Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



"Minyak naik antara 30 ke 40 sen"

"Minyak naik antara 30 ke 40 sen"
Wednesday, 28 November 2007

INSTITUT Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) berkata kerajaan seharusnya hanya memindahkan sebahagian daripada bebanan kenaikan harga minyak kepada pengguna.

"Dengan keadaan itu, kenaikan tidak akan menjadi sebegitu tinggi seperti yang dilihat di beberapa negara lain," kata Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem pada Persidangan Tinjauan Ekonomi Nasional 2008-2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, harga runcit minyak dan gas negara berada di kedudukan kedua terendah di dunia dan masih ada ruang untuk pengubahsuaian harga.

"Saya yakin kerajaan akan bertimbang rasa," katanya.

Mengenai berapa banyak subsidi dijangka dikurangkan, Mohamed Ariff berkata: "Ia bergantung kepada berapa banyak yang kerajaan mampu lakukan.

"Harga minyak tinggi juga bermakna pendapatan tinggi bagi kerajaan yang bermakna ia masih mampu menyerap sebahagian daripada kenaikan."

Mengenai berapa banyak harga minyak yang dijangka dinaikkan, beliau berkata: "Kemungkinan antara 30 sen dan 40 sen."

Beliau berkata harga minyak dijangka terus kekal tinggi.

"Selain faktor penawaran dan permintaan, faktor lain yang membawa kesan kepada harga ialah ketegangan di negara pengeluar minyak. Harga dijangka terus tinggi buat masa ini dan mungkin melepasi paras AS$100 satu tong," katanya.

Mohd Arif berkata, subsidi bahan api tidak boleh terus ditanggung.

"Kerajaan juga merancang mengimbangi akaun dengan mengurangkan jumlah defisit bajet. Jika ia tidak menaikkan harga bahan api, defisit bajet akan dilebarkan. Jadi kenaikan harga bahan api dijangkakan," katanya.

Beliau berkata, kenaikan harga bahan api akan membawa kepada inflasi yang tinggi. - Bernama
Related Posts with Thumbnails

Selamat Pengantin Baru

27 November 2007

Seluruh AJk perkampungan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mohammad Isa Bin Haji Zakaria dan pasangannya Rosani. Yang telah melangsungkan majlis perkahwinannya pada 25 November 2007 yang lalu.

Tahniah semoga kekal ke anak cucu.
Related Posts with Thumbnails

WASIAT DR. ABDULLAH AZZAM

WASIAT DR. ABDULLAH AZZAM
Oleh: Zulkifli Mohammad
25 November 2007


Wahai kaum MUSLIMIN
Kehidupan kalian adalah jihad, kemulian kamu juga
terhasil dari jihad dan kewujudan kamu di atas muka bumi ini
terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

Wahai para PENDAKWAH
Tiada harga kamu berpanas di bawah cahaya matahari melainkan
jika kamu menyandang senjata bagi menghadapi golongan
toghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang
yang zalim yang semakin bermaharajalela. Sesungguhnya
mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak
tanpa jihad, tanpa peperangan, tanpa darah dan air mata,
maka mereka yang ragu-ragu itu sebenarnya tidak memahami
tabiat agama ini.

Sesungguhnya kehebatan para dai'e (pendakwah),
kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemulian umat Islam
tidak akan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad
pada jalan Allah. Kejarlah kematian kerana ia akan memberikan
kehidupan (yang hakiki). Hindarilah diri dari merasa hebat dengan
jumlah kitab yang telah dibaca. Janganlah merasa megah
dan mencukupi dengan sembahyang-sembahyang sunnat
yang kamu telah selalu lakukan itu. Janganlah kamu membiarkan
kerja-kerja yang remeh menguasai kamu sedangkan di sana ada
tugas yang lebih besar dan lebih sukar.

Wahai para ULAMA
Majulah kamu untuk memimpin generasi ini yang amat
dahagakan untuk kembali kepada Tuhannya. Jangan kamu
terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji
manis pemberian dan sogokan serta hidangan toghut (pemerintah)
kerana sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan
menggelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng
yang menghalang hubungan kamu dengan masyarakat.

Wahai kaum MUSLIMAT
Jauhilah kemewahan dunia kerana ia adalah musuh kepada jihad.
Ia juga membinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan
sesuatu yang berlebihan. Cukuplah sekadar keperluan sahaja.
Didik dan latihlah anak-anak kamu dengan kegagahan dan
kejantanan serta kepahlawanan dan jihad. Jadikanlah rumah-rumah
kamu sebagai kandang-kandang singa dan bukannya reban ayam
yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut.
Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kamu kecintaan kepada
jihad, keinginan kepada medan perang dan lapangan yang
penuh dengan keributan perang.Hiduplah kamu dengan tidak
melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam.
Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu,
sekurang-kurangnya, hidup bagaikan mujahidin dengan hanya
memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan
minum secawan the tanpa gula.

Wahai ANAK-ANAK
Biasakanlah kamu dengan nyanyian dan alunan
letupan peluru dan dentuman senjata-senjata berat
serta gegap gempita jet-jet pejuang dan kereta-kereta
kebal. Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan
muzik-muzik yang mengasyikkan dengan hamparan
permaidani merah.

Wahai ISTERIKU
Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah
dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia
(jangan meminta-minta) nescaya engkau akan dikasihi manusia.
Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga
serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah pada
waktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan
bertaubat diwaktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada
hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah.
Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun
menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari
golongan yang cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan
kepada hati. Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap agar Allah
menemukan kita di Syurga Firdaus seperti mana
Dia menemukan kita di dunia ini.

Adapun kamu ANAK-ANAKKU
Sesunguhnya kamu tidak pernah bermesra dengan ku
melainkan hanya sebentar sahaja. Terlalu sedikit tarbiyyah
yang sempat kuberikan pada kalian. Ya, aku terlalu sibuk
dengan urusan jihad daripada tinggal bersama-sama kamu
Namun apa yang dapat aku lakukan. Bagaimana aku hendak
berseronok bersama kamu sedangkan penderitaan umat Islam
amat menyiksakan hingga menyebabkan seseorang ibu melupakan
anak yang disusuinya. Kedahsyatan yang menimpa dan menyakiti
umat Islam telah mengubankan rambut dikepala kanak-kanak
(telah lama berlaku). Demi Allah aku tidak sanggup berperap dan
berkurung di dalam sangkar bersama-sama kamu seperti ayam
bersama dengan anak-anaknya. Aku tidak mampu hidup dengan
menyejukkan diri sedangkan kepanasan api dugaan membakar
hati-hati umat Islam.

Aku tidak rela tinggal bersama-sama kamu sepanjang masa
sedangkan realiti umat Islam kini telah mengoyak-rabak jiwa
setiap mereka yang mempunyai hati dan akal yang waras.
Benar-benar tidak bermaruah jika aku tinggal bersama-sama
kamu dengan limpahan kenikmatan diangkat satu hidangan dan
dituruti pula dengan hidangan yang lain (sedangkan umat Islam
menderita setiap hari). Dengan ini juga aku berwasiat kepada
kamu supaya berpegang teguh dengan aqidah salafus salih
(Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan jangan kamu menuruti hawa nafsu.
Aku juga berpesan dan berwasiat pada kamu supaya sentiasa
membaca Al-Quran, menjaga lidah (kata-kata), qiamullail
(beribadah di waktu malam), berpuasa sunat, berkawan baik
dan sama-sama bekerja dalam gerakan Islam. Namun begitu
ketahuilah bahawa pemimpin gerakan Islam tiada hak menghalang
daripada kamu berjihad atau memujuk kamu untuk terus
berdakwah yang tidak bercirikan kejantanan dan tiada hubungan
dengan jihad. Dan janganlah kamu meminta izin dari sesiapa untuk
keluar berjihad pada jalan Allah. Lontar dan tembakan
kamu itu lebih aku sukai daripada tunggangan.

"Untuk menjadi Nabi, tiada lagi Nabi sesudah NabiMuhammad SAW.
Untuk menjadi auliya, kita bukanlah orangnya. Untuk menjadi solihin,
memerlukan mujahadah yang tinggi.
Kini hanya tinggal satu sahaja jalan yang mudah yang terbentang di
hadapan kita menuju ke Syurga, iaitu mati syahid"

'Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan
pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang
siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (An Nahl: 125)
Related Posts with Thumbnails

Menagih Janji Tuhan

Oleh: Ust Mohd Ropi
21 November 2007

Rasulullah SAW pernah bersabda;“ Konstantinople akan jatuh di tangan seorang pemimpin sebaik-baik pemimpin, rakyatnya sebaik-baik rakyat dan tenteranya sebaik-baik tentera”

Para sahabat dan pejuang Islam berlumba untuk mengejar janji Allah tersebut. Saiyidina Abu Ayub Al Anshari ra ketika berusia 81 tahun syahid di tepi benteng kota Konstantinople. Beliau dan tenteranya tidak berhasil mengejar janji Allah yang diucapkan Rasulullah tersebut. Namun kisahnya juga menepati hadis Rasulullah yang telah diberi Allah wahyu yakni mengetahui perkara-perkara ghaib yang bakal terjadi. Baginda pernah bersabda:

“ Akan ada seorang sahabatku yang pusaranya di tepi kota Konstantinople”

Ternyata jadual Allah yaitu penaklukan kota tersebut, terjadi setelah 700 tahun kemudian di tangan Sultan Muhammad Al Fateh.

Suatu hari, Sultan Murad [ayahanda beliau] berkata kepada Syamsuddin Al Wali [ seorang Syeikh tarikat Naqsyabandiah, berketurunan Rasulullah dan bekas murid Syeikh Bahaudin dari Bukhara]

“ Tuan, tolong doakan moga-moga kota Konstantinople itu jatuh ke tangan saya”

Syamsuddin Al Wali menjawab,

“Bukan di tangan tuan, tetapi di tangan anak yang ada dalam buaian itu” menunjukkan kepada Sultan Muhammad Al Fateh yang masih bayi semasa itu.

Pada masa itu, Konstantinople merupakan ibukota dari kerajaan Romawi yang pada saat itu menjadi superpower dunia. Jadi menurut ilham Syamsuddin Al Wali yang didapati dari Allah, bayi itulah orang yang disebut hadis tersebut.

Kerana keyakinan Sultan Murad dengan hadis itu, maka ia menyerahkan anaknya untuk dididik oleh waliAllah tersebut. Sejak itu Sultan Muhammad Al Fateh dididik dengan disiplin tarekat yang tinggi. Walaupun tinggal di istana, tetapi hidupnya sengaja disusah-susahkan.Dia dilatih hidup miskin dalam kekayaan.Untuk mendidiknya dalam ilmu peperangan, beberapa panglima yang berpengalaman didatangkan oleh ayahnya ke istana.

Hasil didikan ini menjadikan beliau seorang yang mempunyai keperibadian yang unggul. Beliau menjadi Sultan menggantikan ayahandanya semasa berusia 19 tahun. Dia merupakan cendikiawan di zamannya, dan sudah menjadi tradisinya mengumpul para ulama, saintis, cendikiawan dan pakar teknologi untuk berdiskusi dan mengkaji berbagai permasalahan. Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri [self control] yang luar biasa.

Kemampuannya dalam memimpin dan mengatur pemerintahan sangat menonjol. Jiwanya sangat tegas bila berhadapan dengan musuh dan lembut bila berhadapan dengan rakyatnya.

Gurunya, Syeikh Syamsuddin Al Wali telah memberi kefahaman kepadanya bahawa beliaulah yang akan merealisasikan hadis Rasulullah SAW di atas.Beliau sangat yakin dengan berita ghaib yang diterima gurunya ini.

Tetapi beliau tidak hanya tinggal diam dan berdoa sahaja menanti takdir. Beliau didik pula rakyatnya menjadi sebaik2 rakyat. Dia menyedari bahawa hanya pemimpin dan tentera yang bertaqwa sahaja yang akan mendapat bantuan Allah SWT, sesuai dengan Firman Allah:

“ Allah menjadi pembela bagi orang yang bertaqwa”


Beliau dapat menawan kota itu 2 tahun kemudian setelah naik tahta menjadi Sultan, ketika berusia semuda 21 tahun. Baginda punya sikap lemah lembut dan toleransi yang sangat mengkagumkan.

Semua rakyat diberi kebebasan beragama. Orang-orang Nasrani diberi kebebasan untuk menentukan ketua gereja mereka sendiri. Paderi inilah yang bertugas menjaga kesejahteraan kaumnya sendiri. Paderi ini setaraf dengan kedudukan menteri di dalam kerajaan kekhalifahan Bani Uthmaniah [ Ottoman Empire].

Negara Islam seperi itulah yang selamat dan menyelamatkan serta aman makmur, hingga orang2 bukan Islam merasa bahagia serta berlumba2 untuk menjadi rakyat negara Islam.

Tegasnya, hadis tentang kejatuhan Kota besar tersebut memberi gambaran umum akan terjadinya sesuatu perkara yakni ditunjukkan secara umum, sedangkan ilham [berita ghaib] yang tercetus dari pribadi solihin tertentu serta bertaqwa terus menjurus kepada maksudnya secara tepat dan khusus.
Related Posts with Thumbnails

Izzati Abg Ghani

Oleh:zulkifli mohamad
18 November 2007

Sayabas dan tahniah dari AJK perkampungan kepada.

Pelajar yang telah berjaya memperolehi 5A dalam UPSR 2007. Sekalung perhargaan buat adik Izzati kerana telah mengharumkan nama Darul Mujahidin.

Izzati Binti Abdul Ghani...adalah salah seorang anak penduduk Darul Mujahidin, yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2007. Walaupun adik Izzati mendapat pendidik di sekolah yang serba daif dan kekurangan, namun kesungguhan serta keyakinan diri telah membuahkan hasil.
5A adalah sesuatu yang sukar untuk memperolehi bagi mereka yang belajar di Madrasah Darul Mujahidin.

Seperti kita semua sedia maklum, MDM ini jauh lebih ketinggalan berbanding sekolah lain yang serba lengkap.
Walaubagaimanapun, kegigihan serta ketabahan para guru, yang telah mengorbankan segala tenaga tanpa mengenal erti kesusahan, namun harapan untuk melihat kejayaan tetap diteruskan.

Terima kasih kepada adik Izzati, kami doakan semoga adik Izzati terus berjaya dimasa akan datang. Terima kasih juga kepada seluruh tenaga pengajar MDM yang telah bertungkus lumus, bagi mengharumkan Madrasah Darul Mujahidin.
Related Posts with Thumbnails

JADUAL TUHAN YANG TELAH BERLAKU

JADUAL TUHAN YANG TELAH BERLAKU
Oleh: zulkifli mohamad
17 November 2007

Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku.

1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam
Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 8O-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuhnya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar AI Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergembira dengan pertolongan Allah itu." (Ar Rum: 2-4)


2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas." (Riwayat Al-Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) - Dipetik dari kitab Al Uq- duddurar fi akhbar Al Muntazar.


Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya. " (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.



Related Posts with Thumbnails

Suasana Majlis Jamuan Hari Raya Darul Mujahidin 1428H

















Related Posts with Thumbnails

"Saya pantang dicabar" Pak Lah - Akhirnya rakyat bangun mencabar Pak Lah

Image
"Saya pantang dicabar" Pak Lah - Akhirnya rakyat bangun mencabar Pak Lah


Image
GELOMBANG kuning

Photo
LELAKI ini terjatuh selepas disembur air di Masjid Jamek Kuala Lumpur

Photo

Photo


Photo


Photo


Photo

Related Posts with Thumbnails

Gelombang Kuning - Terciptanya Satu Sejarah

Gelombang Kuning - Terciptanya Satu Sejarah



a

Gelombang Kuning - itulah namanya. 10 November 207 akan terpahat di dalam lipatan sejarah negara ini sebagai satu kemenangan rakyat merobek kesombongan dan keangkuhan Kerajaan UMNO/BN yang dari awal-awal telah berusaha untuk menggagal perhimpunan keramat ini.

Langit persis merestui dan mengasihani rakyat yang berhimpun, mencurahkan hujan rahmat disamping membersihkan kotoran gas pemedih mata yang disemburkan oleh anggota FRU ke arah mereka, sementara laluan ke Istana Negara sekalipun sesak dengan lautan manusia, dipermudahkan jalannya oleh Allah s.w.t. untuk peserta-peserta perhimpunan tiba menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong.



Inilah rakyatmu Tuanku, yang datang dari pelbagai ceruk bandar dan desa, tiba ke Istanamu setelah menempuh pelbagai susah payah, halangan, ujian dan dugaan, ingin memohon simpati dan belas ikhsan tuanku, agar mendengar aduan dan rayuan kami tentang salahlaku kerajaan yang ada terhadap perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.

Hasrat rakyat itu berjaya disampaikan oleh pemimpin-pemimpin NGO dan parti pembangkang yang dibenarkan masuk ke Istana Negara diantaranya Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tim Presiden Keadilan, wakil NGO dan Bersih, Anuar Tahir, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Kita amat terkilan dengan tindakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dengan ganas dan zalim melepaskan semburan asid kepada orang ramai yang berada di hadapan bangunan bank OCBC, setesen LRT, dan kedai-kedai yang berada di sepanjang jalan bawah LRT.

Harakahdaily melaporkan Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli yang merupakan ketua peserta himpunan di Masjid Jamek terus meminta semua peserta mara ke Dataran Merdeka.

Dalam keadaan para peserta sedang mara ke Dataran Merdeka, FRU sekali lagi menghala semburan kepada mereka menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan kelam kebut dan mereka berlari bertempiaran sambil menjerit-jerit.

Beberapa minit kemudian, para barisan FRU yang terdiri daripada 10 orang sekali gus melepaskan tembakan gas pemedih mata di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek dan di celah lorong ke Masjid India menyebabkan para peserta himpunan lari menyelamatkan.

Ada di antara peserta yang terpaksa kembali ke masjid untuk mengelak dari terkena gas pemedih mata malah ada di kalangan mereka terbahak-bahak sehingga termuntah kerana terhidu gas pemedih mata.

Segerombolan FRU mengejar para peserta himpunan menyebabkan mereka terpaksa berlindung di kawasan masjid, di samping itu kira-kira 20 orang FRU berbaris sambil memegang perisainya di hadapan pintu pagar masjid menyebabkan para peserta himpunan tidak dapat keluar.

Hampir setengah jam, para peserta tidak kira tua, muda, remaja, bahkan kanak-kanak terpaksa berlindung seketika di dalam Masjid Jamek sambil membersihkan muka yang terkena semburan asid dari FRU.

Akhirnya peserta himpunan berunding dengan pihak FRU untuk keluar dari kawasan masjid dan memberitahu mereka para himpunan akan bersurai.

Kelihatan para peserta memecat semula baju kuning mereka sebagai taktik untuk keluar dari perkarangan masjid kemudian selepas itu mereka memakai semula 'T-Shirt Bersih untuk sama-sama berarak ke Istana Negara.

Dan kita mengkagumi semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan Unit Amal Malaysia (tentera merah) yang menjadi benteng pertahanan rakyat dari dikasari dan dizalimi oleh anggota FRU sekalipun beberapa anggota Unit Amal telah ditangkap tatkala mereka nekad merempuh sebuah trak water canon yang menghala kepada orang ramai yang berkumpul di stesen LRT Masjid Jamek.

Semuga Allah membalas jasa mulia mereka serta memberikan kehinaan ketas anggota FRU yang ganas dan kejam itu.

Ada hikmahnya apabila Dataran Merdeka ditutup. Peserta-peserta perhimpunan terpaksa berpecah kepada beberapa tempat sehinggakan gerombolan lebih 50,000 yang dipimpin oleh Presiden PAS telah tiba di Istana Negara, yang terpaksa merempuh pelbai halangan yang dibuat oleh polis sekitar jalan ke Istana Negara.

Mana mungkin melupai detik bersejarah ini dan semuga ia menjadi titik mula untuk mempastikan kita akan dapat menikmati sistem demokrasi yang sebenar, bertanding di tanah yang seimbang dengan sistem pilihanraya yang adil, telus dan bersih.
Related Posts with Thumbnails

KOTARAYA : KUNING DI MANA - MANA

HIMPUNAN 100 RIBU UMMAH - siri satu
KOTARAYA : KUNING DI MANA - MANA


100 Ribu ummah berhimpun menuntut pemulihan Demokrasi yang kini rosak teruk dan parah di bawah UMNO dan Barisan Nasional . Pemulihan Demokrasi penting untuk laluan perjuangan Islam di Malaysia .

Jika Krajaan UMNO dan Barisan Nasional masih memekakkan telinga dari mendengar rintihan dan desakan ummah , dunia sedang menyaksikan kebangkitan mereka dan ini adalah momentum awal kebangkitan menghadapi PRU 12

Kita memilih Muwajahah Silmiyyah , justeru itu kita menggerakkan Himpunan Aman sebagai menyatu suara membantah penyelewengan Pilihanraya agar PRU 12 dilangsungkan secara adil dan telus. Kita tidak memilih cara perang atau gerila untuk kita menggalas senjata dan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan menimbulkan kekacauan , pembunuhan dan sebagainya.



Sejurus selesai Meeting DPP Pusat , sebelum turun ke jalanraya untuk menyertai perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorundum tuntutan bersih demokrasi .



Tentera Merah bersiap sedia menerima arahan untuk bertugas di post - post yang telah diarahkan . Penuh dedikasi dan semangat amal islami , mereka cekal dan tabah menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal merintang . Syabas Amal .



Ke mana sahaja kami diarah , asal saja untuk Islam dan perjuangannya , kami sedia dengan penut taat setia dan beramal kerana Allah .



Sebaik sahaja selesai solat zuhur berjamaah , kami turun ke lobi bangunan PAS untuk sama - sama mengaminkan doa rabitah dan doa jihad sebelum kami berangkat ke check point pertama iaitu di Kompleks Sogo . Sementara di Masjid Jamek telah berhimpun lebih 30 ribu , demikian juga di Masjid Negara yang sedang menanti kemaraan kumpulan Komplek Sogo untuk bergabung sebelum sama - sama berarak ke Istana Negara .



Taklimat , pengarahan dan peraturan sedang disampaikan oleh pimpinan dihadapan bangunan PAS sebelum bergerak ke Sogo .



Melangkah gagah al fadhil ustaz Ghani Shamsudin memimpin rombongan ke Komplek Sogo .



Rombongan telah berada di Kompleks Sogo dan sedang menanti arahan lanjut yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Chik dan Cikgu Badrul



Rombongan perarakkan raksasa telah memasuki selekoh pertama sebelum membelok ke pintu Istana Negara . Rombongan ini adalah gabungan rombongan Komplek Sogo yang dipimpin oleh Ust. Abu Bakar Chik dan Cikgu Badrul dengan Kumpulan Masjid Negara yang dipimpin oleh Tok Guru Hj. Hadi dan Salahuddin Ayub serta beberapa pimpinan Pusat yang lain . Jumlah mereka 50 ribu atau lebih .


Sementara Rombongan dari Masjid Jamek ketika kami sampai diselekoh ini dilaporkan sedang dikepong oleh pihak Polis dan FRU serta berlaku tembakan gas pemedih mata serta water canon di sana . Jumlah mereka di Masjid Jamek juga tidak kurang sekitar 30 ribu


Rombongan pertama telah sampai di hadapan jalan utama menuju ke pintu Istana Negara .



Gambar dari atas . Rombongan pertama sedang menanti rakan - rakan yang lain ( dari masjid Jamek , Central Point dll ) . Masa ini rombongan Dato' Seri Anwar Ibrahim belum tiba .


Setelah selesai dan bersurai , kami bertembung dengan kumpulan dari Masjid Jamek yang baru terlepas dari kepongan polis dan mereka sedang menuju ke Istana . Hampa , di mana mereka terpaksa berpatah pulang kerana majlis penyerahan memo telah berakhir dan majlis telah disuraikan secara aman

Related Posts with Thumbnails

Ayuh berhimpun di Dataran Merdeka!

Ayuh berhimpun di Dataran Merdeka!
Juamaat 9 November 07

Artikel aOleh Roslan SMS

Baru sahaja selepas solat Jumaat tadi saya berkenalan dengan seorang anak muda lulusan al Azhar. Beliau dan rakan-rakannya seramai kira-kira 100 orang menurutnya, tiba Subuh tadi dari Kota Bharu untuk menyertai PERHIMPUNAN AMAN BERSIH, jam 3.00 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok. Saya difahamkan rombongan dari segenap pelusuk Negara kini beransur-ansur tiba untuk turut serta dalam perhimpunan bersejarah itu.

Menurut yang baru tiba, terdapat sekatan jalanraya dari sempadan Kelantan-Terengganu sehinggalah jalan memasuki Kuala Lumpur. Pihak polis dikatakn dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Kita faham mereka bertugas untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara, itu tugas mereka. Kita sebagai rakyat juga menjalankan tugas, iaitu menuntut hak kita sebagaimana yang terjamin di dalam Perlembagaan negara.

Kita mahukan pilihan raya yang bersih dan adil, mudah-mudahan sistem demokrasi yang BERSIH akan melahirkan sebuah kerajaan dan negara yang BERSIH. Dan lebih penting lagi memorandum tuntutan kita itu sudi diterima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Raja kita, yang kita semua telah melafazkan taat setia kepada Baginda sebagaimana termaktub dalam Rukunegara.

Raja dan rakyat berpisah tidak, oleh itu janganlah mudah-mudahan ada mana-mana pihak menyekat dan menghalang kita dari mengadap Raja kita yang kita kasihi itu.

Syabas saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah dan akan tiba ke KL dari segenap pelusuk bumi Semananjung ini. Disaat penuh bersejarah ini kita renunglah beberapa kerat sajak Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang, yang dinukilkannya semasa Peristiwa Mogok Utusan dahulu, mungkin boleh dibuat sebagai pencucur semangat:

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani
di jalan sungai besi
se derap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

(Sajak: Mahasiswa)

Ramai yang bertanya tentang tindakan yang mungkin diambil oleh pihak keselamatan terhadap rakyat jelata yang menyertai HIMPUNAN AMAN ini esok. Saya katakan insyallah, ini HIMPUNAN AMAN, jika pihak keselamatan rasional dan mahu memelihara maruah dan nama baik negara (sebagaimana kita), mereka akan mengawalnya tetapi tidak bertindak. Kepada rakan-rakan dinasihatkan agar tidak mencetuskan sebarang tindakan yang tidak diingini, kita berhimpun secara AMAN dan matlamat kita adalah untuk menyembahkan MEMORANDUM RAKYAT kepada Yang Dipertuan Agong. Tidaka ada siapa yang datang esok mahukan keganasan atau mahu mencetus huru-hara.

Hidup ini memang sentiasa dibayangi oleh risiko, namun yakinlah apa yang kita lakukan ini akan ditulis dalam lipatan sejarah negara dan disaksikan oleh Allah swt. Kata Alahyarham SN Usman Awang lagi:

Di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
dimana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tidak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

Ayuh jumpa anda semua jam 3.00 petang di Dataran Merdeka.

Hidup Malaysia, Daulat Tuanku!
Related Posts with Thumbnails

Tafsir al-Quran: Menentang biarpun tahu kebenaran Islam

Tafsir al-Quran: Menentang biarpun tahu kebenaran Islam
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 69: Bukan sahaja mereka menentang dengan cakap-cakap mereka bahkan diikuti dengan perbuatan dengan melancarkan peperangan Ahzab. Merekalah yang berada di belakang peperangan itu apabila mereka memberi semangat kepada orang-orang musyrikin supaya memerangi Rasulullah s.a.w.

Sementara pada zamam mutakhir ini pula mereka menganjurkan Peperangan Salib beratus-ratus tahun ke atas umat Islam.

Sekali gus mereka menghancurkan masyarakat dan negara Islam di Eropah apabila Islam datang menegakkan negara di Sepanyol dan beberapa wilayah lain di benua itu.

Mereka menghancurkan Islam dengan tindakan ganas dan jahat pada hal mereka tahu Islam adalah benar. Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar bahkan diakui di kalangan mereka sendiri termasuk di kalangan paderi-paderi Keristian yang memberi nasihat kepada pengikut-pengikut mereka supaya tidak berbuat demikian kepada orang Islam.

Mereka berkata, orang Islam pun pengikut agama langit. Begitu juga pendita-pendita Yahudi yang menasihatkan supaya mereka berlembut dengan orang Islam kerana orang Islam juga beragama ‘kitabiyy’ (agama langit).

Mereka mengetahui benarnya agama Islam tetapi sedikit di kalangan mereka yang mengikut Islam dan sedikit sahaja di kalangan mereka yang bersikap baik terhadap orang Islam.

Kebanyakan daripada mereka makin jahat apabila mendengar ayat-ayat Allah (al-Quran). Firman Allah yang bermaksud: "Maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang-orang yang kafir itu." (Surah al-Maidah: 68).

Yakni berdukacita dan jangan berasa gerun ketika berhadapan dengan orang-orang kafir itu. Ibn Jarir telah meriwayatkan di dalam tafsirnya bahawa beberapa orang pendita Yahudi yang bernama Rofi', Salam bin Masykam, Malik bin 'Asif telah mengadu kepada Nabi s.a.w. dan berkata yang bermaksud:

"Adakah engkau tidak mengaku bahawa engkau mengikut anutan yang dibawa oleh Ibrahim dan agamanya dan engkau beriman dengan apa yang ada di sisi kami (Taurat)."

Nabi s.a.w. bersabda: "Ya memang aku beriman kepada agamanya Ibrahim dan beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang diturunkan kepada kamu tetapi kamu mengingkari isi kandungannya.

Kamu sendiri tidak percaya kepada kitab kamu dan kamu juga menyembunyikan kandungannya. Kami mengambil apa yang ada di hadapan kami tidak melebihi daripada itu dan kamilah orang yang berada di atas jalan yang benar dan hidayah dari Allah."

"Dan kamilah di atas petunjuk yang benar."

Lalu Allah menurunkan apa yang dibaca tadi, "katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: Wahai ahlil kitab, kamu tidak ada di atas agama yang sebenar sedikitpun. Sehinga kamu menegakkan Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu.

“Sehingga kamu mengikut apa yang terkandung di dalam kitab kamu. Tetapi sayang, tidak menambahkan kepada mereka melainkan kekufuran, kejahatan serta permusuhan terhadap Islam."

Firman Allah yang bermaksud: Allah Ta'ala menyuruh Nabi s.a.w. supaya jangan bersedih dan jangan takut kepada mereka. Sesungguhnya orang-orang yang beriman menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w.dan orang-orang Yahudi, yang mendakwa yang menjadi pengikut nabi Musa a.s. dan berpegang dengan kitab Taurat." (Surah al-Maidah: 16) Sesetengah ulama mengatakan bahawa orang-orang Sobiin mereka adalah satu golongan dari penganut agama Nasrani dan Majusi yang mempunyai kepercayaan yang berasingan.

Mengikut riwayat yang lain, juga mereka dari kalangan Majusi, mereka dari kalangan Yahudi dan Majusi.

Mengikut satu riwayat yang lain, mereka ialah golongan yang menyembah malaikat, bersembahyang tanpa kiblat dan mereka membaca kita Zabur. Di mana golongan Sobiin masih berada di Iraq sehingga sekarang.

Firman Allah yang bermaksud, "Golongan Yahudi dan orang-orang Kristian, yang mendakwa bahawa mereka berpegang dengan kitab Injil dan menjadi pengikut nabi Isa a.s. Dan orang-orang Kristian yang mendakwa bahawa mereka pengang dengan kitab Injil, menjadi pengikut Nabi Isa a.s.

Yang selamat adalah sesiapa yang beriman kepada Allah Taala dan hari kiamatdan beramal dengan amal yang soleh sebagaimana terkandung di dalam syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan kepada seluruh manusia. Maka tiada ketakutan kepada mereka dan tidaklah mereka berdukacita." (Surah al-Maidah: 87)

Related Posts with Thumbnails

Gamis akan pimpin mahasiswa ke Perhimpunan Rakyat

Gamis akan pimpin mahasiswa ke Perhimpunan Rakyat
Intan Abdullah
Mon | Nov 05, 07 | 10:56:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Sempena Perhimpunan Rakyat pada 10 November ini, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan seluruh penyokong Pro-Mahasiswa akan turut serta sebagai satu tindakan sivil dan tanggungjawab sosial untuk membawa suara rakyat menuntut pemulihan demokrasi secara telus dan adil.

Menurut jurucakapnya, Meor Affandi Meor Azizan, Gamis melihat perhimpunan ini sebagai salah satu agenda penting untuk menyeru rakyat membuat perubahan dalam sistem politik dan bentuk pentadbiran kerajaan.

"Di samping itu, Gamis juga menolak dan 'membakul sampahkan' pemimpin yang hanya mementingkan nasib keperluan diri dan keluarga semata-mata sehingga mengabaikan amanah untuk menjaga kebajikan dan memimpin rakyat ke arah kesejahteraan dan keadilan seluruh rakyat," demikian petikan kenyataan akhbar yang dihantar kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Gamis turut menyatakan pendapat mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bahawa sekatan Auku akhirnya akan melahirkan produk mahasiswa yang tidak demokrat dan apatetik terhadap kepentingan rakyat, agama dan negara.

"Auku yang digubal dan dipinda sebenarnya bukan bertujuan untuk mengurus tadbir universiti dan disiplin mahasiswa dengan lebih sistematik dan efisyen. Bahkan, ia merupakan satu modal dan motif politik kotor yang dijadikan senjata kerajaan untuk melumpuhkan dan melenyapkan salah satu kumpulan pendesak golongan rakyat iaitu mahasiswa lantaran kebangkitan dan kesedaran mahasiswa yang pada satu ketika dulu menjadi satu bayangan paranoid kepada pemerintah," tambahnya.

Untuk itu, Gamis dengan penuh rasa keinsafan dan rendah diri akan memimpin Pro Mahasiswa untuk bersama-sama menuntut perubahan demi memartabatkan agama, menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira bangsa dan menjaga kedaulatan negara.

"Auku mesti dirempuh!" tegas Meor.

Tambahnya, setelah bergelumang dengan ketempangan dan penguburan demokrasi kampus sama ada kebebasan mahasiswa mahupun sendi Pilihan Raya Kampus, kini Pro-Mahasiswa merasakan ia satu kewajipan untuk menyahut cetusan momentum bagi menuntut pemulihan demokrasi secara berakar umbi di kampus dan seterusnya di Malaysia.

Menurutnya, ini kerana Pilihan Raya Kampus (PRK) 2007 telah menggambarkan satu model demokrasi yang buruk dan semakin parah dalam keadaan pihak kerajaan dan universiti bersetuju untuk mengadakan PRK setiap tahun sebagai simbolik demokrasi.

"Namun ia tidak ubah daripada sekadar menjadi barang dagangan lapuk yang tidak mempunyai nilai intelektual dan komersial," tambahnya lagi.

"Bagaimana boleh wujud sistem pengundian elektronik (e-voting) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia? Sistem pengundian elektronik tidak dapat dibuktikan ketelusannya. Bagaimana mahasiswa ingin memastikan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyelewengan ketika proses pengundian dan perkiraan undi dijalankan? Sedangkan paling tidak pun Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (SPR) Malaysia menggunakan peti undi lutsinar untuk membuktikan pengundian secara telus, inikan pula pengundian yang dibuat secara maya," hurai beliau menceritakan insiden yang dirakamkan dalam PRK yang lalu.

Jelasnya lagi, demokrasi PRK juga terus dicemari dengan insiden pengundi hantu di Kolej Kediaman ke-12, Universiti Malaya sehingga menyebabkan pengundian semula terpaksa dijalankan semula dibuat beberapa hari selepas hari pengundian yang berlangsung serentak di seluruh IPT pada 2 Oktober.

"Ini diikuti dengan situasi di UIAM yang mengadakan proses penapisan ketat calon-calon yang mahu bertanding dengan mewujudkan proses 'public speaking', sesi temuduga bersama dekan fakulti serta perlu menghadiri taklimat khas bersama Rektor dan Presiden UIAM sebagai salah satu syarat yang wajib diikuti. Namun, perkara yang tidak dapat difikirkan ialah apabila penamaan calon diadakan semula dengan alasan yang tidak munasabah setelah pro-mahasiswa dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk menang mudah pada sesi penamaan calon kali pertama. Semuanya ini hanyalah secebis bukti kebobrokan demokrasi di kampus,"ulas Meor.

Walau apapun katanya, Gamis tetap meyakini bahawa demokrasi di tanah air ini dapat dikembalikan dan dimurnikan berdasarkan prinsip-prinsip serta nilai-nilai sebenar demokrasi.

"Intipati demokrasi yang menjamin hak-hak rakyat juga adalah sebahagian daripada pengolahan ilmu-ilmu Islam dan kemanusiaan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan teori ini, Gamis akan terus komited untuk mengembalikan keadilan dan menentang sebarang bentuk ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku.

Related Posts with Thumbnails

Harga minyak dijangka naik 70 sen selepas pilihan raya - Husam

Harga minyak dijangka naik 70 sen selepas pilihan raya - Husam
Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Salleh
Sun | Nov 04, 07 | 6:55:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) - Harga minyak dijangka akan naik RM0.70 sen seliter selepas pilihan raya nanti, demikian dakwa Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dalam Forum Rakyat 'Rasuah dan Jenayah: Malaysia di Ambang Bahaya di sini hari ini.

ImageBeliau yang merupakan salah satu panelis dalam forum berkenaan mendapat sumber kenaikan harga petroleum itu daripada satu perbincangan yang diadakan di Putrajaya.

"Petroleum akan naik 70 sen seliter begitu juga gas, diesel dan tol pun akan turut naik," tegasnya di hadapan kira-kira 400 peserta yang mengikuti forum tersebut.

Beliau yakin, harga minyak akan naik berdasarkan penegasan Perdana Menteri bahawa harga minyak tetap naik kerana ia tidak boleh dielakkan, dalam satu mesyuarat yang dihadirinya.

ImageKenaikan harga minyak itu juga turut dinyatakan oleh Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaliegh Hamzah dalam satu jamuan hari raya anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang dipengerusikan oleh Dato' Paduka Ibrahim Ali.

"Tengku Razaliegh juga mendapat maklumat daripada kerajaan bahawa pilihan raya akan diadakan dengan segera dan kerajaan pada dasarnya telah memberi persetujuan petroleum akan naik, tetapi tidak disebut berapa sen," kata Husam.

Forum rakyat pada awalnya akan dibarisi panelis termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagaimanapun beliau memberitahu tidak dapat hadir kerana dikatakan sibuk dengan persiapan Pehimpunan Agung Umno.

ImageKetua Whip Ahli Parlimen Salahuddin Ayub mengambil inisiatif mengadakan forum ini atas dasar keprihatian beliau terhadap isu-isu berat terutama rasuah dan jenayah yang sudah menjadi darah daging rakyat negara ini.

Turut sama dijemput sebagai panelis Pengerusi Gerak Ezam Mohd Noor, dan Ketua Penerangan PAS Pusat Mahfuz Omar sebagai Moderator yang menggantikan Prof Dr Muhammad Agus Yusoff. - mns

Related Posts with Thumbnails

Piket besar-besaran kakitangan bank tuntut bonus, kenaikan gaji

Piket besar-besaran kakitangan bank tuntut bonus, kenaikan gaji
Roy Rasul/Muhammad Nor
Sat | Nov 03, 07 | 3:03:41 pm MYT

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Kira-kira 13,000 kakitangan bank yang terdiri daripada ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) mengadakan piket besar-besaran di hadapan Menara Maybank, Jalan Tun Perak di sini sejak pagi tadi.

Mereka yang datang dari seluruh pelusuk tanah air menuntut pihak majikan memberikan bonus dan kenaikan gaji di samping melahirkan rasa tidak puas hati terhadap layanan majikan ke atas mereka.

Suasana di hadapan Menara Maybank menjadi hiruk pikuk dengan laungan peserta piket "We want bonus" beserta hon kereta lalu lalang yang memberikan sokongan kepada mereka.

Bagaimanapun keadaan masih terkawal dengan bantuan pihak polis dan RELA yang yang ditempatkan di situ untuk mengawal keadaan.

Menurut jurucakap piket berkenaan, J. Solomon yang juga Setiausaha Agung NUBE, pada pukul 2.45 peserta yang beragama Islam (lelaki dan perempuan) akan berarak ke Masjid Jamek berdekatan untuk mengadakan solat hajat.

Selain itu beliau juga berkata bahawa piket yang serupa akan terus diadakan sekiranya pihak majikan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan yang dibuat selama ini.

Turut kelihatan dalam piket tersebut ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahrir Syed Mohamud, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Tian Chua dan wakil beberapa NGO seperti Jerit dan lain-lain.

Dalam ucapannya di piket tersebut Syed Shahrir menyeru supaya pihak bank segera memenuhi tuntutan yang dibuat dan menggesa Menteri Sumber Manusia Dato' Dr Fong Chan Onn segera campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Related Posts with Thumbnails

Diculik 2 jam

Diculik 2 jam

Oleh Sarah Zulkifli

Penyamun bawa bersama kanak-kanak lima tahun ketika curi kereta

KAJANG: "Hanya Tuhan yang tahu debaran hati saya sepanjang dua jam kehilangan anak. Pelbagai andaian berlegar di fikiran termasuk bimbang nasibnya akan menjadi seperti Nurin Jazlin (Jazimin).

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku apabila dia ditemui semula," kata Aminatun Hariah Umar Baki, 38, yang kehilangan anak bongsunya, Nur Sakinah Mohd Saparudin, 5, ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya dicuri di Taman Jasmin di sini, semalam, sebelum ditemui semula dua jam kemudian di kawasan berhampiran.

Menurut guru Sekolah Menengah Teknik Kajang itu, Nur Sakinah yang mesra dengan panggilan Ina, sedang tidur di tempat duduk belakang dalam Toyota Unser biru miliknya ketika kejadian.



Aminatun berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi, dia dalam perjalanan menghantar anaknya ke sebuah tadika di Taman Jasmin, sebelum sebuah kereta Proton Perdana hitam tiba-tiba terlanggar belakang kenderaannya yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Related Posts with Thumbnails

Al-Kursi

Al-Kursi

01 November
Tazkirah  Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: November 2007 | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top