Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Tafsir surah al-Maidah ayat 115 : Diazab kalangan terbabit peristiwa Maidah

Oleh: Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang

ORANG-ORANG yang daif di kalangan mereka disuruh memakan hidangan tersebut. Lalu mereka memakan hidangan berkenaan.

Mengikut satu riwayat, peristiwa itu berlaku pada hari Ahad sekali gus hari tersebut menjadi hari raya atau 'holiday' kepada orang beragama Kristian dalam seminggu.

Sementara riwayat yang lain menceritakan bahawa Allah menurunkan hidangan dari langit selang sehari dalam masa beberapa hari.

Allah Taala menunjukkan mereka dengan mukjizat yang diberi kepada Nabi Isa a.s. Bagaimanapun ada antara mereka yang ragu bahkan ada yang tidak percaya dengan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Isa a.s itu.

Diceritakan bahawa ketika mereka tidur dalam sebelah malamnya dengan tudir yang nyeyak, tiba-tiba sebelah paginya mereka menjadi babi.

Mereka memakan makanan yang kotor dan menjijikkan. Semua rakan mereka terkejut melihat babi-babi berkenaan.

Lalu babi-babi itu datang kepada Nabi Isa a.s. Baginda a.s menyebut seorang demi seorang nama mereka yang menjadi babi itu yang menunjukkan keengkaran mereka terhadap Nabi Isa a.s sebelum itu.

Kemudia babi-babi berkenaan dimatikan oleh Allah. Ertinya babi yang ada pada hari ini adalah berasal dari keturunan lain bukan dari mereka berkenaan.

Sesetangah ulama pula mengatakan bahawa ada di kalangan mereka menjadi kera dan babi dan seterusnya mereka mula dimatikan oleh Allah.

Menurut satu riwayat yang lain. Allah tidak menurunkan hidangan itu kerana hawariyyun tidak bersetuju hidangan itu diturunkan.

Riwayat yang lebih kuat, Allah Taala menurunkan hidangan tersebut kerana Allah Taala menyebut dalam ayat yang berikutnya yang bermaksud : "Aku menurunkannya kepada kamu, maka ingatlah sesuapa yang kufur selepas itu di kalangan kamu, maka sesungguhnya Aku akan mengazabkan dengan azab yang tidak pernah Aku lakukan kepada seseorang pun daripada alam ini sebelum itu." (Surah al-Maidah :115)

Merekalah termasuk di kalangan orang yang paling terseksa pada hari kiamat.

Berkata Ibnu Umar r.a manusia yang paling azab pada hari kiamat ialah tiga golongan. Iaitulah yang pertama orang munafik di kalangan umat Muhammad s.a.w.

Yang kedua ialah orang yang ingkar dalam peristiwa al-Maidah yakni peristiwa hidangan yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s dan yang ketiga ialah pembesar-pembesar Firaun yang merancang dan melaukan kezaliman terhadap orang yang beriman.

Ini adalah tiga golongan paling terseksa di hari kiamat apabila mereka dalam neraka.

Nabi kita Muhammad s.a.w dikurniakan oleh Allah dengan keistimewaan apabila orang-orang Quraisy, mencabar Nabi s.a.w supaya mendoakan bukit Makkah (Sofa) dijadikan emas, Nabi s.a.w tidak mengendaklan permintaan mereka tersebut.

"Wahai Muhammad, jika sekiranya engkau jadikan bukit Soda ini emas, kami beriman kepadamu."

Permintaan sedemikian rupa hampir serupa dengan cara permohonan yang dibuat oleh golongan yang ingkar kepada Nabi Isa a.s dalam peristiwa al-Maidah ini.

Apabila Nabi s.a.w mengadu kepada Allah tentang permintaan Quraisy itu, malaukat Jibrail a.s turun menemui baginda s.a.w. Jibrail berkata, "Allah Taala memerintahkan aku, supaya memberitahu kepada kamu wahai Muhammad s.a.w bahawa aku berupaya menjadikan bukit itu sebagai emas, sebagaimana mereka minta.

"Tetapi sekiranya mereka ingkar atau mereka tidak beriman selepas itu, aku akan seksakan mereka dengan seksa yang lebih daripada umat yang lain.

"Jika sekiranya kamu tidak meminta, maka aku tangguhkan seksaan itu dengan rahmat."

Ada di kalangan mereka yang beriman selepas itu. Ertinya Nabi s.a.w ada dua pilihan sama ada meneruskan permintaan kaum kafir Quraisy itu atay tidak menyahut cabaran kaum Quraisy berkenaan.

Lalu Nabi s.a.w meminta supaya ditangguhkan azab kepada umatnya, supaya dikurniakan rahmat, dan hidayah kepada mereka.

Tidak mengapalah, Allah tidak menukar bukit Sofa menjadi emas serta merta. Ertinya ada di kalangan manusia mahu melihat kejayaan dan kebenaran serta merta dapat dilihat di hadapan mata mereka tanpa ditangguh-tangguhkan lagi.

Tetapi Allah Taala menangguhkan azab kepada mereka yang kufur pada akhir zaman dan diberi peluang mereka bertaubat serta memberi peluang umur yang masih ada supaya balik dan merujuk kepada Allah sekiranya melakukan dosa dan kekufuran.




Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Tafsir surah al-Maidah ayat 115 : Diazab kalangan terbabit peristiwa Maidah | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top