Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Memaparkan catatan dengan label Antarabangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Antarabangsa. Papar semua catatan

Ismail Haneyya: Umat Akan Musnah Apabila Al Quran Dan Kekuasaan Dipisahkan


Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menegaskan bahawa kerajaan Palestin sentiasa berusaha untuk melahirkan generasi al-Quran bagi meneguhkan pegangan rakyatnya dan demi pembangunan masa depan yang lebih mapan. Beliau juga mengatakan bahawa pihak musuh yang mensasarkan bumi dan aqidah rakyat Palestin itu hendaklah dihadapi dengan suatu generasi bertamadun yang berpegang teguh dengan al-Quran dan segala ajarannya, dan ia merupakan antara strategi paling penting yang dilaksanakan oleh kerajaan, kerana al-Quran dan kekuasaan tidak boleh berpisah. Apabila kedua-duanya berpisah, ummat akan musnah.

“Alangkah indahnya kerana kita dapat berjumpa di atas hidangan al-Quran dan memulakan hari ini dengan bertemu dengan para ahli al-Quran.” tegas Haneyya.

Ucapan Haneyya itu disampaikan ketika beliau melakukan lawatan dan tinjauan pada hari Isnin (6/7) ke perkhemahan ‘al-Furqan’ dan ‘Kanz al-Huffaz’, di samping lawatan yang sama dilakukan ke Radio al-Quran al-Karim. www.palestine-info.info/ar/

Related Posts with Thumbnails

Faris Audah Dalam Kenangan

As Syahid Faris Audah Dalam Kenangan



Faris Audah ialah seorang remaja yang baru berumur 13 tahun yang tinggal di tengah Bandar Gaza, di Palestin. Namanya menjadi sebutan disebabkan keberanian beliau melawan tentera Israel yang berkereta perisai tanpa merasa takut dan gentar walaupun hanya bersenjatakan batu-batu kecil.


Pagi-pagi lagi, Faris, seperti remaja lain akan ke sekolah untuk belajar. Selepas pulang di waktu petang, dia akan bersama-sama kawannya mengutip batu kerikir untuk membaling tentera-tentera Yahudi yg bersembunyi di dalam kereta perisai. Farislah yg paling terkenal di kalangan tentera musuh Allah itu kerana keberaniannya berbanding rakannya yang lain, kerana dia akan sentiasa berada di depan sekali semasa merejam batu ke arah tentera zionis itu.


Bagi Faris, satu-satunya cara yang ada untuk menentang Yahudi kerana hanya itulah senjata yang mereka ada. Ramai tentera Yahudi yg cedera dibalingi batu, serta buta mata mereka bila terkena batu berbisa remaja-ramaja Islam dan sebagainya.


Faris pernah kelihatan dirakam di dalam lensa kamera seorang wartawan sedang mengejar seorang tentera Yahudi yg lari bertempiaran takut dibalingi batu beracun Faris itu. Faris mulanya dikejar, tapi bila dia dapat mengutip batu dan membalingi tentera itu sekali, tentera itu lari. Dia pula yg mengejar dan berjaya mengenai sasarannya.


Biasanya apabila ada rakannya yg tertembak dan luka, Faris dan rakannya akan mengejarkannya ke ambulan Palestin yg sentiasa tersedia menanti di sekitar tempat mereka merejam itu. Kecederaan seperti itu biasa berlaku, dan ramai rakannya hanya cedera ringan dan pulih semula.


Pada suatu hari minggu yang cerah, Faris telah keluar dari rumahnya tanpa memberitahu ibunya. Dia terus mencari beberapa rakannya dan menghala ke tempat biasa untuk membalingi tentera Zionis di dalam kereta berperisai. Hari itu dia kurang bernasib baik kerana setelah melontar beberapa biji batu Faris telah ditembak oleh tentera di dadanya.


Pada petang itu, jalanraya di Gaza menyaksikan beratus-ratus orang lelaki Palestin yg mengiringi jenazah seorang remaja Palestin yang syahid di atas usungan ke tanah perkuburan. Jenazah itu tidak dimandikan kerana Faris ialah seorang yang syahid. Sehelai kain putih biasa sahaja yang menutupi badannya yang kurus dan kerdil itu.

Walaupun kerdil, Faris diberi penghormatan luarbiasa berbanding remaja mahupun orang dewasa lain yang terkorban dalam intifdhah kerana dia sememangnya seorang yang sangat berjiwa waja sewaja jiwa Umar Al Khattab apabila menghadapi musuh Allah.

Itu adalah sumbangan Faris untuk pembebasan Palestin - seorang kanak-kanak bertubuh kecil berjiwa besar.

Usaha kitaa… teruskan sumbangan ke dana Palestin, teruskan doa mohon pertolongan dari Allah dan teruskan boikot produk Yahudi dan US. Biarpun kecil sumbangan kita tetapi sangat besar jika dilakukan secara istiqomah. .

Pastinya ia tidaklah terlalu sukar berbanding pengorbanan Faris dan rakan-rakannya.

Related Posts with Thumbnails

"Aku Berharap Mendapat Syahid Di Gazzah" - Imam Qaradhawi


"Aku berharap mendapat syahid di gazzah" - Imam Qaradhawi

“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku,akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin”

Ini adalah sedutan ucapan Imam Qaradhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi Hamas pada 28 Januari 2009 yang bermottokan Ghazzah telah menang

Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam.

Ini adalah semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh orang tua yang berumur hampir 90 tahun. Bagaimana dengan orang muda seperti penulis dan pembaca sekelian. Tidak rasa malukah mendengar ucapan sebegini.!

“Sebenarnya asas kepada kejayaan Hamas ialah kebersatuan ahli Ghazzah dalam menghadapi tekanan Israel” tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Sheikh Ahmad Yasin pernah di bom oleh tentera Israel. Walaupun Sheikh Ahmad Yasin tidak mempunyai apa-apa kekuatan jasadiyyah, mata beliau yang hampir buta, telinga yang kurang pendengaran, tubuh yang tidak bermaya, suara yang terlampau tidak jelas. Tetapi orang sebegini menimbulkan kegerunan kepada israel. Orang sebegini mampu berjuang sehingga mendapat pahala syahid.

“kemenangan di Ghazzah merupakan kemenangan permulaan. Kita masih menunggu kemenangan yang menyeluruh dengan pembebasan bumi Palestin.”

“Ahli Ghazzah bersatu atas dasar iman dan ukhuwwah, dengan sebab itu, Allah SWT telah menyatukan hati-hati mereka. Israel dan sekutu-sekutunya ingin memecahkan kesatuan antara penduduk dengan pemerintah dengan mengadakan pelbagai sekatan dan melaparkan penduduk Hamas untuk menyusahkan pemerintah Hamas. Tetapi sayang, penduduk Ghazzah menerima kelaparan dan menolak untuk tunduk kepada Israel”

Itulah antara sedutan kata-kata yang penuh bersemangat oleh Imam Qaradhawi. Sepatutnya para pemuda perlu mengambil pengiktibaran di atas semangat yang ditonjolkan oleh beliau.

Palestin mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia juga menjadi perebutan antara tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di zaman Kristian berkuasa, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Di zaman yahudi, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Ketika Islam menguasai bumi Palestin, penduduk yang beragama kristian dan yahudi dibenarkan untuk melawat tempat ibadat mereka tanpa diganggu dan dizalimi. Inilah toleransinya Islam sehingga digeruni dan didengki oleh penganut agama lain.

Walaupun yahudi Zionis telah mengumumkan penarikan tentera di Ghazzah, tetapi penulis yakin, serangan itu pasti kembali. Yahudi adalah bangsa pengkhianat kepada perjanjian.Semenjak zaman Nabi Musa lagi, bangsa yahudi selalu melanggar perjanjian.

Perangai buruk itu terus menerusi diwarisi oleh anak cucunya hingga kini. pelbagai perjanjian genjatan senjata sudah dilakukan, tetapi akhirnya perjanjian ini terus dikhianati. Kemudian yahudi akan menuding jari kepada Hamas kerana menjadi penyebab kepada perjanjian ini dilanggar.

Amerika dan PBB terus menyokong yahudi Zionis dan terus menerus mempersalahkan Hamas setiap masa. Terbaru kenyataan Barack Obama yang mempertahankan tindakan Yahudi Zionis terhadap serangan tersebut. Penulis tidak pasti adakah kenyataan ini keluar dari hati nurani beliau atau terpaksa mengikut telunjuk pelobi yahudi di Amerika.

Yahudi berjaya mempengarui kuasa besar. Tetapi tindakan Hamas tidak mampu menarik simpati pemimpin umat Islam. Pemimpin umat Islam sudah hilang sensitiviti terhadap nasib saudaranya sendiri.

Walaupun serangan Yahudi telah berakhir, boikot mesti diteruskan. Pastikan ekonomi yahudi lumpuh sehingga mereka terpaksa merayu kepada dunia Islam. Semakin kuat dokongan kepada ekonomi yahudi, semakin kuat serangan terhadap umat Islam.

Kristian pernah menguasai bumi Palestin hampir 100 tahun. Kemudian Sultan Salahuddin telah membebaskannya. Yahudi Zionis telah menguasai bumi Palestin hampir 60 tahun (1948-2009). InsyaAllah umat Islam akan kembali membebaskan bumi Palestin dalam masa terdekat ini melalui kekuatan yang diberikan kepada Hamas.

Sama-samalah kita doakan

www.attakiri.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails

Palestin: Kenyataan 40 Ulama Al Azhar

Palestin: Kenyataan 40 Ulama Al Azhar

15 January , 2009

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.

Sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini di bumi Islam dan umat Islam, di bumi Gaza, Palestin yang bangkit teguh berdepan dengan pencerobohan dan penyembelihan yang diinkari oleh apa sahaja nilai, akhlak dan kemanusiaan semuanya, mewajibkan kami, sekumpulan para ulamak dan pendakwah di Mesir, menandatangani Kenyataan Umum ini sebagai mengemukakan pandangan kami, tanggungjawab kami di depan Allah swt dan menjelaskannya kepada orang ramai.

PERTAMA : Sesungguhnya Palestin yang diberkati Allah swt seperti yang disebut di dalam Al-Quran adalah bumi Islam dalam erti kata yang sebenarnya, Kiblat Pertama, di dalamnya terdapat masjid yang kedua di bina di atas muka bumi, masjid ketiga suci bagi umat Islam dan tempat israk Rasul kita saw. Oleh kerana itu, sesiapa pun tidak boleh mengalah dan menyerahkan walau seinci dari buminya kepada orang-orang bukan Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Maha suci Tuhan yang mengisrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).

KEDUA : Zionis Antarabangsa yang berwajahkan Israel adalah manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman disepanjang sejarah mereka. Telah jelas dan terbukti permusuhan mereka terhadap Allah dan rasul-rasulNya. Merekalah dalang setiap kejahatan, kerosakan, memunkiri perjanjian, menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah, khianat dan berdendam terhadap sesiapa sahaja yang berinteraksi dan mendekati mereka. Sesungguhnya mereka telah menceroboh bumi Palestin dengan mengusir dan membunuh penduduknya yang beragama Islam melalui dokongan berterusan dari Negara-negara Barat yang zalim dan bermusuhan. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82). Zionis Israel ini adalah kumpulan yang menceroboh dan menjajah bumi Palestin. Oleh itu Kebenaran mestilah dikembalikan semula kepada tuannya walau panjang mana berlalunya zaman. Kita tidak redha dan tidak menerima Penjajahan zalim dari puak Zionis ini terhadap Bumi Suci kita.

KETIGA : Jihad dijalan Allah dan Penentangan Bersenjata adalah pilihan yang strategik ke arah mengembalikan bumi yang diceroboh dan hak yang dicuri. Zionis sebenarnya tidak mengetahuii bahasa dalam bentuk perbincangan dan tidak memahami makna Perdamaian. Cara mereka ialah pembunuhan dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu kami yakin bahawa satu-satunya bahasa yang difahami oleh mereka iala bahasa Jihad dengan segala cara dan jenis. Jangan dihentikan Jihad melainkan setelah orang Zionis yang terakhir keluar dari bumi Palestin. Firman Allah swt bermaksud, “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal:60).

KEEMPAT : Mereka yang mengambil jalan Jihad dan Penentangan sebagai jalan mereka, memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para Syuhadak, harta, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harga untuk membebaskan bumi ini, sekalipun musuh memiliki kelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang penuh kejam yang menyerlahkan kebencian membabi buta mereka terhadap setiap orang Islam, mereka itulah dari golongan yang dimenangkan dengan izin Allah. Mereka layak didokong, dibantu dan ditolong. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdis”. (Hadis riwayat Ahmad).

KELIMA : Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun.

Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud, “Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).

Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”. (Ali Imran : 103).

Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab masing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah. Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu. Firman Allah swt bermaksud, “Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran : 173).

Ditandatangani oleh :

1. Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri - Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar

2. Dr. Nasr Farid Wasil

3. Dr Zaghlul An-Najjar

4. Dr Abdul Sattar Fathullah Said

5. Dr Muhammad Ammarah

6. Dr Al-Fattah Asy-Syeikh

7. Dr Safwat Hijazi

8. Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb

9. Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy

10. Dr Abdul Halim Uwais

11. Dr Mohd Rakfat Uthman

12. Dr Abdullah Barakat

13. Dr Abdullah Samak

14. Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy

15. Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail

16. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril

17. Dr Solah Sultan

18. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil

19. Dr Mohd As-Soghir

20. Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh

21. Dr Ahmad Al-Assal

22. Dr Hazim As-Sarsawy

23. Dr Abdul Rahman Foudah

24. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa

25. Dr Hussein Syihatah

26. Dr Solah Harun

27. Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy

28. Dr Jamal Abdul Hadi

29. Dr Hasan Ubaid

30. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah

31. Dr Ahmad Abu Huzaifah

32. Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim

33. Dr Umar Abdul Aziz

34. Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki

35. Dr Mazin As-Sarsawy

36. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry

37. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny

38. Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin

39. Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan

40. Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary

Related Posts with Thumbnails

Wajah wajah Gaza setelah hampir 7 hari di serang.

Wajah wajah Gaza setelah hampir 7 hari di serang.

Pejuang Jihad Islami sedang bersiap sedia melancarkan roket ke arah penempatan rejim Zionis.


Seorang wanita Palestin di Gaza yang cedera parah sedang dikejarkan ke hospital al Shifa untuk rawatan .


Keadaan terkini di Gaza sekarang. Hancur musnah..


Rakyat Palestin sedang melihat kesan bom serangan rejim Zionis ke atas sebuah balai polis di bandar Gaza,


Jenazah budak Palestin berusia 4 tahun, Lama Hamdan sedang dikebumikan di utara Gaza pada 30 Disember 2008 lalu

Related Posts with Thumbnails

Haniyah: Israel Bertanggungjawab Terhadap Kesan Buruk Penutupan Pintu Masuk.


Rabu, 12/11/2008 - Pemerintah Palestin pimpinan PM Ismail Haniyah menyatakan penjajah Israel bertanggungjawab penuh ke atas kesan penutupan pintu masuk yang sudah memasuki hari keenam yang memberi Kesan buruk terhadap politik, sosial dan kemanusiaan.


Melalui jurucakapnya, Thaher Nunu, Haniyah mengingatkan tentang kekurangan bahan bakar di Semenanjung Gaza, termasuk penghentian jana elektrik hari ini, bererti Semenanjung Gaza akan mengalami kekurangan sumber tenaga sehingga 50%.

Beliau menyatakan bahawa wilayah Khan Yunis sudah terputus aliran elektrik sejak hari Ahad lalu kerana pihak Israel tidak mahu memperbaiki kerosakan yang berlaku di pencawang utama yang menyalurkan aliran elektrik ke Khan Yunis.

Note:
sumber : COMES
penterjemah : osman

Related Posts with Thumbnails

Kementerian Agama Kutuk Kebiadapan Israel Menghina Al-Quran.


Selasa, 04/11/2008 -Kementerian Agama dan Waqaf Palestin di Gaza mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel laknat mengoyak serta membuang Al-Quran ke dalam tandas semasa menyerbu kem pelarian Aroub di utara bandar Al-Khalil.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan menegaskan sebarang tindakan provokasi dengan menggunakan Al-Quran merupakan satu tindakan jenayah kepada seluruh umat Islam di dunia dan mereka yang melakukan tindakan biadap itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera.

Kementerian berkenaan memohon kepada seluruh oraganisasi Islam dan mereka yang prihatin untuk bertanggungjawab menekan pihak Israel untuk menghentikan tindakan biadap itu.
Related Posts with Thumbnails

Serangan ke atas sekolah perempuan dikutuk

Selasa, 28/10/2008 -Hamas mengutuk serangan tentera rejim Zionis di sebuah sekolah perempuan Palestin di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza yang mencederakan seorang kanak-kanak dan mengakibatkan kerosakan pada bangunan sekolah.

Hammad Al-Ruqub, jurucakap Hamas di Khan Younis, berkata rejim Zionis sebenarnya tidak pernah mematuhi perjanjian perdamaian malahan sentiasa melanggarinya.

Beliau menyatakan serangan terhadap sekolah sewaktu kelas dijalankan telah mencederakan kanak-kanak berumur 15 tahun, Aziza Qudaih sambil mengatakan rejim Zionis "berniat buruk serta membahayakan dan mengancam kanak-kanak kita dan telah menjejaskan kelangsungan pendidikan mereka".


Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Antarabangsa | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top