Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Ayuh berhimpun di Dataran Merdeka!

Ayuh berhimpun di Dataran Merdeka!
Juamaat 9 November 07

Artikel aOleh Roslan SMS

Baru sahaja selepas solat Jumaat tadi saya berkenalan dengan seorang anak muda lulusan al Azhar. Beliau dan rakan-rakannya seramai kira-kira 100 orang menurutnya, tiba Subuh tadi dari Kota Bharu untuk menyertai PERHIMPUNAN AMAN BERSIH, jam 3.00 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok. Saya difahamkan rombongan dari segenap pelusuk Negara kini beransur-ansur tiba untuk turut serta dalam perhimpunan bersejarah itu.

Menurut yang baru tiba, terdapat sekatan jalanraya dari sempadan Kelantan-Terengganu sehinggalah jalan memasuki Kuala Lumpur. Pihak polis dikatakn dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Kita faham mereka bertugas untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara, itu tugas mereka. Kita sebagai rakyat juga menjalankan tugas, iaitu menuntut hak kita sebagaimana yang terjamin di dalam Perlembagaan negara.

Kita mahukan pilihan raya yang bersih dan adil, mudah-mudahan sistem demokrasi yang BERSIH akan melahirkan sebuah kerajaan dan negara yang BERSIH. Dan lebih penting lagi memorandum tuntutan kita itu sudi diterima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Raja kita, yang kita semua telah melafazkan taat setia kepada Baginda sebagaimana termaktub dalam Rukunegara.

Raja dan rakyat berpisah tidak, oleh itu janganlah mudah-mudahan ada mana-mana pihak menyekat dan menghalang kita dari mengadap Raja kita yang kita kasihi itu.

Syabas saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah dan akan tiba ke KL dari segenap pelusuk bumi Semananjung ini. Disaat penuh bersejarah ini kita renunglah beberapa kerat sajak Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang, yang dinukilkannya semasa Peristiwa Mogok Utusan dahulu, mungkin boleh dibuat sebagai pencucur semangat:

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani
di jalan sungai besi
se derap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

(Sajak: Mahasiswa)

Ramai yang bertanya tentang tindakan yang mungkin diambil oleh pihak keselamatan terhadap rakyat jelata yang menyertai HIMPUNAN AMAN ini esok. Saya katakan insyallah, ini HIMPUNAN AMAN, jika pihak keselamatan rasional dan mahu memelihara maruah dan nama baik negara (sebagaimana kita), mereka akan mengawalnya tetapi tidak bertindak. Kepada rakan-rakan dinasihatkan agar tidak mencetuskan sebarang tindakan yang tidak diingini, kita berhimpun secara AMAN dan matlamat kita adalah untuk menyembahkan MEMORANDUM RAKYAT kepada Yang Dipertuan Agong. Tidaka ada siapa yang datang esok mahukan keganasan atau mahu mencetus huru-hara.

Hidup ini memang sentiasa dibayangi oleh risiko, namun yakinlah apa yang kita lakukan ini akan ditulis dalam lipatan sejarah negara dan disaksikan oleh Allah swt. Kata Alahyarham SN Usman Awang lagi:

Di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
dimana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tidak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

Ayuh jumpa anda semua jam 3.00 petang di Dataran Merdeka.

Hidup Malaysia, Daulat Tuanku!
Related Posts with Thumbnails

Tafsir al-Quran: Menentang biarpun tahu kebenaran Islam

Tafsir al-Quran: Menentang biarpun tahu kebenaran Islam
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 69: Bukan sahaja mereka menentang dengan cakap-cakap mereka bahkan diikuti dengan perbuatan dengan melancarkan peperangan Ahzab. Merekalah yang berada di belakang peperangan itu apabila mereka memberi semangat kepada orang-orang musyrikin supaya memerangi Rasulullah s.a.w.

Sementara pada zamam mutakhir ini pula mereka menganjurkan Peperangan Salib beratus-ratus tahun ke atas umat Islam.

Sekali gus mereka menghancurkan masyarakat dan negara Islam di Eropah apabila Islam datang menegakkan negara di Sepanyol dan beberapa wilayah lain di benua itu.

Mereka menghancurkan Islam dengan tindakan ganas dan jahat pada hal mereka tahu Islam adalah benar. Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar bahkan diakui di kalangan mereka sendiri termasuk di kalangan paderi-paderi Keristian yang memberi nasihat kepada pengikut-pengikut mereka supaya tidak berbuat demikian kepada orang Islam.

Mereka berkata, orang Islam pun pengikut agama langit. Begitu juga pendita-pendita Yahudi yang menasihatkan supaya mereka berlembut dengan orang Islam kerana orang Islam juga beragama ‘kitabiyy’ (agama langit).

Mereka mengetahui benarnya agama Islam tetapi sedikit di kalangan mereka yang mengikut Islam dan sedikit sahaja di kalangan mereka yang bersikap baik terhadap orang Islam.

Kebanyakan daripada mereka makin jahat apabila mendengar ayat-ayat Allah (al-Quran). Firman Allah yang bermaksud: "Maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang-orang yang kafir itu." (Surah al-Maidah: 68).

Yakni berdukacita dan jangan berasa gerun ketika berhadapan dengan orang-orang kafir itu. Ibn Jarir telah meriwayatkan di dalam tafsirnya bahawa beberapa orang pendita Yahudi yang bernama Rofi', Salam bin Masykam, Malik bin 'Asif telah mengadu kepada Nabi s.a.w. dan berkata yang bermaksud:

"Adakah engkau tidak mengaku bahawa engkau mengikut anutan yang dibawa oleh Ibrahim dan agamanya dan engkau beriman dengan apa yang ada di sisi kami (Taurat)."

Nabi s.a.w. bersabda: "Ya memang aku beriman kepada agamanya Ibrahim dan beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang diturunkan kepada kamu tetapi kamu mengingkari isi kandungannya.

Kamu sendiri tidak percaya kepada kitab kamu dan kamu juga menyembunyikan kandungannya. Kami mengambil apa yang ada di hadapan kami tidak melebihi daripada itu dan kamilah orang yang berada di atas jalan yang benar dan hidayah dari Allah."

"Dan kamilah di atas petunjuk yang benar."

Lalu Allah menurunkan apa yang dibaca tadi, "katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: Wahai ahlil kitab, kamu tidak ada di atas agama yang sebenar sedikitpun. Sehinga kamu menegakkan Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu.

“Sehingga kamu mengikut apa yang terkandung di dalam kitab kamu. Tetapi sayang, tidak menambahkan kepada mereka melainkan kekufuran, kejahatan serta permusuhan terhadap Islam."

Firman Allah yang bermaksud: Allah Ta'ala menyuruh Nabi s.a.w. supaya jangan bersedih dan jangan takut kepada mereka. Sesungguhnya orang-orang yang beriman menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w.dan orang-orang Yahudi, yang mendakwa yang menjadi pengikut nabi Musa a.s. dan berpegang dengan kitab Taurat." (Surah al-Maidah: 16) Sesetengah ulama mengatakan bahawa orang-orang Sobiin mereka adalah satu golongan dari penganut agama Nasrani dan Majusi yang mempunyai kepercayaan yang berasingan.

Mengikut riwayat yang lain, juga mereka dari kalangan Majusi, mereka dari kalangan Yahudi dan Majusi.

Mengikut satu riwayat yang lain, mereka ialah golongan yang menyembah malaikat, bersembahyang tanpa kiblat dan mereka membaca kita Zabur. Di mana golongan Sobiin masih berada di Iraq sehingga sekarang.

Firman Allah yang bermaksud, "Golongan Yahudi dan orang-orang Kristian, yang mendakwa bahawa mereka berpegang dengan kitab Injil dan menjadi pengikut nabi Isa a.s. Dan orang-orang Kristian yang mendakwa bahawa mereka pengang dengan kitab Injil, menjadi pengikut Nabi Isa a.s.

Yang selamat adalah sesiapa yang beriman kepada Allah Taala dan hari kiamatdan beramal dengan amal yang soleh sebagaimana terkandung di dalam syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan kepada seluruh manusia. Maka tiada ketakutan kepada mereka dan tidaklah mereka berdukacita." (Surah al-Maidah: 87)

Related Posts with Thumbnails

Gamis akan pimpin mahasiswa ke Perhimpunan Rakyat

Gamis akan pimpin mahasiswa ke Perhimpunan Rakyat
Intan Abdullah
Mon | Nov 05, 07 | 10:56:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Sempena Perhimpunan Rakyat pada 10 November ini, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan seluruh penyokong Pro-Mahasiswa akan turut serta sebagai satu tindakan sivil dan tanggungjawab sosial untuk membawa suara rakyat menuntut pemulihan demokrasi secara telus dan adil.

Menurut jurucakapnya, Meor Affandi Meor Azizan, Gamis melihat perhimpunan ini sebagai salah satu agenda penting untuk menyeru rakyat membuat perubahan dalam sistem politik dan bentuk pentadbiran kerajaan.

"Di samping itu, Gamis juga menolak dan 'membakul sampahkan' pemimpin yang hanya mementingkan nasib keperluan diri dan keluarga semata-mata sehingga mengabaikan amanah untuk menjaga kebajikan dan memimpin rakyat ke arah kesejahteraan dan keadilan seluruh rakyat," demikian petikan kenyataan akhbar yang dihantar kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Gamis turut menyatakan pendapat mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bahawa sekatan Auku akhirnya akan melahirkan produk mahasiswa yang tidak demokrat dan apatetik terhadap kepentingan rakyat, agama dan negara.

"Auku yang digubal dan dipinda sebenarnya bukan bertujuan untuk mengurus tadbir universiti dan disiplin mahasiswa dengan lebih sistematik dan efisyen. Bahkan, ia merupakan satu modal dan motif politik kotor yang dijadikan senjata kerajaan untuk melumpuhkan dan melenyapkan salah satu kumpulan pendesak golongan rakyat iaitu mahasiswa lantaran kebangkitan dan kesedaran mahasiswa yang pada satu ketika dulu menjadi satu bayangan paranoid kepada pemerintah," tambahnya.

Untuk itu, Gamis dengan penuh rasa keinsafan dan rendah diri akan memimpin Pro Mahasiswa untuk bersama-sama menuntut perubahan demi memartabatkan agama, menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira bangsa dan menjaga kedaulatan negara.

"Auku mesti dirempuh!" tegas Meor.

Tambahnya, setelah bergelumang dengan ketempangan dan penguburan demokrasi kampus sama ada kebebasan mahasiswa mahupun sendi Pilihan Raya Kampus, kini Pro-Mahasiswa merasakan ia satu kewajipan untuk menyahut cetusan momentum bagi menuntut pemulihan demokrasi secara berakar umbi di kampus dan seterusnya di Malaysia.

Menurutnya, ini kerana Pilihan Raya Kampus (PRK) 2007 telah menggambarkan satu model demokrasi yang buruk dan semakin parah dalam keadaan pihak kerajaan dan universiti bersetuju untuk mengadakan PRK setiap tahun sebagai simbolik demokrasi.

"Namun ia tidak ubah daripada sekadar menjadi barang dagangan lapuk yang tidak mempunyai nilai intelektual dan komersial," tambahnya lagi.

"Bagaimana boleh wujud sistem pengundian elektronik (e-voting) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia? Sistem pengundian elektronik tidak dapat dibuktikan ketelusannya. Bagaimana mahasiswa ingin memastikan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyelewengan ketika proses pengundian dan perkiraan undi dijalankan? Sedangkan paling tidak pun Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (SPR) Malaysia menggunakan peti undi lutsinar untuk membuktikan pengundian secara telus, inikan pula pengundian yang dibuat secara maya," hurai beliau menceritakan insiden yang dirakamkan dalam PRK yang lalu.

Jelasnya lagi, demokrasi PRK juga terus dicemari dengan insiden pengundi hantu di Kolej Kediaman ke-12, Universiti Malaya sehingga menyebabkan pengundian semula terpaksa dijalankan semula dibuat beberapa hari selepas hari pengundian yang berlangsung serentak di seluruh IPT pada 2 Oktober.

"Ini diikuti dengan situasi di UIAM yang mengadakan proses penapisan ketat calon-calon yang mahu bertanding dengan mewujudkan proses 'public speaking', sesi temuduga bersama dekan fakulti serta perlu menghadiri taklimat khas bersama Rektor dan Presiden UIAM sebagai salah satu syarat yang wajib diikuti. Namun, perkara yang tidak dapat difikirkan ialah apabila penamaan calon diadakan semula dengan alasan yang tidak munasabah setelah pro-mahasiswa dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk menang mudah pada sesi penamaan calon kali pertama. Semuanya ini hanyalah secebis bukti kebobrokan demokrasi di kampus,"ulas Meor.

Walau apapun katanya, Gamis tetap meyakini bahawa demokrasi di tanah air ini dapat dikembalikan dan dimurnikan berdasarkan prinsip-prinsip serta nilai-nilai sebenar demokrasi.

"Intipati demokrasi yang menjamin hak-hak rakyat juga adalah sebahagian daripada pengolahan ilmu-ilmu Islam dan kemanusiaan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan teori ini, Gamis akan terus komited untuk mengembalikan keadilan dan menentang sebarang bentuk ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku.

Related Posts with Thumbnails

Harga minyak dijangka naik 70 sen selepas pilihan raya - Husam

Harga minyak dijangka naik 70 sen selepas pilihan raya - Husam
Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Salleh
Sun | Nov 04, 07 | 6:55:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) - Harga minyak dijangka akan naik RM0.70 sen seliter selepas pilihan raya nanti, demikian dakwa Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dalam Forum Rakyat 'Rasuah dan Jenayah: Malaysia di Ambang Bahaya di sini hari ini.

ImageBeliau yang merupakan salah satu panelis dalam forum berkenaan mendapat sumber kenaikan harga petroleum itu daripada satu perbincangan yang diadakan di Putrajaya.

"Petroleum akan naik 70 sen seliter begitu juga gas, diesel dan tol pun akan turut naik," tegasnya di hadapan kira-kira 400 peserta yang mengikuti forum tersebut.

Beliau yakin, harga minyak akan naik berdasarkan penegasan Perdana Menteri bahawa harga minyak tetap naik kerana ia tidak boleh dielakkan, dalam satu mesyuarat yang dihadirinya.

ImageKenaikan harga minyak itu juga turut dinyatakan oleh Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaliegh Hamzah dalam satu jamuan hari raya anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang dipengerusikan oleh Dato' Paduka Ibrahim Ali.

"Tengku Razaliegh juga mendapat maklumat daripada kerajaan bahawa pilihan raya akan diadakan dengan segera dan kerajaan pada dasarnya telah memberi persetujuan petroleum akan naik, tetapi tidak disebut berapa sen," kata Husam.

Forum rakyat pada awalnya akan dibarisi panelis termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagaimanapun beliau memberitahu tidak dapat hadir kerana dikatakan sibuk dengan persiapan Pehimpunan Agung Umno.

ImageKetua Whip Ahli Parlimen Salahuddin Ayub mengambil inisiatif mengadakan forum ini atas dasar keprihatian beliau terhadap isu-isu berat terutama rasuah dan jenayah yang sudah menjadi darah daging rakyat negara ini.

Turut sama dijemput sebagai panelis Pengerusi Gerak Ezam Mohd Noor, dan Ketua Penerangan PAS Pusat Mahfuz Omar sebagai Moderator yang menggantikan Prof Dr Muhammad Agus Yusoff. - mns

Related Posts with Thumbnails

Piket besar-besaran kakitangan bank tuntut bonus, kenaikan gaji

Piket besar-besaran kakitangan bank tuntut bonus, kenaikan gaji
Roy Rasul/Muhammad Nor
Sat | Nov 03, 07 | 3:03:41 pm MYT

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Kira-kira 13,000 kakitangan bank yang terdiri daripada ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) mengadakan piket besar-besaran di hadapan Menara Maybank, Jalan Tun Perak di sini sejak pagi tadi.

Mereka yang datang dari seluruh pelusuk tanah air menuntut pihak majikan memberikan bonus dan kenaikan gaji di samping melahirkan rasa tidak puas hati terhadap layanan majikan ke atas mereka.

Suasana di hadapan Menara Maybank menjadi hiruk pikuk dengan laungan peserta piket "We want bonus" beserta hon kereta lalu lalang yang memberikan sokongan kepada mereka.

Bagaimanapun keadaan masih terkawal dengan bantuan pihak polis dan RELA yang yang ditempatkan di situ untuk mengawal keadaan.

Menurut jurucakap piket berkenaan, J. Solomon yang juga Setiausaha Agung NUBE, pada pukul 2.45 peserta yang beragama Islam (lelaki dan perempuan) akan berarak ke Masjid Jamek berdekatan untuk mengadakan solat hajat.

Selain itu beliau juga berkata bahawa piket yang serupa akan terus diadakan sekiranya pihak majikan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan yang dibuat selama ini.

Turut kelihatan dalam piket tersebut ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahrir Syed Mohamud, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Tian Chua dan wakil beberapa NGO seperti Jerit dan lain-lain.

Dalam ucapannya di piket tersebut Syed Shahrir menyeru supaya pihak bank segera memenuhi tuntutan yang dibuat dan menggesa Menteri Sumber Manusia Dato' Dr Fong Chan Onn segera campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Related Posts with Thumbnails

Diculik 2 jam

Diculik 2 jam

Oleh Sarah Zulkifli

Penyamun bawa bersama kanak-kanak lima tahun ketika curi kereta

KAJANG: "Hanya Tuhan yang tahu debaran hati saya sepanjang dua jam kehilangan anak. Pelbagai andaian berlegar di fikiran termasuk bimbang nasibnya akan menjadi seperti Nurin Jazlin (Jazimin).

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku apabila dia ditemui semula," kata Aminatun Hariah Umar Baki, 38, yang kehilangan anak bongsunya, Nur Sakinah Mohd Saparudin, 5, ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya dicuri di Taman Jasmin di sini, semalam, sebelum ditemui semula dua jam kemudian di kawasan berhampiran.

Menurut guru Sekolah Menengah Teknik Kajang itu, Nur Sakinah yang mesra dengan panggilan Ina, sedang tidur di tempat duduk belakang dalam Toyota Unser biru miliknya ketika kejadian.



Aminatun berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi, dia dalam perjalanan menghantar anaknya ke sebuah tadika di Taman Jasmin, sebelum sebuah kereta Proton Perdana hitam tiba-tiba terlanggar belakang kenderaannya yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Related Posts with Thumbnails

Al-Kursi

Al-Kursi

01 November
Tazkirah  Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top