Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Peristiwa-Peristiwa Penting di Bulan Ramadhan

Bahagian 2

8. 7 Ramadhan 361 H : Atas perintah Khalifah Fatimiyyah panglima Jauhar Ash Shiqili meletakkan batu asas pertama bagi mendirikan Jamie’ (Masjid) Al-Azhar. Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universiti dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang membahaskan berkenaan permasalahan hukum-hukum Islam. Institusi Al-Azhar mengalu-alukan serta menyambut gembira kedatangan para pelajar yang ingin belajar disana. Segala kelengkapan disediakan seperti tempat tinggal, keperluan hidup bahkan halaqah (kelompok pengajian) ilmu-ilmu Islam yang pelbagai dilaksanakan kepada para penuntut ilmu supaya dapat memilih halaqah yang dikehendakinya. Universiti Al-Azhar masih lagi utuh berdiri melahirkan graduan Islam serta Ulama' sehingga sekarang walaupun pihak musuh telah beberapa kali cuba meruntuhkan Institusi Pengajian tertua di dunia itu. Ini kerana, dunia barat memandang para pendokong ilmuan Islam ini sebagai candu kepada usaha menyebarkan fahaman kuffur mereka.


9. 8 Ramadhan 789 H : Sultan Al-Mu’tasim Billah pada hari ini mengadakan pengumuman kepada rakyatnya bahawa barangsiapa yang merasa dizalimi dan merasa ada perkara yang boleh menyebabkan kepada permusuhan maka datanglah kepadanya pada hari Ahad (Minggu) dan Rabu untuk menyelesaikan permasalahannya. Tradisi ini baru dimulakan pada masa beliau dan kemudiannya terus menerus diikuti oleh sultan-sultan setelah beliau.


10. 9 Ramadhan 222 H : Panglima Al-Afsyiin salah satu panglima perang Khalifah ‘Abasiyah Al-Mu’tasim bin Harun Ar Rasyid telah menakluki kota Al-Badz pusat pemerintahan Babak Al-Khurmi setelah melakukan pertempuran dan pengepungan selama dua tahun . Faktor-faktor pemberontakan Babak Al-Khurmi yang bermula pada tahun 201 H semasa Khalifah Ma’mun adalah kerana keinginannya untuk merebut takhta Khalifah dari kaum Arab Muslim kepada kaum Farsi dan Majusi. Selain itu, mereka juga menolak segala bentuk ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan menghalalkan minum arak serta menghalalkan segala macam yang diharamkan oleh Islam.


11. 10 Ramadhan 1393 H : Tentera Mesir berjaya menembusi terusan Suez dan menghancurkan benteng Berlif serta menghancurkan kekuatan tentera Israel. Begitupula disebelah angkatan tentera Syiria berjaya membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan Israel. Semboyan pasukan tentera pada peperangan tersebut adalah lafaz "Allahu Akbar" ( Allah Maha Besar).


12. 11 Ramadhan 1393 H : Berlaku serangan mendadak terhadap kekuatan Israel yang dilakukan oleh satu pasukan berani mati Palestin di Ramallah yang menyebabkan kerosakkan dan kerugian dipihak Israel.


13. 12 Ramadhan 597 H : Imam Abu Faraj Ibnu Jauzi seorang ahli sejarah dan Ulama terkenal meninggal dunia.
Beliau terkenal kerana karangan beliau yang banyak sehingga mencecah ratusan kitab. Bahkan diriwayatkan bahawa beliau pernah mengarang kitab sekitar 250 buku.


14. 13 Ramadhan 1356 H : Pada tanggal 26 September 1937 M mujahidin Palestin telah membunuh Ketua Tentera bernama Andruz yang melakukan tindakan merugikan bagi pihak Palestin dengan merebut sebahagian tanah di daerah Jalil ‘Ulya untuk pihak Yahudi. Pemerintah Inggeris berdiam diri melihat hal ini, lalu mereka melakukan pembunuhan dan pengusiran yang berakhir dengan penangkapan Syeikh Farhan Sa’dy teman Syeikh ‘Izzuddin Al Qassam yang berusia 80 tahun. Syeikh Farhan ditangkap dikediamannya dengan tuduhan melakukan pemberontakan. Dalam persidangan Mahkamah Tentera memutuskan hukuman gantung terhadap beliau. Usaha pembelaan terhadap Syeikh sudah dilakukan oleh berbagai pihak untuk membebaskan beliau namun semuanya tidak berhasil. Akhirnya beliau meninggal dalam keadaan berpuasa.


15. 14 Ramadhan 666 H : Pemerintahan Anthokiah didirikan oleh Wormandi Buwaihimund pada tahun 491 H. Kota ini menjadi
kota kemegahan kerana dikelilingi benteng yang sangat kuat serta dijaga oleh ribuan pasukan secara bergilir siang dan malam. Walaupun keadaannya demikian, kaum muslimin berhasil menakluki daerah ini dengan izin Allah SWT dibawah panglima perang Dhohir Bibris. Jumlah yang mati sebanyak empat puluh ribu dan tertawan dari pihak musuh. Kemenangan ini merupakan kemenangan terbesar setelah kemenangan Hitthin.

Related Posts with Thumbnails

Sultan Muhammad Al Fatih

Saya amat tertarik dengan ulasan dari artikal YB Dato' Husam berkenaan dengan Sultan Muhammad Al Fatih, kebetulan pula saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku berkenaan Sultan Muhammad Al Fatih. Sultan Muhammad telah mengajar kita bagaimana bertauhid kepada Allah, bagaimana ingin menjadi seorang pemimpin, bagaimana dalam pembentukan tentera dan strategik dalam peperangan dan bermacam lagi yang telah diajar kepada kita melalui fikirannya yang kreatif yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.





Related Posts with Thumbnails

Perkembangan Islam Di Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin

Isi Kandungan

1. Bagaimana Perkembangan Politik dan Pemerintahan Pada masa Khulafa’ al-Rayidun?

2. Bagaimana Perkembangan Kebudayaan dan Peradaban Pada masa Khulafa’ al-Rayidun?

1. Politik dan Pemerintahan Pada masa Khulafa’ al-Rasyidin

Abu Bakar As-Shiddiq 11-3 H/ 632-634 M

Abu Bakar memangku jabatan khalifah berdasarkan pilihan yang berlangsung sangat demokratis di muktamar Tsaqifah Bani Sa’idah, memenuhi tata cara perundingan yang dikenal dunia modern saat ini. Kaum Anshar menekankan pada persyaratan jasa (merit), mereka mengajukan calon Sa’ad Ibn Ubadah. Kaum muhajirin menekankan pada persyaratan kesetiaan, mereka mengajukan Abu Ubaidah Ibn Jarrah.2 Sementara itu Ahlul bait menginginkan agar Ali Ibn Abi Thalib menjadi khalifah atas dasar kedudukannya dalam islam, juga sebagai menantu dan karib Nabi. Hampir saja perpecahan terjadi. Melalui perdebatan dengan beradu argumentasi, akhirnya Abu Bakar disetujui oleh jama’ah kaum muslimin untuk menduduki jabatan khalifah.

Sebagai kahlifah pertama, Abu Bakar dihadapkan pada keadaan masyarakat sepeninggal Muhammad SAW. Meski terjadi perbedaan pendapat tentang tindakan yang akan dilakukan dalam menghadapi kesulitan yang memuncak tersebut, kelihatan kebesaran jiwa dan ketabahan batinnya. Seraya bersumpah dengan tegas ia menyatakan akan memerangi semua golongan yang menyimpang dari kebenaran (orang-orang yang murtad, tidak mau membayar zakat dan mengaku diri sebagai nabi).

Kekuasaan yang dijalankan pada massa khalifah Abu Bakar, sebagaimana pada masa Rasululllah, bersifat sentral; kekuasaan legislatif, eksekutif, dan yudikatif terpusat ditangan Khalifah. Selain menjalankan roda pemerintahan, khalifah juga melaksanakan hukum,. Meskipun demikian, seperti juga Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar selalu mengajak sahabat-sahabatnya bermusyawarah.

Setelah menyelesaikan urusan perang dalam negeri, barulah Abu Bakar mengririm kekuatan ke luar Arabia. Khalid Ibn Walid dikirim ke Irak dan dapat menguasai Al-Hiyah di tahun 634 M. Ke Syria dikirim ekspedisi dibawah pimpinan empat jendral yaitu Abu Ubaidah, Amr Ibn ‘Ash, Yazid Ibn Abi Sufyan, dan Syurahbil. Sebelumnya pasukan dipimpin oleh Usamah yang masih berusia 18 tahun.

Umar Ibn Al-Khaththab 13-23 H/634-644 M

Umar Ibn Al-Khaththab diangkat dan dipilih oleh para pemuka masyarakat dan disetujui oleh jama’ah kaum muslimin. Pada saat menderita sakit menjelang ajal tiba, Abu Bakar melihat situasi negara masih labil dan pasukan yang sedang bertempur di medan perang tidak boleh terpecah belah akibat perbedaan keinginan tentang siapa yang akan menjadi calon penggantinya, ia memilih Umar Ibn Al-Khaththab. Pilihannya ini sudah dimintakan pendapat dan persetujuan para pemuka masyarakat pada saat mereka menengok dirinya sewaktu sakit.

Pada masa kepemimpinan Umar Ibn Al-Khaththab, wilayah islam sudah meliputi jazirah Arabia, Palestina, Syria, sebagian besar wilayah Persia, dan Mesir. Karena perluasan daerah terjadi dengan begitu cepat, Umar Ibn Al-Khaththab segera mengatur administrasi negara dengan mencontoh administrasi pemerintahan, dengan diatur menjadi delapan wialayah propinsi : Mekah, Madinah, Syria, Jazirah, Basrah, Kufah, Palestina, dan Mesir. Beberapa departemen yang dipandang perlu didirikan pada masanya mulai diatur dan ditertibkan sistem pembayaran gaji dan pajak tanah. Pengadilan didirikan dalam rangka memisahkan lembaga Yudikatif dengan Eksekutif. Untuk menjaga keamanan dan ketertiban, Jawatan kepolisian dibentuk. Demikian juga jawatan pekerjaan umum, Umar Ibn Al-Khaththab juga mendirikan Bait al-Mall. Dalam menyelesaikan permasalahan yang berkembang dimayarakat Umar selalu berkomunikasi dengan orang-orang yang memang dianggap mampu dibidangnya.3

Ustman Ibn Affan 23-35 H/644-656 M

Ustman Ibn Affan dipilih dan diangkat dari enam orang calon yang diangkat oleh khalifah Umar saat menjelang wafatnya karena pembunuhan. Keenam orang tersebut adalah: Ali bin Abu Thalib, Utsman bin Affan, Saad bin Abu Waqqash, Abd al-Rahman bin Auf, Zubair bin Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, serta Abdullah bin Umar, putranya, tetapi “tanpa hak suara”.4 Umar menempuh cara sendiri yang berbeda dengan cara Abu Abakar. Ia menunjukkan enam orang calon pengganti yang menurutnya dan pengamatan mayoritas kaum muslimin memang pantas menduduki jabatan Khalifah. Oleh sejarawan islam mereka disebut Ahl al-Hall a al’aqd pertama dalam islam., merekalah yang bermusyawarah untuk menentukan siapa yang menjadi khalifah. Dalam pemilihan lewat perwakilan tersebut Ustman Ibn Affan mendapatkan suaran lebih banyak, yaitu 3 suara untuk Ali dan 4 suara untuk Ustman Ibn Affan.

Pemerintah khalifah Ustman Ibn Affan mengalami masa kemakmuran dan berhasil dalam beberapa tahun pertama pemerintahannya. Ia melanjutkan kebijakan-kebijakan Khalifah Umar. Pada separuh terakhir masa pemerintahannya, muncul kekecewaaan dan ketidakpuasaan dikalangan masyarakat karena ia mulai mengambil kebijakan yang berbeda dari sebelumnya. Ustman Ibn Affan mengangkat keluarganya (Bani Ummayyah) pada kedudukan yang tinggi. Ia mengadakan penyempurnaan pembagian kekuasaan pemerintahan, Ustman Ibn Affan menekankan sistem kekuasaan pusat yang mengusaai seluruh pendapatan propinsi dan menetapkan seorang juru hitung dari keluarganya sendiri.

Ali Ibn Abi Thalib 35-40 H/656-661 M

Ali Ibn Abi Thalib tampil memegang pucuk kepemimpinan negara di tengah-tengah kericuhan dan huru-hara perpecahan akibat terbunuhnya Usman oleh kaum pemberontak. Ali Ibn Abi Thalib dipilih dan diangkat oleh jamaah kaum muslimin di madinah dalam suasana sangat kacau, dengan pertimbangan jika khalifah tidak segera dipilih dan di angkat, maka ditakutkan keadaan semakin kacau. Ali Ibn Abi Thalib di angkat dengan dibaiat oleh masyarakat.

Dalam masa pemerintahannya, Ali Ibn Abi Thalib mengahadapi pemberontakan Thalhah, Zubair, dan Aisyah. Alasan mereka, Ali Ibn Abi Thalib tidak mau menghukum para pembunuh Usman dan mereka menuntut bela’ terhadap daerah Usman yang telah ditumpahkan secara dhalim. Perang ini dikenal dengan nama perang jamal.5

Bersamaan dengan itu, kebijaksanaan-kebijaksanaan Ali Ibn Abi Thalib juga mengakibatkan timbulnya perlawanan dari gubernur di Damaskus, Muawiyah. Yang didukung oleh sejumlah bekas pejabat tinggi yang merasa kehilangan kedudukan dan kejayaannya. Pertempuran yang terjadi dikenal dengan perang shiffin, perang ini diakhiri dengan tahkim (arbitrase), tapi tahkim ternyata tidak menyelsaikan maslah, bahkan menyebabkan timbulnya golongan ketiga Al-Khawarij (orang-orang yang keluar dari barisan Ali).6

2. Peradaban dan Kebudayaan Pada masa Khulafa’ al-Rasyidin

1. Pada Masa Khalifah Abu Bakar As-Shiddiq

Pada ini kondisi sosial mayarakat menjadi stabil dan dapat mengamankan tanah Arab dari pembangkang dan penyelewengan seperti orang murtad, para nabi palsu dan orang-orang yang enggan membayar zakat.

Selain itu keadaan kaum muslimin menjadi tenteram, tidak khawatir lagi beribadah kepada Allah. Perkembangan dagang dan hubungan bersama kaum muslim yang berada di luar Madinah keadaannya terkendali dan terjalin dengan baik. Selain itu juga kemajuan yang dicapai adalah : Pembukuan Al-Qur’an

2. Pada Masa Khalifah Umar Ibn Al-Khaththab

Diantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Umar adalah :

  • Pemberlakuan Ijtihad
  • Menghapuskan zakat bagi para muallaf
  • Mengahpuskan hukum mut’ah
  • Lahirnya ilmu Qira’at
  • Penyebaran Ilmu Hadits
  • Menempa mata uang dan
  • menciptakan tahun Hijriah

3. Pada Masa Khalifah Ustman Ibn Affan

Diantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Ustman adalah :

  • Penaskahan Al-Qur’an
  • Perluasan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
  • Didirikannya masjid Al-Atiq di utara benteng babylon
  • Membangun Pengadilan
  • Membnetuk Angkatan Laut
  • Membentuk Departemen:

i. Dewan kemiliteran

ii. Baitul Mal

iii. Jawatan Pajak

iv. Jawatan Pengadilan

4. Pada Masa Khalifah Ali Ibn Abi Thalib

Diantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Ali adalah :

  • Terciptanya ilmu bahsa/nahwu (Aqidah nahwiyah)
  • Berkebangnya ilmu Khatt al-Qur’an
  • Berkembangnya Sastra
Petikan dari dakwah.info
Related Posts with Thumbnails

Sejarah Penting di Bulan Ramadhan

Oleh :Fateh Al Qarni

20 September 2008 :Sabtu


Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:


BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.


PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.


ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.


PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.


ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.


KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.


PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.


PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.


PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL


Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.


TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.


PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.


TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.


Dipetik dari Buku: Ramadan Tetamu yang di Rindui

Related Posts with Thumbnails

Peristiwa Peperangan Badar

Oleh :Fateh Al Qarni

18 September 2008 :Khamis


Peperangan ini berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah di sebuah telaga yang terletak di antara "Mekah" dan "Madinah". Faktor yang mencetuskan peperangan ini ialah disebabkan kafilah perniagaan milik Quraisy tiba dari "Syam" ke "Mekah". Lalu Nabi s.a.w memerintahkan para sahabat baginda supaya menghalang kafilah tersebut kemudian merampas harta mereka sebagai balasan kepada mereka terhadap harta yang telah dirampas oleh bangsa "Quraisy" di "Mekah".

Apabila Nabi s.a.w bersama angkatan tentera baginda sampai ke tempat yang dirancang supaya berlaku peperangan, baginda mendapat berita bahawa kafilah tersebut telah terlepas dan berjaya mengelak diri setelah panglimanya "Abu Sufian bin Harbin" berjaya menggunakan jalan persisiran pantai yang jauh dari jalan biasa yang dilalui oleh kafilah perniagaan apabila mereka mengetahui bahawa umat Islam telah keluar untuk merampas harta mereka.

Sebelum kafilah perniagaan Quraisy berjaya mengelak diri, "Abu Sufian bin Harbin" telah bertindak dengan seberapa segera menghantar utusan kepada "Quraisy" meminta supaya mereka keluar untuk menyelamatkan harta mereka yang hampir terlepas ke tangan umat Islam menyebabkan mereka keluar seramai lebih kurang seribu orang lelaki untuk berperang. Mereka bersiap sedia untuk berperang sehinggalah mereka diberitahu tentang kejayaan kafilah "Abu Sufian" mengelak diri. Sebaik sahaja umat Islam mengetahui bahawa kafilah tersebut telah terlepas dari cengkaman mereka, Nabi s.a.w meminta nasihat daripada para sahabat baginda yang terkemuka. Lantas golongan Muhajirin bercakap mengemukakan pandangan kemudian diikuti pula oleh golongan Ansar. Mereka membuat keputusan untuk tetap berada di tempat tersebut sebagai persediaan untuk berkorban dan berjuang pada jalan Allah. Rasulullah s.a.w merasa tenang terhadap pendirian para sahabat baginda, keutuhan penyatuan mereka serta kekuatan hubungan mereka.

Pada masa tersebut orang-orang musyrikin adalah berjumlah seramai lebih kurang seribu orang lelaki yang lengkap bersenjata malah ramai di kalangan mereka yang berkuda. Sedangkan umat Islam pada masa tersebut adalah seramai lebih kurang tiga ratus tiga belas orang lelaki.

Peperangan mula berlaku pada pagi hari ketujuh belas Ramadan. Pasukan tentera terus bertembung dan peperangan berlaku semakin rancak dan hebat malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda berperang dengan menggunakan sepenuh kekuatan. Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan kemenangan kepada umat Islam di dalam menentang tentera musyrikin. Allah mengabulkan doa Nabi-Nya menyebabkan peperangan berakhir dengan kemenangan yang sangat cemerlang bagi umat Islam dan kekalahan yang sangat teruk bagi golongan musyrikin yang terbunuh seramai tujuh puluh orang dari kalangan mereka, seramai jumlah ini juga di kalangan mereka yang ditawan manakala yang selebihnya berjaya melarikan diri. Hasil dari peperangan ini, umat Islam mendapat harta rampasan perang yang mereka tinggal secara melimpah ruah. Seramai empat belas orang sahaja di kalangan umat Islam yang gugur syahid dan janji-janji Allah telah terbukti dengan memberikan kemenangan kepada umat Islam yang berjumlah sedikit di atas kejayaan mereka mengalahkan golongan musyrikin yang berjumlah jauh lebih ramai daripada mereka.

Umat Islam sangat gembira di atas kemenangan ini, mereka pulang ke Madinah dengan diketuai oleh Rasulullah s.a.w sambil membawa harta rampasan perang dan memimpin orang-orang tawanan yang terikat dengan rantai. Melihat tindakan sedemikian, Rasulullah s.a.w memerintahkan umat Islam supaya berbuat baik kepada orang-orang tawanan serta memberi makan kepada mereka..

Related Posts with Thumbnails

Peristiwa-Peristiwa Penting di Bulan Ramadhan

Oleh :Fateh Al Qarni

16 September 2008 :Selasa


Bahagian Akhir


23. 21 Ramadhan : Sebelum Hijriah Ketika Rasulullah SAW mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju Gua Hira' yang terdapat padanya gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah dalam jarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan iaitu selama satu bulan Ramadhan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, bertepatan tanggal 10 Ogos 610 M dan usia beliau genap 40 tahun Qamariyah. Lebih 6 bulan 21 hari turun kepada beliau Malaikat Jibril AS mewahyukan surah Al-Alaq yang merupakan surat pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW.


24. 22 Ramadhan 942 H : Pada hari ini bertepatan dengan tanggal 15 Mac 1536 M, Khalifah Uthmaniyah bernama Ibrahim Basya meninggal dunia setelah bertugas selama 13 tahun. Selama masa kepemimpinan beliau telah banyak melakukan perluasan wilayah kekuasaan Islam. Suatu jasa yang besar kepada agama Islam.


25. 23 Ramadhan 1270 H : Pada hari ini kekuatan ketenteraan Rusia dibawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya terhadap kota Selestriya yang terletak di wilayah Qorum. Pengepungan yang terjadi selama 35 hari ini tidak membawa impak langsung kepada kekuatan Khalifah Uthmaniyah, walaupun kekuatan ketenteraan Rusia mencapai 60 ribuan tentera berhadapan 15 ribu tentara Uthmaniyah yang kebanyakan berasal dari Mesir. Pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa ini adalah kekuatan yang sedikit mampu mengalahkan kekuatan yang besar.


26. 26 Ramadhan 658 H : Diantara Khalifah Bani Umayyah yang paling me

miliki peranan penting dalam perjalanan sejarah Islam adalah Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Beliau menjawat jawatan sebagai Khalifah pada tanggal 26 Ramadhan 658 H. Beliau memulakan pendidikan di Madinah Munawwarah dengan melakukan talaqi ilmu-ilmu keislaman bersama para Ulama Madinah pada masa itu sehingga menjadi salah seorang fuqaha diantara empat Fuqaha yang ternama. Dalam setiap permasalahan yang terjadi di dalam kehidupan masyarakat di waktu beliau memegang amanah kekhalifahan berjaya diselesaikan dengan cemerlang. Ibnu Khaldun berkata, “ Abdul Malik bin Marwan termasuk Khalifah yang berjaya dalam sejarah Islam dan Arab kerana beliau mengikuti jejak Amirul Mukminin Umar bin Khattab RA dalam pentadbiran Negara.” Diantara hasil kerja beliau adalah membangunkan Masjid Qubbatul Sokhro dengan kubah kuningnya yang terletak dikawasan Aqsa@al-Quds bersebelahan dengan masjid Al-Aqsa.


27. 27 Ramadhan 1223 H : Pada hari ini pasukan Inkisyariyah melakukan peperangan terhadap Sultan Uthmani Mahmud Khan II berdasarkan tuntutan mengembalikan kekuasaan Mustofa Khan IV. Dalam menghadapi situasi ini maka Sultan memutuskan untuk menghentikan peperangan tersebut. Kalaulah tidak terjadi pembakaran di ibukota yang hampir menghanguskan seluruh kota pasti Sultan mampu menguasai peperangan tersebut. Akhirnya Sultan Mahmud menghentikan perang secara terpaksa demi menyelamatkan ibukota dari kehancuran.


28. 8 Hijrah bulan Ramadhan : Khalid Al-Walid salah seorang panglima perang Islam telah menghancurkan berhala al-Uzza. Pada bulan Ramadhan tahun yang sama dengan pembukaan Kota Mekah, Baginda mengutus beberapa kumpulan sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-'Uza, Amr bin al-'Ash merobohkan berhala Suwa' dan Sa'd bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.


29. 9 Hijrah bulan Ramadhan : Sebahagian daripada peristiwa peperangan Tabuk.


30. 9 Hijrah bulan Ramadhan : Islamnya Bani Tsaqif dan mereka menghancurkan berhala al-Laata yang mereka sembah dizaman Jahiliyah.


31. 10 Hijrah bulan Ramadhan : Tersebar luas Islam ke Yaman.


32. 15 Hijrah : Peristiwa Ain Jalut. Iaitu Tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Quthuz akan peperangan yang besar dalam sejarah Islam. Hal itu disebabkan Tartar mampu menguasai banyak daerah Islam dan menjatuhkan Khilafah Abbasiah , bahkan mereka juga berhasil membunuh Khalifah Mu’tashim Billah di Baghdad pada tahun 656 H / 1256 M. Ekspedisi Tartar meluas sampai wilayah Gazza dibawah pimpinan Hulagu. Kemudian Hulagu mengirim Kurir meminta kepada Sultan Mamluki “Quds” untuk tunduk dibawah kekuasaan Tartar. Namun begitu, permintaan ini ditolak oleh Sultan Quds kerana permintaan tersebut boleh mendatangkan kehinaan dan kelemahan. Lalu beliau memutuskan untuk menghadapi Tartar dalam peperangan. Maka pada hari Jum’at tanggal 25 Ramadhan 658 H bertepatan dengan 6 September 1260 M bertemulah dua pasukan besar di wilayah Ain Jalut. Dalam peperangan ini Sultan Quds mengumandangkan syiar “ Wa Islama … Wahai Allah tolonglah hamba-Mu Quds dari kaum Tartar.” Peperangan ini berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.


33. 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah : Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Thoriq Bin Ziyad. Kisah kemenangan kaum muslimin pada hari ini dimulai dengan persiapan Musa bin Nashir dengan pasukan dari Arab dan Barbar yang jumlahnya mencapai 7 ribu tentera dibawah kepemimpinan Thoriq bin Ziyad untuk menakluki wilayah Andalus. Maka berangkatlah Thoriq bersama pasukannya dengan menyeberangi laut pada hari isnin tanggal 5 Rejab 92 H. Mereka berjaya menewaskan musuh di dalam peperangan menghadapi sekumpulan pasukan Qouth dalam perjalanan menuju ibokata Andalus. Akan tetapi musuh kembali menghimpunkan kekuatan dibawah kepimpinan Rodrik Raja Qouth dengan pasukan sejumlah 100 ribu tentera. Lalu mereka berjalan menuju selatan untuk menundukkan kekuatan kaum muslimin. Bagi menghadapi kekuatan musuh yang besar maka dikirimkan pasukan tambahan sejumlah 5 ribu tentera sehingga jumlah pasukan Islam dibawah pimpinan Thoriq berjumlah 12 ribu tentara. Maka bertemulah dua pasukan yang tidak seimbang dari segi jumlah pasukan di tepi Sungai Wadilaka. Peperangan terjadi selama empat hari dan pada hari keempat pasukan Qouth mampu dikalahkan bahkan kerugian yang sangat besar dengan kehancuran kerajaan mereka. Selain itu kekalahan pasukan Qouth menimbulkan rasa takut dihati pengikut Qouth sehingga mereka melarikan diri kepergunungan atau bersembunyi di dalam benteng mereka. Tidak sampai satu tahun wilayah Andalus dapat ditaklukan hampir 100% sehingga terbentuklah sebuah wilayah yang maju dalam ilmu pengetahuan dan peradaban.


34. 29 Ramadhan 1368 H : Pada hari ini bertepatan dengan 25 Julai 1949 M dibubarkan pemerintahan Ibrahim Abdul Hadi. Mesir menjadi saksi akan kezaliman yang dilakukan pada masa pemerintahannya contahnya seperti penyiksaan, penangkapan, pengusiran yang belum pernah terjadi sebelumnya.


35. 30 Ramadhan 43 H : Pada hari ini bertepatan dengan 5 Januari 664 M sahabat Rasulullah SAW Amru bin Ash RA wafat.


Sumber Rujukan : Diterjemahkan oleh Mukmin ZA Lc dari buku “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.

Related Posts with Thumbnails

Peristiwa-Peristiwa Penting di Bulan Ramadhan

Oleh: Fateh Al Qarni

11 September 2008 :Khamis


Bahagian 3


16. 15 Ramadhan 1414 H : Pada tanggal ini seorang Yahudi menyerang masjid Haram Ibrahimi di kota kholil Palestin kemudiannya menembak jema’ah yang sedang solat Subuh secara membabi buta sehingga banyak yang mati. Namun amat dukacita sekali, pihak Israel tidak mengakui kesalahan itu. Bahkan mereka mengeluarkan kenyataan bahawa orang itu berpenyakit jiwa@orang gila yang tindakannya tidak boleh dipertanggungjawabkan.



17. 16 Ramadhan 727 H : Pada hari ini bertepatan dengan 5 Ogos 1327 M, Syeikh Kamaluddin Muhammad bin Ali bin Abdul Wahid bin Abdul Karim Al Anshori Azzamalkany seorang Ulama Fiqh Madzhab Syafi’i di Damaskus meninggal dunia. Beliau meninggal di Bilbis lalu dibawah ke Kaherah untuk dimakamkan berdekatan dengan makam Imam Syafi’i.

18. 17 Ramadhan 2 H : Peperangan Badar Kubro. Pada hari ini kaum muslimin dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berhasil mengalahkan pihak Musyrikin dalam perang Badar.

19. 17 Ramadhan 40 H : Pada hari ini pula Imam Ali bin Abi Thalib RA wafat kerana ditikam dengan pisau beracun oleh Abdurrahman bin Muljam Al Khariji.

20. 18 Ramadhan 21 H : Pada hari ini Panglima Khalid bin Al-Walid salah seorang sahabat terkemuka yang terkenal dengan keberaniannya dalam berbagai peperangan baik sebelum Islam atau sesudahnya meninggal dunia. Beliau memeluk Islam setelah perjanjian Hudaibiyah pada tahun 7 H. Umar bin Khatab ra memimpin salat jenazah beliau lalu dimakamkan di Hims dan ada pula yang mengatakan di Madinah.

21. 19 Ramadhan 1213 H : Pada hari ini Napoleon Bonaparte beserta pasukannya melakukan ekspedisinya ke Mesir dikawasan Ghiza, usaha ini mengalami kegagalan sehingga pada tanggal 23 Ramadhan seluruh pasukan meninggalkan Mesir menuju wilayah Syam.

22. 10 Ramadhan 8 H : Pembukaan Kota Mekah. Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Ansar menuju Makkah untuk membebaskannya dari kemusyrikan. Faktor keberangkatan beliau disebabkan serangan yang dilakukan kabilah Bani Bakar sekutu kaum Quraisy terhadap sekutu Rasulullah SAW kabilah Khuza’ah yang melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah disepakati antara kaum Quraisy dengan Rasulullah SAW. Usaha ini berhasil dengan jayanya tanpa melalui peperangan. Tatkala Fathul Makkah itu Rasulullah SAW berdiri dihadapan kaum musyrikin Makkah seraya berkata, “ Menurut kalian semua apa akan saya lakukan sekarang ?” Mereka menjawab, “ Kebaikan, karena engkau adalah saudara yang baik berasal dari keturunan baik, jika engkau memaafkan kesalahan maka itu harapan kami, akan tetapi jika engkau membalas dendam maka itu sangatlah wajar kerana kami pernah berbuat jahat kepadamu. Akhirnya Rasulullah SAW bersabda, “ Pergilah, sekarang kalian bebas, aku hanya ingin mengatakan apa yang pernah dikatakan saudaraku Yusuf ; tidak ada celaan bagi kalian, semoga Allah mengampuni kalian sesungguhnya Dia maha pengasih.”

Related Posts with Thumbnails

Peristiwa-Peristiwa Penting di Bulan Ramadhan

Oleh :Fateh Al Qarni

09 September 2008 :Selasa


Bahagian 2


8. 7 Ramadhan 361 H : Atas perintah Khalifah Fatimiyyah panglima Jauhar Ash Shiqili meletakkan batu asas pertama bagi mendirikan Jamie’ (Masjid) Al-Azhar. Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universiti dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang membahaskan berkenaan permasalahan hukum-hukum Islam. Institusi Al-Azhar mengalu-alukan serta menyambut gembira kedatangan para pelajar yang ingin belajar disana. Segala kelengkapan disediakan seperti tempat tinggal, keperluan hidup bahkan halaqah (kelompok pengajian) ilmu-ilmu Islam yang pelbagai dilaksanakan kepada para penuntut ilmu supaya dapat memilih halaqah yang dikehendakinya. Universiti Al-Azhar masih lagi utuh berdiri melahirkan graduan Islam serta Ulama' sehingga sekarang walaupun pihak musuh telah beberapa kali cuba meruntuhkan Institusi Pengajian tertua di dunia itu. Ini kerana, dunia barat memandang para pendokong ilmuan Islam ini sebagai candu kepada usaha menyebarkan fahaman kuffur mereka.

9. 8 Ramadhan 789 H : Sultan Al-Mu’tasim Billah pada hari ini mengadakan pengumuman kepada rakyatnya bahawa barangsiapa yang merasa dizalimi dan merasa ada perkara yang boleh menyebabkan kepada permusuhan maka datanglah kepadanya pada hari Ahad (Minggu) dan Rabu untuk menyelesaikan permasalahannya. Tradisi ini baru dimulakan pada masa beliau dan kemudiannya terus menerus diikuti oleh sultan-sultan setelah beliau.



10. 9 Ramadhan 222 H : Panglima Al-Afsyiin salah satu panglima perang Khalifah ‘Abasiyah Al-Mu’tasim bin Harun Ar Rasyid telah menakluki kota Al-Badz pusat pemerintahan Babak Al-Khurmi setelah melakukan pertempuran dan pengepungan selama dua tahun . Faktor-faktor pemberontakan Babak Al-Khurmi yang bermula pada tahun 201 H semasa Khalifah Ma’mun adalah kerana keinginannya untuk merebut takhta Khalifah dari kaum Arab Muslim kepada kaum Farsi dan Majusi. Selain itu, mereka juga menolak segala bentuk ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan menghalalkan minum arak serta menghalalkan segala macam yang diharamkan oleh Islam.



11. 10 Ramadhan 1393 H : Tentera Mesir berjaya menembusi terusan Suez dan menghancurkan benteng Berlif serta menghancurkan kekuatan tentera Israel. Begitupula disebelah angkatan tentera Syiria berjaya membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan Israel. Semboyan pasukan tentera pada peperangan tersebut adalah lafaz "Allahu Akbar" ( Allah Maha Besar).


12. 11 Ramadhan 1393 H : Berlaku serangan mendadak terhadap kekuatan Israel yang dilakukan oleh satu pasukan berani mati Palestin di Ramallah yang menyebabkan kerosakkan dan kerugian dipihak Israel.



13. 12 Ramadhan 597 H : Imam Abu Faraj Ibnu Jauzi seorang ahli sejarah dan Ulama terkenal meninggal dunia. Beliau terkenal kerana karangan beliau yang banyak sehingga mencecah ratusan kitab. Bahkan diriwayatkan bahawa beliau pernah mengarang kitab sekitar 250 buku.



14. 13 Ramadhan 1356 H : Pada tanggal 26 September 1937 M mujahidin Palestin telah membunuh Ketua Tentera bernama Andruz yang melakukan tindakan merugikan bagi pihak Palestin dengan merebut sebahagian tanah di daerah Jalil ‘Ulya untuk pihak Yahudi. Pemerintah Inggeris berdiam diri melihat hal ini, lalu mereka melakukan pembunuhan dan pengusiran yang berakhir dengan penangkapan Syeikh Farhan Sa’dy teman Syeikh ‘Izzuddin Al Qassam yang berusia 80 tahun. Syeikh Farhan ditangkap dikediamannya dengan tuduhan melakukan pemberontakan. Dalam persidangan Mahkamah Tentera memutuskan hukuman gantung terhadap beliau. Usaha pembelaan terhadap Syeikh sudah dilakukan oleh berbagai pihak untuk membebaskan beliau namun semuanya tidak berhasil. Akhirnya beliau meninggal dalam keadaan berpuasa.



15. 14 Ramadhan 666 H : Pemerintahan Anthokiah didirikan oleh Wormandi Buwaihimund pada tahun 491 H. Kota ini menjadi
kota kemegahan kerana dikelilingi benteng yang sangat kuat serta dijaga oleh ribuan pasukan secara bergilir siang dan malam. Walaupun keadaannya demikian, kaum muslimin berhasil menakluki daerah ini dengan izin Allah SWT dibawah panglima perang Dhohir Bibris. Jumlah yang mati sebanyak empat puluh ribu dan tertawan dari pihak musuh. Kemenangan ini merupakan kemenangan terbesar setelah kemenangan Hitthin.

Related Posts with Thumbnails

Peristiwa-Peristiwa Penting di Bulan Ramadhan

Oleh :Fateh Al Qarni

05 September 2008 :Jumaat


Bahagian 1


1. 1 Ramadhan 587 H Penghancuran dan penguasaan kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds. Penghancuran dan penguasaan kota ini dilakukan oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds. Pada hari penaklukannya Salehuddin Al Ayyubi berkata, “ Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, kerana penguasaan ‘Asqolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin.” sekarang kota ‘Asqolan dikenal dengan nama kota Al-Quds di negara Palestin.


2. 2 Ramadhan 732 H Pada tanggal ini lahir seorang Ulama besar yaitu Abdurrahman bin Muhammad bin khaldun atau dikenal dengan nama Ibnu Khaldun. Beliau mengarang kitab “Muqadimah” yang lebih dikenal dengan “Muqadimah Ibnu khaldun” yang membahas tentang ilmu Sosial Kemasyarakatan, Ekonomi, Politik dan Sejarah Filsafat. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa Eropah dan bahasa lainnya. Para ilmuwan barat mengakui akan keunggulan karangan Ibnu Khaldun terbukti mereka masih mempelajari dan menjadikan sebagai buku induk dalam kajian Ilmu Kemasyarakatan. Ibnu Khaldun meninggal pada tahun 808 H di Mesir pada masa Sultan An Nasr Lidinillah.

3. 3 Ramadhan 11 H Pada hari ini Sayyidah Fatimah Az Zahra anak bongsu dan kesayangan Rasulullah SAW dari pernikahannya dengan Ummu Mukminin khadijah binti Khawalid meninggal dunia. Fatimah lahir 5 tahun sebelum Rasulullah SAW diangkat sebagi nabi. Fatimah mendirikan rumahtangga dengan Ali bin Abi Thalib anak saudara Rasulullah SAW pada bulan ramadhan tahun 2 H, dan menjalani kehidupan Rumah tangga pada bulan Zulhijjah di tahun yang sama dari pernikahan yang penuh barokah ini lahirlah Hasan, Husain (pemuda ahli surga), Zainab, Ummi Kultsum dan muhsin yang meninggal ketika kecil.

4. 3 Ramadhan 825 H Pada hari ini Sultan Murad II dari khalifah Uthmaniyah mengadakan pengepungan kota Qostantiniyah (Costantinople) dalam rangka menaklukan dan memasukannya dalam naungan Islam. Setelah sekian lama peperanganberlaku dengan sangat dasyatnya dan beliau tidak mampu menaklukannya akhirnya beliau kembali kepusat pemerintahannya tanpa membawa hasil yang dicita-citakan.


5. 4 Ramadhan 1299 H Pada hari ini bertepatan dengan 20 Julai 1882 M pemimpin mesir tatkala itu Khadio Ismail mengeluarkan surat pemecatan terhadap Ahmad Arabi dari jabatan Menteri Pertahanan disebabkan Ahmad Arabi mengadakan pertemuan dengan segenap masyarakat dari para Ulama, bangsawan dan pendukungnya untuk meminta tanggapan tentang keputusan Khadio menghentikan kekuatan pertahanan dalam menghadapi armada Inggeris yang melakukan pergempuran terhadap benteng pertahanan Mesir di Iskandariyah@Alexenderia selama 10 jam tanpa henti (25 Sya’ban 1299 H / 11 Julai 1882 M). Dalam pertemuan tersebut diambil keputusan untuk melanjutkan kekuatan pertahanan. Lalu Khadio mengadakan pertemuan lanjutan dengan lembaga Jam’iyah Wathoniyah yang dihadiri oleh Syeikh Azhar, para Hakim dan pemuka masyarakat untuk berbincang akan keputusan pemecatan Ahmad Arabi disebabkan penentangannya atas perintah Khadio untuk tidak mengadakan pertemuan. Dalam pertemuan lanjutan ini akhirnya jam’iyah Wathoniyah mengambil keputusan untuk mempertahankan Ahmad Arabi dalam jabatannya sebagai Menteri Pertahanan.

6. 5 Ramadhan 362 H Sultan Al Mu'iz Lidinillah Al fatimi memasuki negera Mesir setelah sebelumnya beliau mengirim pasukan sebanyak 100 000 tentara dibawah pimpinan panglima Jauhar Ash Shiqili pada bulan Sya'ban 358 H tanpa ada pertempuran.


Related Posts with Thumbnails

Hebatnya Israk dan Mikraj

Oleh: Ust Sahrulazmi Sidek
23 Julai 2008 : Rabu

Hari ini adalah malam 27 Rejab. Kita semua akan memperingati peristiwa yang berlaku ke atas junjungan kita Rasulullah SAW. Namun, yang paling penting apakah pengajaran yang kita ingin ambil daripada sejarah agung ini.

1. Sebelum dihadiahkan dengan Israk dan Mikraj, Rasulullah saw telah menerima pelbagai ujian
* Ubat untuk hilangkan kesedihan keluarga, isteri, anak2 ialah bawa berjalan-jalan.mangin angin

2. Sebelum dibawa berjalan untuk bertemu Allah, Rasulullah saw telah dibedah dadanya dahulu
* Untuk bertemu Allah dalam solat, haji, puasa Ramadhan, mati...hati mesti dibersihkan dahulu hati kita

3. Rasullah saw mengikat Buroq semasa singgah di Masjid al-Aqsa (walaupun Buroq tidak akan lari)
* Manusia mesti ambil asbab/berusaha, jangan hanya bertawakkal semata-mata

4. Rasulullah saw diberi pilihan antara susu dan arak, lalu baginda memilih susu
* Dalam hidup ini sentiasa ada dua pilihan antara yang baik dan yang jahat. Kitalah yang akan memilihnya.

5. Setiap kali memasuki langit, Jibril akan memberi salam dan memperkenalkan diri
* Ayuh marilah kita selalu mengamalkan salam, bukan hanya hello, hello, hello sahaja

6. Setelah diberi 50 waktu solat, Rasulullah saw meminta dikurangkan setelah mendengar nasihat Nabi Musa
* Dengarlahlah nasihat walaupun orang tersebut lebih rendah darjatnya daripada kita

7. Rasulullah saw tetap ingin menceritakan Israk dan Mikraj walaupun cuba dibantah oleh Ummu Hani' kerana bimbang baginda akan mendapat cemuhan
* Sampaikan apa yang benar walaupun mungkin akan ada risiko dan cemuhan

dan banyak lagi pengajaran yang lain. Fikir-fikirlah...

Related Posts with Thumbnails

Siapa Hamzah ?

Oleh: Ust Sahrulazmi Sidek

23 Julai 2008 Rabu


Ukhh...ukhhh...Tersedak saya apabila seorang penceramah dengan begitu yakinnya menyebut "....Hamzah, yang merupakan sepupu Rasulullah saw..." Tak bolehlah saya nak berhentikan kuliah yang sedang beliau sampaikan itu. Takut nanti dia akan terkedu dan hilang idea tetapi kalau saya tidak perbetulkan, nanti orang yang mendengar akan mengambil maklumat yang salah. Kalau anda di tempat saya, bagaimana? Apa yang anda lakukan.

Saya selalu ingatkan diri saya, kita perlu study apa yang kita hendak sampaikan sebab orang awam biasanya akan menerima apa yang ustaz2 sampaikan. Jangan langsung tidak buat homework. Kita dah hampir dengan sambutan Israk Mikraj, buat homeworklah dari sekarang, jika kita telah mendapat jemputan berceramah atau menyampaikan kuliah.

Nama penuh Hamzah ialah Abu cAmarah Hamzah b. cAbd al-Mutallib b. Hashim b. cAbd Manaf al-Hashimiyy dan dilahirkan 2 tahun sebelum kelahiran Ralulullah s.a.w. Beliau adalah bapa saudara baginda dan merupakan saudara susuan kerana kedua-keduanya menyusu dengan Thuwaybah iaitu hamba kepada Abu Lahab. Beliau mati syahid pada tahun 3H/624M selepas dibunuh oleh Wahshiyy semasa perang Uhud. Hamzah telah digelar dengan Asad Allah (singa Allah) dan Sayyid al-Shuhada’ (penghulu orang-orang yang mati syahid). Lihat Ibn Hajar al-cAsqlani, jil. 2, hlm. 121



Related Posts with Thumbnails
 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Sejarah | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top