baginda sembahyang sembilan rakaat tanpa duduk melainkan pada rakaat yang kelapan, baginda berzikir, bertahmid (memuji) dan berdoa kepada Allah, kemudian baginda bangkit tanpa memberi salam. Seterusnya baginda berdiri, lalu meneruskan rakaat yang kesembilan, kemudian baginda duduk lagi seraya berzikir, bertahmid, berdoa kepada Allah, lalu memberi salam, salam yang dapat didengari oleh kami semua. Selepas itu baginda sembahyang dua rakaat selepas memberi salam dalam keadaan duduk. Semua rakaat sembahyang Rasulullah s.a.w berjumlah sebelas rakaat. Wahai anakku! Ketika umur Rasulullah s.a.w meningkat tua dan semakin berisi, baginda hanya melakukan sunat witir sebanyak tujuh rakaat sahaja, di samping baginda melakukan dua rakaat sebagaimana dua rakaat yang baginda lakukan dahulu, jadi semuanya berjumlah sembilan rakaat. Wahai anakku! Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila sembahyang baginda suka sembahyang berterusan. Apabila baginda tertidur atau tidak sedar pada waktu malam baginda akan melakukannya pada waktu siang sebanyak dua belas rakaat. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w membaca Al-Quran seluruhnya dalam satu malam dan aku juga tidak pernah melihat Nabi s.a.w mendirikan sembahyang hingga ke waktu Subuh atau berpuasa selama sebulan berturut-turut selain dari bulan Ramadan. Saad berkata: Setelah aku mendengar jawapan dari Aisyah tersebut, aku lantas menemui Ibnu Abbas dan menceritakan kembali kepadanya. Ibnu Abbas berkata: Benarlah Aisyah. Seandainya aku berada berhampiran dengannya atau boleh menemuinya, nescaya aku sendiri akan menemuinya sehingga aku dapat bercakap secara langsung dengannya. Saad berkata: Aku menyebut: Sekiranya aku tahu bahawa kamu tidak dapat menemuinya nescaya aku tidak akan menceritakan Hadis tersebut " HR MUSLIM"


Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Bersedialah Para Penda'ie | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top