Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Ancaman tembak, pemuda PAS buat laporan polis

Ancaman tembak, pemuda PAS buat laporan polis
Azamin Amin Fri Feb 15, 08 3:41:41 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) – Semalam Buletin Utama TV3 melaporkan, bendera-bendera dan poster PAS yang 'menghijau' di Kuala Trengganu telah diturunkan atas alasan tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan dan polis.

Dalam suasana pilihan raya yang hangat dan memuncak ini pelbagai sekatan dan kekangan dilakukan bagi memastikan pembangkang khususnya PAS supaya 'kecundang' pada pusingan pertama perang 'saraf' sedangkan parti pemerintah sewenangnya melakukan tanpa sebarang amaran.

Tidak cukup dengan itu, Buletin Online semalam melaporkan lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Che Mad Jusoh ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung Nibong Atas, Trengganu.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, di hadapan rumah Dato’ Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.
Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli Zakaria, 21, Mohd Faiz Ashraff Ramly, 21, Abdul Rizuan Abd Rahman, 18, Mohd Shukry Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan Kampung Nibong.

Mereka dikatakan cuba memanjat tiang telefon berhampiran rumah Che Mad untuk mengikat bendera ditiang tersebut dan belum sempat bendera ditegakkan, Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka.

"Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan, berkira-kira untuk beredar dari situ segera," kata Mohd Faiz yang dipetik daripada laman web terbabit.
Walau bagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar Che Mad muncul dengan selaras senapang patah.

"Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru," tambahnya.
Che Mad dikatakan mengacu senapang patah ke arah pemuda tersebut sambil membuat ancaman dengan berkata :"mu letak lah! Aku tembak kang!", dengan maksud sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan menembak mereka.
"Kami terkejut, dan saya terus lari," kata Muhammad Zulkifli.
Menurut laporan wartawan Buletin Online SM Noor dan WanKay, kelima-lima mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang semalam.-az
Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Ancaman tembak, pemuda PAS buat laporan polis | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top