Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Darul Mujahidin Berwajah Baru

Terima kasih diatas sokongan pengunjung semua. Bertapa cepatnya masa berlalu sehingga kita tidak menyedarinya, benarlah apa yang telah dikatakan dalam satu hadis akhir zaman akan berlaku masa terlalu cepat berlalu. Kini Blog Darul Mujahidin telah beroperasi genap dua tahun pada 27 okhtober yang lalu. Terima kasih kepada seluruh warga Darul Mujahidin yang tidak putus-putus memberi sumbangan dan pandangan.

Terima kasih juga kepada tetamu penulis Ustaz Shahrulazmi Sidek, Ustaz Rizuan Rahmat, Ustaz Nik Bakri Nik Mat, Sdr Che Abd Kadir Abdullah dan ramai lagi yang tak dapat saya paparkan disini.

Blog ini juga telah mencapai seramai 67,542 pengunjung pada 27 okhtober yang lalu. Terima kasih semua.

Zulkifli Mohamad Bin Harun


Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Darul Mujahidin Berwajah Baru | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top