Bahagian 2
8. 7 Ramadhan 361 H : Atas perintah Khalifah Fatimiyyah panglima Jauhar Ash Shiqili meletakkan batu asas pertama bagi mendirikan Jamie’ (Masjid) Al-Azhar. Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universiti dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang membahaskan berkenaan permasalahan hukum-hukum Islam. Institusi Al-Azhar mengalu-alukan serta menyambut gembira kedatangan para pelajar yang ingin belajar disana. Segala kelengkapan disediakan seperti tempat tinggal, keperluan hidup bahkan halaqah (kelompok pengajian) ilmu-ilmu Islam yang pelbagai dilaksanakan kepada para penuntut ilmu supaya dapat memilih halaqah yang dikehendakinya. Universiti Al-Azhar masih lagi utuh berdiri melahirkan graduan Islam serta Ulama' sehingga sekarang walaupun pihak musuh telah beberapa kali cuba meruntuhkan Institusi Pengajian tertua di dunia itu. Ini kerana, dunia barat memandang para pendokong ilmuan Islam ini sebagai candu kepada usaha menyebarkan fahaman kuffur mereka.
9. 8 Ramadhan 789 H : Sultan Al-Mu’tasim Billah pada hari ini mengadakan pengumuman kepada rakyatnya bahawa barangsiapa yang merasa dizalimi dan merasa ada perkara yang boleh menyebabkan kepada permusuhan maka datanglah kepadanya pada hari Ahad (Minggu) dan Rabu untuk menyelesaikan permasalahannya. Tradisi ini baru dimulakan pada masa beliau dan kemudiannya terus menerus diikuti oleh sultan-sultan setelah beliau.
10. 9 Ramadhan 222 H : Panglima Al-Afsyiin salah satu panglima perang Khalifah ‘Abasiyah Al-Mu’tasim bin Harun Ar Rasyid telah menakluki kota Al-Badz pusat pemerintahan Babak Al-Khurmi setelah melakukan pertempuran dan pengepungan selama dua tahun . Faktor-faktor pemberontakan Babak Al-Khurmi yang bermula pada tahun 201 H semasa Khalifah Ma’mun adalah kerana keinginannya untuk merebut takhta Khalifah dari kaum Arab Muslim kepada kaum Farsi dan Majusi. Selain itu, mereka juga menolak segala bentuk ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan menghalalkan minum arak serta menghalalkan segala macam yang diharamkan oleh Islam.
11. 10 Ramadhan 1393 H : Tentera Mesir berjaya menembusi terusan Suez dan menghancurkan benteng Berlif serta menghancurkan kekuatan tentera Israel. Begitupula disebelah angkatan tentera Syiria berjaya membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan Israel. Semboyan pasukan tentera pada peperangan tersebut adalah lafaz "Allahu Akbar" ( Allah Maha Besar).
12. 11 Ramadhan 1393 H : Berlaku serangan mendadak terhadap kekuatan Israel yang dilakukan oleh satu pasukan berani mati Palestin di Ramallah yang menyebabkan kerosakkan dan kerugian dipihak Israel.
13. 12 Ramadhan 597 H : Imam Abu Faraj Ibnu Jauzi seorang ahli sejarah dan Ulama terkenal meninggal dunia. Beliau terkenal kerana karangan beliau yang banyak sehingga mencecah ratusan kitab. Bahkan diriwayatkan bahawa beliau pernah mengarang kitab sekitar 250 buku.
14. 13 Ramadhan 1356 H : Pada tanggal 26 September 1937 M mujahidin Palestin telah membunuh Ketua Tentera bernama Andruz yang melakukan tindakan merugikan bagi pihak Palestin dengan merebut sebahagian tanah di daerah Jalil ‘Ulya untuk pihak Yahudi. Pemerintah Inggeris berdiam diri melihat hal ini, lalu mereka melakukan pembunuhan dan pengusiran yang berakhir dengan penangkapan Syeikh Farhan Sa’dy teman Syeikh ‘Izzuddin Al Qassam yang berusia 80 tahun. Syeikh Farhan ditangkap dikediamannya dengan tuduhan melakukan pemberontakan. Dalam persidangan Mahkamah Tentera memutuskan hukuman gantung terhadap beliau. Usaha pembelaan terhadap Syeikh sudah dilakukan oleh berbagai pihak untuk membebaskan beliau namun semuanya tidak berhasil. Akhirnya beliau meninggal dalam keadaan berpuasa.
15. 14 Ramadhan 666 H : Pemerintahan Anthokiah didirikan oleh Wormandi Buwaihimund pada tahun 491 H. Kota ini menjadi
0 ulasan:
Catat Ulasan