Bingkisan
RAMADHAN
BIL 1/09 1 Ramadhan 1430/22 Ogos 2009
Diriwayatkan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Dari Salman ra, berkata: Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada kami pada hari akhir bulan syaaban, sabdanya: “Wahai manusia, suatu bulan yang mulia lagi penuh rahmat telah menaungi kamu sekalian; iaitu bulan yang berisi suatu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan; suatu bulan yang Allah tetapkan kewajipan berpuasa padanya dan disunatkan solat pada malamnya.
Barang sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah pada masa ini dengan melakukan kebajikan, maka ia sama dengan orang yang melakukan suatu perbuatan wajib pada bulan lain. Barang siapa yang melakukan suatu perbuatan wajib pada bulan ini, maka ianya sama dengan tujuh puluh perbuatan wajib pada bulan lain. Bulan ini adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu pahalanya syurga.
Barang sesiapa memberi makan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa pada bulan ini, bererti ia memperolehi keampunan atas dosa-dosanya dan pembebasan dari seksa neraka, serta pada masa yang sama ia tetap memperolehi pahala sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa, “lalu sahabat bertanya” Ya Rasulullah, tidak semua kita berkemampuan memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa” Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah memberi pahala ini kepada sesiapa pun yang memberi makanan berbuka walaupun hanya sebiji kurma kepada orang yang berbuka atau memberi seteguk air atau seteguk susu. Bulan ini awalnya merupakan rahmat, pertengahannya merupakan pengampunan dan bahagian akhirnya merupakan pembebasan dari neraka.
(HR.Ibnu Khuzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)
Fadhilat sembahyang sunat terawih malam pertama hingga ke tujuh.
01. Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepetimana ia baru dilahirkan.
02. Diampun dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya.
03. Berseru Malaikat di bawah Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga allah mengampunkan dosa engkau.
04. Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Zabur,Injil dan Al-Quran.
05. Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidilharam,Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
06. Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-Malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah
mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
07. Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa menentang musuh ketatnya fir’aun dan Hamman.
0 ulasan:
Catat Ulasan