Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Ramdhan Datang Lagi

"Barangsiapa yang bergembira datangnya bulan Ramadhan, diharamkan Allah jasadnya menyentuh api neraka." [HR Al-Nasa’i]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. waktu entri ini ditaip, hujan sedang turut dengan sangat lebatnya di luar rumah.. Suasana juga sangat mendung & gelap bagaikan sudah menjengah malam.

InsyaAllah, ada mungkinnya minggu hadapan Ramadhan yang mulia akan datang meminang kita dengan dulang hantaran yang mewah, mahal & indah gubahannya. Membawa hantaran keampunan Allah yang berganda, terbukanya pintu syurga seluasnya, tertutup pintu neraka serapatnya, iblis & sekutunya dibelenggu, & malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu lailatulqadar.

Datangnya ramadhan bermakna, diwajibkan kita umat Islam untuk melaksanakan rukun yang tersenarai di dalam rukun Islam iaitu; melakukan ibadah berpuasa & di dalam bulan yang mulia ini jugalah-Quran telah diturunkan sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam al-Quran. Mari rujuk tafsir masing-masing, buka surah ke-2, surah al-Baqarah ayat 183-185 & marilah kita beriman dengan suruhan & perintah Allah itu.

Alhamdulillah, ditakdirkan Allah, insyaAllah ramadhan tahun ini akan ku sambut di rumah dengan ibu & ayah. Ramadhan sebelum ini aku berada di kampus Penang. Aku teruja menantikan Ramadhan kali ini untuk merasai lagi kemanisan melakukan ibadah seperti hamba-hambaNya yang lain.

Mungkin ramadhan kali ini akan berbeza pula suasana & caranya berbanding dengan kehidupan sewaktu di Penang. Mengenangkan hal itu buat aku menjadi rindu dengan suasana indah yang itu. Berusrah bersama ahli-ahli usrah di anjung masjid, berbuka puasa dengan ringkasnya di masjid USM sebelum menunaikan solat berjemaah di masjid & berpeluang menyertai tadarus al-Quran bersama sahabat-sahabat yang lain. Subhanallah. Alhamdulillah. Bestnya waktu itu.. :')
Aku sangat bersyukur ke hadrat Allah kerana memberiku peluang untuk merasai keindahan ramadhanNya yang mulia itu.. Mudah2an Allah memanjangkan lagi umurku untuk bertemu lagi dengan ramadhanNya tahun ini..

Dulu, waktu kecil-kecil.. hari rayalah yang paling ku nanti-nantikan.. maklumlah, dapat pakai baju baru, kasut baru, dapat mengumpul duit raya, makan sedap-sedap dan sebagainya. Kemudian, apabila besar sedikit, aku meraikan ramadhan dengan keterujaan & berlebihan-lebihan sewaktu berbuka pula.. haha. Sudahnya sakit perut apabila nak ikut ayah ke masjid untuk bertarawih..

Kini sudah 'besar', umur pun sudah menganjak tua, tatkala hati pun sudah dibukakan oleh Allah, apabila ku amati firman Allah menceritakan tentang keistimewaan RamadhanNya, ku hadam bait-bait kata para muallim & muallimah yang mencoretkan keindahan bulan Ramadhan, buat aku tersedar, ramadhan itu bukan hanya setakat bulan menahan lapar & dahaga di siang hari, tetapi ia adalah lebih daripada itu.

Jika kita menyedari betapa bertuahnya kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan, & betapa ruginya kita kerana mempersiakan peluang & ruang yang Allah sediakan itu selama ini. Jika kita sedari betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan buat hambaNya yang merebut-rebut untuk meraih keredhaan & ampunanNya, nescaya akan terduduk kita, terbeliak mata tak percaya. Rugilah bagi sesiapa yang memasuki ramadhan & keluar daripadanya tanpa mendapat apa-apa..

Raihlah & jalanilah Ramadhan kali ini dengan sebenar iman & kecintaan kepada Allah & rasulNya serta dengan azam mahu memperhebatkan ibadah kita. Pergunakanlah peluang keemasan yang Allah beri untuk mengisi ramadhan kali ini dengan kehebatan amalan lillahi taala. insyaAllah, kemanisan iman & beribadah itu akan kita rasai. Tak mengapa dengan ramadhan yang telah lepas, yang telah kita persiakan. Tebus kembali rasa sesalan itu pada ramadhan kali ini.. insyaAllah.

Hayati mengapa Allah memerintahkan kita untuk berpuasa? Jangan kita berpuasa sebab ayah suruh, ibu suruh ataupun sebab dah memang puasa dari kecil apabila tibanya ramadhan. Sedangkan, kita tidak tahu apakah sebenarnya yang Allah sirat & suratkan melalui suruhanNya itu. Mudah-mudahan, ramadhan kali ini akan menjadi universiti terbaik yang menyediakan pelan pendidikan & tenaga pengajar yang terbaik untuk mendidik iman kita, mengawal nafsu kita, memperelokkan akhlak kita serta menambahkan amal ibadah kita, insyaAllah.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Ogos 2011 | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top