| Maslan Yusoh Wed | Oct 31, 07 | 5:31:12 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 31 Okt (Hrkh) - Teka teki tarikh pilihan raya pilihan raya umum ke-12 mulai berkocak kembali. Ramai berpendapat Perdana Menteri tidak mungkin membiarkan masalah yang membelenggu kepemimpinannya terus membarah. Banyak pihak menelah sekiranya masalah dibiarkan berlarutan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mampu lagi membendungnya. Lebih-lebih lagi kenaikan harga minyak di pasaran global. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, Perdana Menteri tidak mungkin menggunakan duit Petronas dalam tempoh begitu lama untuk memberi subsidi ekoran peningkatan harga minyak sekarang. "Tambahan pula timbul pelbagai konflik sekarang, isu video VK Lingam masih tidak selesai. Dan semalam timbul pula pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Dato’ Ramli Yusuff mengenai isu dalaman polis. "Isu yang membabitkan tiga jabatan utama kerajaan iaitu polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Peguam Negara serta institusi kehakiman semakin berkecamuk. "Oleh itu bagi mengelakkan isu tersebut terus berlarutan, pilihan raya mungkin diadakan dalam masa terdekat ini, kalau tidak November mungkin Disember," katanya pada persidangan media di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, hari ini. Akhbar hari ini melaporkan Ramli yang diheboh sebelum ini mempunyai aset sebanyak RM27 juta mendakwa disiasat BPR selepas pegawainya menyiasat Ah Long di seluruh negara terutamanya Johor. Mengikut sumber lain, konflik di antara Ramli dengan pegawai kanan lain polis tercetus sebelum pelantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara. Ramli sebelum ini disebut-sebut sebagai calon mengisi jawatan tersebut memandangkan pengalamannya lebih luas. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sebagai jalan selamat bagi mengatasi konflik yang berlaku sekarang Perdana Menteri dijangka mengadakan pilihan raya umum lebih awal bagi mendapat semula mandat rakyat. Beliau juga tidak menolak kemungkinan harga minyak akan dinaikkan sehingga 70 sen seliter selepas pilihan raya umum nanti kerana kerajaan tidak mampu lagi menanggung bebanan subsidi. "Kalau pilihan raya diadakan tahun depan, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak duit untuk memberi subsidi minyak sedangkan duit Petronas perlu juga digunakan bagi pembangunan lain," ujarnya. Sumber dalaman Umno pula mendedahkan kemungkinan parlimen akan dibubarkan pada 9 November ini, selepas selesai Perhimpunan Agung Umno yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 9 November ini. Manakala pilihan raya pula dikatakan akan diadakan pada Disember. "Apa yang jelas selepas mendapat mandat baru harga minyak akan dinaikan sehingga 70 sen seliter dan gas memasak naik antara RM2 hingga RM3 satu balang," kata Ibrahim Mamat, bekas anggota jawatankuasa Umno Bahagian Kubang Kerian. Menurutnya, Perdana Menteri mungkin tidak menghiraukan kira-kira 28,000 jemaah haji sedang menunaikan ibadat di Makkah bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada Disember ini. - mj |
Abdullah tiada pilihan selamat; pilihan raya umum ke-12 Disember ini?
Rumah di Rimba Jaya menyembah bumi, Samy Vellu diserang 'water cannon'
| Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Salleh Tue | Oct 30, 07 | 5:41:27 pm MYT | |
| SHAH ALAM, 30 Okt (Hrkh) - Tanpa belas, tanpa simpati, apa lagi untuk mengendahkan rayuan penduduk kampung, akhirnya penduduk Kampung Rimba Jaya, dekat sini menerima nasib yang sama seperti penduduk Kampung Berembang. Sementara itu, sekatan jalan raya diadakan di beberapa tempat masuk. Manakala kira-kira jam 7.30 pagi operasi perobohan dilakukan. Sehingga jam 8.55 pagi, semua rumah yang dihuni oleh 274 keluarga telah dirobohkan. Pada 3 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan rayuan penduduk agar tidak dilakukan perobohan ke atas rumah mereka ditolak. Justeru pada 9 Oktober, Badan Bertindak Penduduk telah menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar Selangor agar memberi kelonggaran terhadap hukuman perobohan rumah-rumah mereka. Bagaimanapun pada 19 Oktober, penduduk menerima surat yang dialamatkan kepada peguam mereka, Teng Chang Khim & Co dan mereka diarahkan berpindah pada atau sebelum 26 Oktober. Sementara itu, wartawan Harakahdaily ketika sampai di lokasi kejadian melaporkan pada jam 1 tengahari Ketua Penerangan PAS Shah Alam, Isma Mohd Ali, dan Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Kampung Rimba Jaya bersama Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli bermesyuarat dan mencapai kata sepakat agar Surau Al-Ijtimaiah di kampung berkenaan dirobohkan secara baik dengan segala kayu serta peralatannya akan digunakan untuk pembinaan surau baru Maahad Tahfiz A-Mukri, Puchong. Dan sebaik sahaja masuk waktu zohor, mereka bersembahyang berjemaah yang merupakan solat jemaah terakhir di surau tersebut. Turut kelihatan menunaikan solat tiga orang penguatkuasa MBSA manakala kira-kira 300 orang penguatkuasa yang lain hanya berehat di sudut surau serta berlegar di sekitar kawasan kampung tersebut. Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua turut bertanya khabar nasib yang menimpa penduduk. Dan dalam perkembangan lain,kaum India di kawasan perkampungan tersebut tetap berkeras mempertahankan agar kuil Sri Maha Mariammah tidak dirobohkan walaupun dirahkan oleh pihak polis. Keadaan pula mula menjadi gawat dan kecoh apabila kaum India dari kawasan lain mula berkumpul di perkampungan tersebut untuk mempertahankan kuil mereka. Ketika laporan ini disampaikan, mereka dikatakan sedang membuat benteng sampah dan manusia untuk mengelak daripada diserang daripada pihak FRU. Dalam pada itu, kanak-kanak dan golongan ibu turut sama berkumpul dan berdoa di kuil tersebut. Dan pada jam 3.30 petang tadi, pihak FRU cuba mara dan pergerakan mereka telah dihalang apabila kaum India di kampung tersebut meletakkan sebuah lori di hadapan pintu masuk kuil mereka. Pada jam 4 petang tadi, keadaan agak genting apabila FRU tetap menceroboh masuk, dan ditentang oleh penduduk yang cuba mempertahankan kuil mereka. Dalam pada itu, Presiden MIC, Dato' Seri Samy Vellu yang diiringi pimpinan MIC yang lain, tiba di tempat tersebut. Bagaimanapun, sewaktu sedang berunding dengan penduduk India dalam kuil tersebut, beliau turut dihambur dengan 'water cannon' sebelum sempat dilarikan oleh pengikut-pengikutnya. Sungguhpun berkeras agar kuil mereka tidak dirobohkan, kelihatan beberapa orang di kalangan mereka cuba 'menyelamatkan' barang-barang di dalam kuil tersebut. Akhirnya, setelah keadaaan reda pihak berkuasa telah menunda operasi merobohkan kuil setelah Samy Vellu campurtangan dalam konflik perobohan kuil Hindu. - mks |
Ucapan Nik Aziz di ECER - Tazkirah Mursyidul Am PAS kepada Presiden Umno
Tazkirah Mursyidul Am PAS kepada Presiden Umno
| Harakahdaily Tue | Oct 30, 07 | 11:05:53 am MYT | |
| Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat YB Dato' Seri Mohd. Effendi Norwawi Yang Berhormat Yang Berhormat Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Alhamdulillah. Dengan seizin Allah S.W.T., sekali lagi kita dapat menghirup udara nyaman pada hari ini. Ini menandakan betapa kita masih terus dilimpahi nikmat dengan rahmat dan inayah dari-Nya untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi Negeri Kelantan. Sesungguhnya pelancaran ini boleh dijadikan titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua belah pihak dalam berkongsi anugerah Allah S.W.T. yang dilimpahi-Nya kepada kita semua baik di Kelantan atau negara Malaysia pada amnya yang sama-sama kita kasihi selama ini. Bahkan, ia adalah detik bersejarah yang mengesahkan lagi penerusan wujudnya jalinan kerjasama akrab sekian lama khususnya sejak 17 tahun negeri ini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini. Tanpa pertukaran apa-apa, pelan yang bakal dilancar dan dilaksanakan nanti tidak memerlukan apa-apa perubahan nakhoda. Kapal boleh berlayar dengan matlamat yang tidak berganjak yakni memakmurkan bumi Allah dengan segala ikhtiar yang tidak menyalahi syariat Ilahi. Dalam semangat ini, mewakili Kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan YAB Dato' Seri Perdana Menteri. YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian, Tugas pemimpin laksana dasar Allah Ayat Al-Quran yang baru saya baca dalam muqadimmah tadi biasanya dibaca di atas mimbar Jumaat, saya membacanya pada hari ini di atas mimbar masyarakat. Di rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin dan rakyat. Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Allah. Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca sekejap tadi, petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan adanya perubahan baru. Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara. Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi. Firman Allah S.W.T. ada membawa maksud berbunyi "Dan Kami berfirman: turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. Kemudian (Adam dan Hawa) menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman: "turunlah kamu semua dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Al-Baqarah: Ayat 36 - 38). Mudah-mudahan langkah penyatuan pentas ini akan memulakan jalur-jalur gemilang yang sungguh-sungguh sebagai ganti kepada jalur-jalur hitam selama 17 tahun sebelum ini. YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian, Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini. Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera. Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu. Bahkan memahami pembahagian dan pengkhususan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui 2 rancangan lima tahun yang telah kita lalui. Projek-projek cadangan ini telah dikemukakan kepentingannya untuk diberikan perhatian Pusat dari masa ke semasa. Mungkin kerana kesuntukan kewangan, ia tidak diberikan perhatian. Kali ini Kerajaan Negeri wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah sudi mengiktiraf apa yang kami kenalpasti sebagai projek-projek mustahak selama ini dan akhirnya telah diberikan perhatian. Pastikan pelan ECER realistik bukan hipokrasi Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya. Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas. Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas. Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan sasar. Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan. Biasanya pelan pembangunan yang baik harus bertolak dan bermula dari bacaan mengenai senario ekonomi dunia semasa yang teliti berasaskan unjuran yang tepat mengenai turun naik harga petrol, emas dan lain-lain komoditi yang utama. Realiti dan waqi' persekitaran yang berubah ini biasanya akan menentukan pula angkubah-angkubah yang memungkinkan sebuah pelan yang realistik itu dapat diisytiharkan. Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar 'satu lagi pelan'. Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia mengasyikkan: Anak Cina memetik selasih Dalam banyak hal, apa yang mustahak ialah pelan yang dapat menghasilkan kenyataan. Siapalah yang tidak bergembira untuk mendengar janji yang akan datang dalam ratusan bilion ringgit. Ini lebih-lebih lagilah apabila janji itu dipenuhi. Sudah banyak kita saksikan betapa janji yang indah kadang-kadang boleh menjadi musuh besar apabila ia gagal dipenuhi. Kebocoran, siling runtuh, rasuah dan pecah amanah, inflasi dan hipokrasi adalah antara musuh-musuh bersama yang boleh menghambat cita-cita murni. Emas hitam anugerah Allah yang dipinggirkan dalam ECER YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian, Walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih tidak diberi perhatian dalam ECER, saya masihlah memandang kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak. Pada kami, ia sepatutnya diletakkan sebagai paksi asas dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu, kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok. Bukan senang deposit emas hitam ini boleh terbentuk. Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi. Dengan segala percaturan kimia melalui mendapan humus, fosil dan tindak balas haba di perut bumi, Allah S.W.T. telah dengan segala ehsan menyimpan lalu menganugerahkan bumi Kelantan dan laut Kelantan dengan bahan semahal ini. Mensia-siakan nikmat namanya apabila ia seolah-olah dibuat-buat 'terlepas pandang' dan tidak ditimbangkan untuk dimasukkan ke dalam pelan induk pembangunan Wilayah yang sebesar dan sepenting ini. Setakat ini, kami hanya berputih mata melihat khazanah bumi kami dipunggah dan dihirup sepuas-puas oleh golongan amir politik tanpa didaratkan di pantai Kelantan sendiri walaupun sesudu teh. Dalam feqah Islam, telah lama ditulis "hukmul fa il wal khu roji wa rriqaz". Bahkan zakat yang dipungut daripada sesebuah perkampungan tidak boleh dipindah zakat itu ke tempat lain kecuali terlebih dahulu diagih-agihkan kepada al mustahiqiin tempatan. Ini adalah hukum Allah dan Rasul. Tak disempurna di dunia oleh pihak al-umara', ia akan disempurna juga oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak. "Sesungguhnya hari keputusan (hari kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya." (Surah Ad-Dukhaan: Ayat 40). Untuk menyatakan komitmen Kerajaan Negeri terkini, kita telah meluluskan penubuhan sebuah jeti penghantar (supply base) di Pengkalan Kubur, Tumpat, khusus untuk sokongan kerja penggerudian minyak dan gas di Joint Development Area (JDA) dengan Thailand dan Vietnam, di luar pesisir pantai Kelantan. Kerja pembinaan Jeti tersebut mulai Oktober ini dan ianya akan menjadi pemangkin kepada satu industri yang dapat mengembangkan ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan. Dalam keadaan-keadaan yang seperti inilah, relevannya kita mengetepikan sentimen politik bersifat kepartian. Tidakkah boleh kita menjadikan maudhu' ini sebagai perkara bersama untuk dikongsikan secara pintar bagi tujuan yang sama. Saya masih ingat betapa murninya ketika KUB menandatangani persefahaman ini bagi pihak Pusat dizaman Tun Dr. Mahathir pada tahun 1996 dahulu. Ini kekal terlipat dalam sejarah; kisah benar sebuah 'pelan indah' yang tidak menjadi hingga sampai ke hari ini. Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam YAB Dato' Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian. Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu pula, saya bermohonlah untuk memberikan sedikit peringatan. Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh. Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka. Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para tabi'in dan wali-wali zaman berzaman. Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan, maka kita jangan abaikan aspek pembinaan roh. Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah manifestasi kekacauan fikrah. Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka oleh negara selama ini. Ikut cara kami bangunkan negara bersama Islam Untuk itu, mari kita cuba menjadi lebih ikhlas dengan cuba sama-sama memperbetulkan keadaan, memikul amanah agama demi memulihkan manusia untuk kembali kepada nilai-nilai fitrah keinsanan sejati selaras dengan prinsip asal 'ubudiyyah' sejak asal kita semua dijadikan. Bagi kami di Kelantan, kita telah lama mengisytiharkan konsep 'Membangun Bersama Islam', berasaskan dakwah bil hikmah wal mauizotul hasanah. Dalam rangka konsep ini, kami memuatkan prinsip ubudiyyah yakni semua orang wajib kembali kepada pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T. Bagi mereka yang belum Islam, mereka diajak untuk hidup dalam kesedaran ketuhanan. Kami juga memuatkan prinsip mas'uliyyah yakni bekerja dengan penuh sedar bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, bangsa dan budaya akan disoal jawab oleh Allah Taala sendiri tanpa sebarang jurubahasa. Manakala Itqan yakni bekerja dengan penuh berkualiti untuk menghasilkan apa sahaja nilai amalan dan aktiviti dari jenis yang terbaik. Seluruh sekolah milik Kerajaan Negeri Kelantan telah dan sedang merangka dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum untuk menggunakan ruang lingkup kesedaran yang keseluruhannya berteraskan ketaqwaan kepada Allah Robbuljalil. Dalam semangat pesan memesan (Watawa soubilhaq watawa soubissobr), alangkah tepatnya jika pelan pembinaan insan yang termuat dalam ECER ini mampu dengan jujur membuat pengisian-pengisian yang semurni ini. Jika tidak, percayalah walau secemerlang manapun pelan pembinaan insan kita, tanpa agama, rakyat akan hidup sebagai insan yang bermentalitikan haiwan kerana dia cuma takutkan polis dan BPR, undang-undang, tali gantung dan peraturan dan dia akan hidup dan mati dalam kekeliruan. Di sana nanti dia akan terpinga-pinga dalam suasana yang salah menyalah "maka, berkatalah pengikut kepada pemimpin dan pemimpin kepada pengikutnya" sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Nul Karim. (Sila semak dan tadarrus sendiri maksud Surah Al-Baqarah dari Ayat 166 hingga 167). Menyentuh tentang tumpuan pertanian yang khabarnya hanya akan diberikan tumpuan yang sangat minimum oleh Pelan Wilayah Timur ini, saya kira sekali lagi kami perlu membuat teguran. Sejak dari dahulu, Kelantan dikenali sebagai negeri pertanian. Apa erti mengisytiharkan istilah-istilah seperti "halal hub" atau Jelapang Makanan Negara jika perhatian ke atas sektor ini sekadar bersifat batuk di tangga? Sekali lagi saya mengharapkan sesuatu yang lebih singnifikan dapat dilakukan ke arah pembetulan ini. Mari bermuafakat elak ganggu Kelantan YAB Dato' Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan. Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri. Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan. Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya. Terasa juga. Makan sirih berpinang tidak Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis yang dihadiri oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran ini. Dengan nama Allah, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq Wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) PADA 17 SYAWAL 1428/29 OKTOBER 2007, JAM 2.30 PETANG DI KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH WAKAF MEK ZAINAB, KOTA BHARU, KELANTAN) |
Kewajiban Dai Saat Menghadapi Ujian (BERPEGANG TEGUH PADA SYURA)
Rabu, 30 Oktober 07 -
Tengah dirundung ujian bukan alasan untuk mengabaikan syura (musyawarah). Justeru di saat seperti itu tingkat perlu kita bersam agar syura semakin tinggi. Mengapa? Di saat seseorang terhimpit berbagai kesulitan atau musibah saat berdakwah, ia sangat mudah untuk terjebak dalam sikap-sikap emosional dan berfikiran sempit. Lantas, sangat mungkin ia akan terdesak mengambil jalan pintas dengan harapan dapat keluar secara sendirian dari mengahdapi ujian.
Allah telah memerintahkan setiap kita untuk menjaga kebersamaan dengan orang-orang soleh dalam rangka mengukuhkan kesabaran kita, Dan bersabarlah dirimu bersama orang-orang yang menyeru Robb mereka di pagi dan petang. (Al-Kahfi 28)
Dalam kebersamaan bersama orang-orang soleh ini ada nasihat, arahan, dan yang jelas dengan kebersamaan itu musyawarah dapat dilakukan. Kerananya pula Rasulullah memberikan pesan saat terjadi ujian berat bagi kaum muslimin. Pesan ini diberikannya saat ditanya oleh Hudzaifah:
Wahai Rasulullah saw., dulu kami dalam keadaan jahiliyah dan penuh keburukan. Lalu Allah mendatangkan kebaikan ini.
Apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan? Rasulullah saw. menjawab Ya, . Aku bertanya lagi, apakah setelah keburukan itu akan ada kebaikan? Ia menjawab Ya, akan tetapi ada keburukanya. Aku bertanya lagi, apa keburukannya itu? Ia menjelaskan, Adanya kelompok orang yang mengambil petunjuk selain petunjukku. Kamu kenal dia lalu kamu menolaknya. Lalu aku bertanya lagi, adakah setelah itu keburukan? Ia menjawab Ya, yaitu para penyeru menuju pintu-pintu jahanam. Siapa yang mengikuti mereka menuju jahanam maka Allah akan campakkan mereka ke dalamnya. Aku bertanya, wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami tentang mereka. Rasulullah saw. mengatakan, Mereka seperti kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita. Aku bertanya, Apa yang kau perintahkan jika aku mengalami hal itu? Rasulullah saw. menjawab, Kamu harus berpegang teguh terhadap jamaah Muslimin dan imamnya. (Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Hadits ini menjelaskan pasang surut kaum Muslimin. Di antara ujian berat kaum muslimin adalah munculnya orang-orang yang mengaku muslim tetapi mengikut petunjuk yang bukan dari Rasulullah saw. Begitu pula orang-orang yang menamakan diri mereka pendakwah, tetapi mereka bukan menyeru kepada kebenaran melainkan sebaliknya: kepada kesesatan. Mereka disifakkan oleh Rasulullah saw sebagai penyeru Neraka Jahanam. Dan pesan Rasulullah saw tegas: Kamu harus berpegang teguh terhadap jamaah Muslimin dan imamnya. Apa manfaatnya? Antara lain agar segala persoalan yang timbul akan ada jalan keluarnya dengan cara syura. Dalam keadaan sesulit mana pun syura justru sangat menguntungkan. Sabda Rasulullah saw: Tidak kecewa orang yang istikharah (minta pilihan kepada Allah), tidak menyesal orang yang bermusyawarah dan tidak melarat orang yang hemat.(Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Ash-Shaghir dan Al-Ausath)
Tengok bagaimana saat menjelang perang Uhud, Rasulullah saw mengajak para sahabat bermusyarah. Mereka diajak menentukan pilihan dalam menyambut kedatangan pasukan kafir Quraisy dari Makkah: di dalam kota atau ke luar dari kota Madinah? Apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw, perintah Allah swt. Firman-Nya:
Dan orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagaian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(Asy-syura 36)
Dengan ayat itu kita memahami bahwa Islam telah mengutamakan musyawarah pada tempat yang agung. Ayat itu memandang sikap komitmen kepada hukum-hukum syura dan menghiasi diri dengan adab syura sebagai salah satu faktor pembentuk kepribadian Islam, dan termasuk sifat-sifat mukmin sejati. Dan lebih menegaskan fungsi syura, ayat di atas menyebutkannya secara jelas dengan satu ibadah fardhu ain yang tidaklah Islam sempurna dan tidak pula iman lengkap kecuali dengan ibadah itu, yakni solat, infak, dan menjauhi perbuatan keji.
Bahkan untuk urusan keluarga saja , Allah swt. memerintahkan syura. Perhatikanlah ayat berikut: Maka jika mereka berdua ingin menyendiri (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. (Al-Baqarah 233)
Lebih jauh dari itu, Rasulullah saw. menjadikan berjalannya syura sebagai satu organisasi kepemimpinan yang baik. Beliau bersabda:
Jika para pemimpin kamu adalah orang-orang terbaik, orang-orang kayanya merupakan orang-orang yang paling dermawan, dan urusan kamu dimusyawarahkan di antara kamu, maka permukaan bumi lebih baik bagi kamu dari pada perut bumi. Dan jika para pemimpin kamu adalah orang-orang paling buruk, orang-orang kaya merupakan orang-orang paling kikir, dan urusan kamu diserahkan kepada perempuan-perempuan kamu, maka perut bumi lebih baik dari kamu serta permukaannya. (At-Tirmidzi)
Prinsip syura ini difahami oleh para sahabat Rasulullah saw. Khalifah Umar Bin Khattab, misalnya mengatakan, Tiada kebaikan pada suatu urusan yang dilaksanakan tanpa musyawarah. (An-Nizham As-Siyasi Fil-Islam, Muhammad Abdul-Qadir Abu Faris.)
Para sahabat dan para khalifah ini menempuh jalan yang telah digariskan oleh Rasulullah saw., Nabi dan pemimpin mereka megharungi berbagai ujian kehidupan. Mereka mengaplikasikan sistem syura pada masa-masa khulafah-rasyidin. Abu Bakar misalnya, meminta pendapat Umar Bin Khattab dan mengumpulan para sahabat lainnya untuk membincangkan persoalan apa saja yang tidak didapati nashnya dalam Quran dan tidak pula dalam Sunnah.
Begitu pula yang dilakukan Umar, Utsman, Ali dan para pemimpin lain. Saat terjadi pertempuran dengan Persia, panglima tentara Persia meminta bertemu dengan panglima perang kaum Muslimin untuk melakukan perundingan. Setelah panglima perang Persia itu menyampaikan keinginannya, panglima perang Muslimin menjawab, Beri saya waktu untuk bermusyawarah dengan orang-orang saya. Panglima Persia itu mengatakan, Kami tidak mengangkat orang yang selalu mengajak bermusyawarah sebagai pemimpin. Panglima Muslim itu menjawab, Kerana itulah kami selalu mengalahkan kamu. Kami justeru tidak pernah mengangkat pemimpin dari orang yang tidak mau bermusyawarah.
Jika syura sudah memutuskan sesuatu maka hal itu wajib diikuti. Quran dan Sunnah Rasulullah saw. baik yang bersifat qauli (perkataan) maupun amali (praktik)- telah menjelaskan bahawa syura adalah memiliki nilai yang tinggi, wajib diikuti, dan ia tidak terpisahkan dari agama Islam. Firman Allah swt.: Maafkanlah mereka, mintakanlah ampunan bagi mereka, dan ajaklah mereka bermusyawarah. (Ali 'Imran 159)
Ayat itu turun setelah terjadi perang Tabuk. Ayat itu mengakui kebenaran jalan yang telah ditempuh oleh Rasulullah saw. yang telah mengajak bermusyawarah kepada para sahabat untuk menghadapi orang-orang kafir di Uhud.
Jika pun syura dalam bentuknya yang ideal sulit dilakukan dalam keadaan darurat, paling tidak istisyarah (minta pendapat) kepada orang lain atau minta nasihat penting untuk dilakukan. Jangan kamu berkata pernah bahwa kita dapat menyelesaikan persoalan sendirian tanpa bantuan orang lain. Kerana sikap sombong semacam ini hanya akan mempertinggi tempat jatuh. Allahu A'lam.
Kewajiban Dai Saat Menghadapi Ujian (9 -Habis), BERPEGANG TEGUH PADA JAMAAH
Isnin Oktober 07 - oleh : Tak semua penyeru mengajak kepada kebaikan. Sebahagiannya mengajak pada maksiat dan kemungkaran. Berpegang teguh pada jamaah adalah satu tuntutan.
Para sahabat Rasulullah saw. amat menyadari bahwa hidup sebagai mukmin tak akan lepas dari ujian. Hal ini tergambar dalam dialog antara Hudzaifah dengan Rasulullah saw., seperti yang dibebut dalam hadits berikut:
Wahai Rasulullah saw., dulu kami dalam keadaan jahiliyah dan penuh keburukan. Lalu Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan? Rasulullah saw. menjawab Ya, . Aku bertanya lagi, apakah setelah keburukan itu akan ada kebaikan? Ia menjawab, Ya, akan tetapi ada kotorannya. Aku bertanya, apa kotorannya itu? Ia menjelaskan, Adanya kelompok orang yang mengambil petunjuk selain petunjukku. Kamu kenal dia lalu kamu menolaknya.Lalu aku bertanya lagi, adakah setelah itu keburukan? Ia menjawab, Ya, yaitu para penyeru menuju pintu-pintu jahanam. Siapa yang mengikuti mereka menuju jahanam maka Allah akan campakkan mereka ke dalamnya. Aku bertanya, wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami tentang mereka. Rasulullah saw. mengatakan, Mereka berkulit seperti kulit kita dan berbicara dengan bahasa kita. Aku bertanya, Apa yang kau perintahkan jika aku mengalami hal itu? Rasulullah saw. menjawab, Kamu harus berpegang teguh pada jamaah Muslimin dan imamnya. (Al-Bukhari dan Muslim)
Dari penjelasan Rasulullah saw. ini tergambar bahwa salah satu ujian kaum mukmin akan wujud munculnya orang-orang yang menamakan dirinya Muslim namun jauh dari petunjuk Rasulullah saw. Bahkan mereka dikabarkan aktif menyeru manusia menuju jahanam.
Untuk menghadapai ujian berat seperti itu maka Rasulullah saw. pun menasihati umatnya agar berpegang teguh pada jamaah Muslimin dan imamnya. Sungguh ini merupakan resepi bagi orang-orang yang ingin mempertahankan aqidah dan menjaga identiti keislamannya. Kerana komitmen pada jamaah memberi banyak manfaat, antara lain:
1. Jamaah meningkatkan ibadah
Pernahkah Anda merasa lebih giat melaksanakan ibadah sholat sunnah misalnya- saat bersama-sama? Pernahkah Anda merasa bermalas-malasan beribadah saat melakukannya sendirian? Kalau ya, jangan hairan. Semangat menjalankan ibadah saat bersama-sama memang merupakan salah satu hikmah kebersamaan dalam jamaah. Jamaah dan hidup berjamaah mendorong kita meningkatkan ibadah dan lebih memperkuat kesabaran dalam perjuangan. Lihat betapa banyaknya ayat Quran yang menyuruh kita melakukan ibadah, berpegang teguh pada ajaran Islam, sekaligus melakukan perjuangan dalam kumpulan jamaah dan atas dasar kebersamaan. Perhatikan ayat-ayat berikut: Dan berpegang teguhlah pada tali Allah secara bersama-sama dan janganlah kalian bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kalian tatkala kalian bermusuhan lalu Dia mempersatukan hati kalian hingga jadilah kalian dengan nikmat-Nya itu sudara. Dan dulu kalian berada di tepi jurang neraka, lalu Dia menyelamatkan kalian darinya. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kalian ayat-ayat-Nya agar kalian mendapat petunjuk. (Ali Imran 103)
2. Jamaah menyelamatkan dari keburukan
Rasulullah saw. atas dasar informasi dari Allah- memahami betul kondisi umatnya, termasuk beberapa hal yang akan terjadi kelak sepeninggal dirinya. Salah satunya adalah informasi bahwa perjalanan hidup umat Islam akan diisi pula dengan berbagai kejadian buruk yang mampu mengancam aqidah. Namun, tak hanya menyebutkan beratnya ujian, Rasul pun memberi jalan keluar bagi umat dengan berpegang teguh pada jamaatul-muslimin, sebagaimana ditegaskan pada hadits yang sudah dikemukakan di awal tulisan.
3. Jamaah membentengi diri dari syaitan
Saat seseorang menyendiri dan jauh dari jamaah peluang syaitan untuk menggoda sangatlah besar. Menyendiri di sini bukanlah selalu bermakna jauh dari keramaian. Orang yang berada dalam keramaian akan tetapi melakukan penyendirian dalam pemikiran atau perjuangan, termasuk yang sangat mudah untuk menjadi mangsa syaitan. Lebih-lebih bila dia merasa menyendiri dalam keunggulan yang muncul adalah bangga diri dan selalu benar. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya syaitan adalah srigala bagi manusia bagaikan serigala bagi kambing. Ia memangsa kambing yang menjauh dan menyendiri. Maka jauhilah perpecahan dan berpegang teguhlah dengan jamaah, kumpulan kaum Muslimin, dan masjid. (HR. Ahmad)
4. Jamaah syarat eksistensi Islam
Jamaah juga merupakan tonggak tegaknya Islam. Islam bukanlah agama individual. Kerana itulah maka Umar Bin Khattab mengatakan: Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepemimpinan, dan tiada kepemimpinan tanpa kataatan. (Umar Bin Khattab)
5. Jamaah menjana kemenangan
Kewajiban berjamaah dinyatakan Allah swt. saat memerintahkan umat Islam berjuang menegakkan agama-Nya dengan berbaris bagaikan bangunan yang kukuh. Allah swt. Juga mengingatkan agar kita menjauhi pertikaian dalam perjuangan sebab pertikaian akan menyebabkan kelemahan. Pertikaian sungguh jauh dari sifat-sifat jamaah yang dicontohkan Rasulullah saw.
Lihat ayat berikut: Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertemu pasukan (musuh) maka pererteguhkanlah hati kamu dan perbanyaklah menyebut Allah agar kamu memperolihi kemenangan. Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kalian bertikai sebab kalian akan gagal dan hilang kekutan kalian, dan sabarlah sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. (Al-Anfal 45-46)
Rasulullah saw. Juga bersabada:
Sesungguhnya tangan Allah bersama jamaah dan sesungguhnya syaitan mengejar orang yang meninggalkan jamaah. (Ibnu Hibban)
6. Jamaah mengimbangi sistem kufur
Bagaimana mungkin umat Islam tak mau berjamaah sementara orang-orang kafir berjuang menghancurkan Islam dengan sistematis dan perencanaan yang jelas. Ini diisyaratkan Allah swt. dalam ayat: Telah membuat makar orang-orang sebelum mereka lalu Allah menghancurkan bangunan mereka dari asasnya lalu hancurlah atap (bangunan) itu lalu menimpa mereka dari atas, dan datang kepada mereka azab dalam keadaan mereka tidak menyedari.
Untuk menghadapinya, Allah swt. memerintahkan: Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu mampu berupa kuda-kuda yang ditambatkan yang dengannya kamu menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, Allahlah Yang mengetahuinya. Dan apa saja yang kalian infakkan di jalan Allah akan ditunaikan (balasannya) untuk kamu dan kamu tidak akan dizalimi. (Al-Anfal 60)
7. Jamaah menuju ke syurga
Dan lebih dari semua itu, jamaah menuju kita ke syurga. Umar bin Khattab memahami hal itu seraya mengatakan, Siapa yang ingin memperoleh pertengahan syurga maka hendaknya ia berpegang teguh kepada jamaah. Jadi, mengapa ragu untuk selalu berkomitmen pada Jamaah?.
10 Nov : 10,000 dari Terengganu ke Dataran Merdeka
Posted on Sunday, October 28 @ 14:55:22 MYT by buletin
Oleh : Kalam PermataSekiranya tiada halangan, tiada pembatalan seperti tahun 2004 dulu, 10,000 rakyat Terengganu akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka untuk sama-sama menyeertai himpunan bantahan rakyat pada 10 Nov 2007 nanti.
Rakyat Terengganu dikabarkan sedang bersiap sedia untuk tujuan itu, 10,000 baju T berwarna kuning sedang disiapkan.Topi dan juga bendera kuning juga sudah ditempah.
Terengganu yang mempunyai 8 kawasan parlimen , sekiranya setiap parlimen menghantar 1000 orang ini sudah berjumlah 8000 orang ini baru dikira dikalangan penyokong PAS .Masakan keADILan tidak mampu untuk menambah 2000 orang lagi bagi mengcukupkan angka yang disasarkan untuk Terengganu sejumlah 10,000 orang.
Namum begitu menurut satu sumber dari Pemuda PAS Terengganu, mereka telah menggerakan agar 5000 pemuda untuk turun pada perhimpunan tersebut.
Sekiranya ini berlaku, ini menunjukkan lebih 10,000 rakyat Terengganu akan berada di Dataran Merdeka pada tarikh tersebut.
Berapa pun angka dari Terengganu yang yang bergerak ke Kuala Lumpur, yang pasti ianya mestilah termasuk diri kita yang akan bersama sama nanti.
Ayuh tempahlah tempat kita sekarang untuk himpunan 10 Nov nanti.
Gambar majlis perkahwinan Erra dan Emran yang dipenuhi dengan tetamu yang berbaju kuning.
Gambar dipetik dari KLpos.com
