Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



3 Perkara Doa Dikabulkan

Oleh: Fateh Al Qarni

18 Julai 2008 Jumaat


Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi mengadap Imam Hassan Aal Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.

Dengan tenang Imam Hassan Aaal Basri berkata:
"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".

Mendengar ucapan Imam Hassan Al Basri tersebut,mereka berkata:

"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?"

"Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke masjid untuk bersedekah kpd.orang-orang fakir dan miskin.Dan barang siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia melepaskannya.

Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."

Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang.

"Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj.

"Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka.

"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya".



Related Posts with Thumbnails

Daulat Tuanku


Oleh: Fateh Al Qarni

16 Julai 2008


Dirgahayu Tuanku

Tanggal 15 Julai 2008, terciptalah suatu lagi episod penting dalam sejarah Negeri Kedah Darulaman apabila genap 50 tahun pemerintahan KDYMM Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Zaman berzaman kesultanan Kedah telah melalui pelbagai episod yang panjang hingga mencecah lebih 900 tahun. Tuanku Sultan Abdul Halim mula menaiki takhta pada 15 Julai 1958 dan secara rasmi ditabalkan pada 20 Febuari 1959 menjadikan Tuanku sebagai Sultan paling lama memerintah yang masih hidup ketika ini.

Tuanku Sultan Kedah juga ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Sebagai seorang Raja berjiwa rakyat, Tuanku Sultan cukup disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Kedah. Baginda juga dikenali sebagai seorang Sultan yang begitu menghargai ulama-ulama sesuai dengan peranan baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri Kedah.

Tuanku sentiasa menjadi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat Negeri Kedah dan juga tempat rakyat berpayung. Justeru, sempena sambutan Jubli emas ke-50 ini, patik mengucapkan jutaan Tahniah dan mendoakan agar Tuanku dipanjangkan umur dan sihat sentiasa di dalam Iman.

DIRGAHAYU TUANKU!

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!



Related Posts with Thumbnails

Terbaik Dari Yang Terbaik

Oleh :Fateh Al Qarni

13 Julai 2008 Ahad


Rekreasi terindah adalah bekerja
Sebaik-baik pekerjaan adalah berda'wah

Keberanian terbesar adalah sabar
Sebaik-baik kesabaran adalah sabar dalam keta'atan

Guru terbaik adalah pengalaman
Sebaik-baik pengalaman adalah hijrah

Kebanggaan terbesar adalah kematian
Sebaik-baik kematian adalah mati syahid

Kekuatan terbesar adalah berfikir
Sebaik-baik berfikir adalah memikir umat

Pemberian terbaik adalah partisipasi
Sebaik-baik partisipasi adalah jihad

Modal terbaik adalah percaya diri
Sebaik-baik percaya diri adalah kebanggaan sebagai Muslim



Related Posts with Thumbnails



Related Posts with Thumbnails

Golongan Pandang Kecil Dosa Yang Dilakukan

Oleh: Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang

4 Julai 2008 Jumaat


Bani Israil suka melanggar janji dengan Allah dan dua kalimah syahadah. Ini adalah kerja dosa yang besar.

Seterusnya Allah Taala menyebut firman-Nya yang bemaksud; Dan Kami telah mengutuskan kepada mereka rasul-rasul. (Surah al-Maidah: 70)

Utusan Allah bemula dari datuk, nenek mereka termasuk Nabi Yaaqub. Daripada zuriatnya lahir bangsa Yahudi Bani Israil.

Yaaqub bin Ishaq bin Ibrahim, ayahnya rasul dan datuknya pun rasul. Inilah keistimewaan yang diberikan Allah kepada Bani Israil, di mana dilahirkan di kalangan mereka rasul-rasul yang ramai lebih ramai daripada umat lain.

Ini adalah kurnia Allah kepada Bani Israil. Tetapi mereka melanggar janji mereka dengan Allah dan mendurhakai-Nya. Firman Allah yang bermaksud; Setiap kali datang rasul kepada mereka, sebahagian mereka bohongi dan sebahagian lagi mereka bunuh.(Surah al-Maidah: 70)

Yakni apabila rasul diutuskan oleh Allah membawa ajaran yang mereka fikir tidak sesuai dengan akal fikiran mereka ataupun rasul yang dipilih oleh Allah tidak seusai dengan akal fikiran mereka, sebahagian daripada rasul itu mereka bohongi, mereka tidak percaya seperti Nabi Isa a.s. dan beberapa nabi yang lain termasuk Nabi Musa, Nabi Harun dan lain-lain, mereka ukur dengan akal fikiran mereka bukan beriman dengan ikhlas kepada Allah SWT.

Mereka dustakan rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah, pada hal rasul itu di kalangan orang yang paling baik daripada kalangan mereka.

Sementara itu sebahagian daripada rasul itu mereka bunuh. Nabi Zakaria mereka gergaji jasadnya, Nabi Yahya mereka sembelih seperti binatang, dan beberapa orang rasul lagi yang dibunuh oleh mereka. Sudahlah mereka tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh rasul-rasul itu bahkan mereka bunuh pula rasul-rasul itu.

Inilah kerja kamu wahai Bani Israil dan ambillah pengajaran wahai orang Islam dalam perkara ini. Firman Allah yang bermaksud; Dan mereka mengira bahawa tidak berlaku fitnah kepada mereka. (Surah al-Maidah: 71)

Mereka menyangka bahawa tidak akan berlaku bencana kepada mereka dengan tindakan jahat itu. Mereka menyangka, Allah tidak menurunkan bala kepada mereka.

Mereka tidak sedar, mereka dibalakan oleh Allah dengan serangan musuh, bencana alam termasuk puting beliung, banjir, kemarau dan berbagai-bagai perkara.

Bala bencana ujian dari Allah, hukuman di dunia sebelum hukuman di akhirat akibat daripada mereka mendurhakai Allah dan mendurhakai rasul-rasul-Nya.

Mereka merasakan tidak ada apa-apa keburukan pun selepas membunuh rasul-rasul itu, mereka tetap sihat walafiat.

Tiba-tiba datang bencana, mereka berkata, itu hanya bencana alam sahaja tidak ada kena mengena dengan kejahatan yang mereka lakukan.

Mereka lupa kepada jenayah dan maksiat yang mereka lakukan selama ini ataupun mereka memandang ringan terhadap maksiat yang mereka lakukan.

Mereka tafsirkan kepada benda lain, tidak kepada diri mereka sendiri. Mereka tidak menghitung diri sendiri sebelum mereka dihitung di hadapan Allah.

Firman Allah yang bermaksud; Lalu mereka buta (untuk melihat petunjuk) dan pekak. (Surah al-Maidah:71)

Mereka buta untuk melihat yang benar dan melihat yang baik dan pekak dari mendengar yang sebenar. Mereka dengar tetapi seperti tidak mendengar ketika diberitahu perkara yang sebenar.

Firman Allah yang bermaksud; Kemudian Allah mengampunkan mereka dengan apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah: 71)

Nabi-nabi mereka beristighfar memohon keampunan daripada Allah. Apabila mereka sedar dan insaf, mereka memohon kemaafan dan beristighfar, Allah Taala mengampunkan mereka, kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Firman Allah Taala lagi yang bermaksud; Kemudian mereka itu buta dan pekak lagi, kebanyakan daripada mereka. (Surah al-Maidah: 71)

Kebanyakan daripada mereka buta dan pekak semula, tidak melihat dan mendengar perkara yang benar.

Berkata ulama tafsir, mereka tidak percaya kepada yang kemudian ini iaitu kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. yang mereka baca di dalam kitab-kitab mereka, yang mereka dengar beritanya daripada nabi-nabi dan rasul-rasul mereka serta para ulama mereka.

Diperjelaskan bahawa akan zahir nabi akhir zaman, tetapi mereka seolah-olah tidak mendengar khabar itu daripada nabi-nabi, rasul-rasul dan para ulama mereka. Mereka tidak menerima petunjuk walaupun mereka melihat batang tubuh Nabi s.a.w.



Related Posts with Thumbnails
Kenangan bersama Syeikh Youssef Muhyieddin Al Bakhaour Al Hasani

Syeikh Youssef Muhyieddin Al Bakhaour Al Hasani


Penulis Bersama Syeikh Youssef Ketika lawatan beliau ke Malaysia

Salah seorang sahabat seperjuagan......
Che Abdul Kadir bersama Syeikh Youssef

Gambar ini diambil ketika lawatan Syeikh Youssef ke Malaysia pada bulan 6 yang lalu.
Saya dan beberapa orang sahabat sempat bersama beliau beberapa kali, sebelum kembalinya ke tanahair. Alhamdulillah sempatlah juga saya dan sahabat duduk mendengar pangajiaan ilmu dari seorang ulama' yang terkenal ini. Tidak mahu melepaskan peluang yang tersedia ini maka saya telah mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan..

Related Posts with Thumbnails

Meminta Pada Yang Berkuasa

Oleh: Fateh Al Qarni

2 July 2008 Rabu

Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) Firman Allah Taala:

“Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke atas kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.

Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.

Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.

Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan…”

(Riwayat Muslim)

Huraian :

Status manusia adalah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Untuk itu, manusia dilengkapkan dengan kesedaran moral yang harus selalu dikawal, jika tidak ingin terjatuh ke dalam kedudukan yang rendah. Dengan demikian, dalam kehidupan manusia sebagai ciptaan Allah, terdapat dua pola hubungan iaitu pola yang di dasarkan pada kedudukan manusia sebagai khalifah Allah dan sebagai hamba Allah. Kedua pola ini harus dijalani secara seimbang, lurus dan teguh dan tidak hanya mengambil yang satu dan mengabaikan yang lain.



Related Posts with Thumbnails
 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top