BerSABARlah Wahai Diri!
بسم الله الرحمن الرحيم
Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya ALLAH
Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu
Semua orang ingin bahagia dalam hidup..Hatta ana sendiri inginkan kehidupan yang sentiasa bahagia tanpa berasa sedih,tanpa berasa pahit,tanpa ada perasaan kecewa..Tapi itu semua mustahil bagi orang-orang yang beriman..kerana selangkah ke alam perjuangan selama-lamanya dalam kepahitan..
ALLAH berfirman dalam surah at-Taubah,ayat 111:
“Sesungguhnya ALLAH itu telah membeli dari orang-orang yang beriman diri-diri mereka, dan harta-harta mereka dengan diberikan kepada mereka syurga…
Siapakah orang yang beriman itu?
Sepertimana yang kita ketahui..Di dalam Surah Al Mu'minun ayat 1-9..dengan bahasa yang indah mengatakan mereka ialah
1. orang-orang yang khusyu' dalam solatnya ....
2. orang -orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna..
3. orang -orang yang menunaikan zakat.....
4. orang -orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap istri/suaminya.....
5. orang -orang yang menjaga amanah - amanah dan janjinya.....
6. orang -orang yang memelihara sholatnya.....
Selain itu??
“Apakah manusia itu mengira, Kami membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”
(Al-Ankabut:2)
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu."
(Muhammad:31)
Ujian ALLAH adalah untuk menilai siapakah yang terbaik amalannya dalam kalangan manusia. Kita sepatutnya bersyukur sekiranya ditimpa ujian kerana sebenarnya ALLAH sedang menilai kita untuk diberikan kita syurga, ganjaran yang tiada tandingan.
Kepahitan ujian akan dirasai oleh semua umat Islam.. ALLAH bukan saja-saja nak bagi ujian kat kita. Melalui ujian ALLAH sedang menilai kita dan juga untuk meningkatkan our level of iman. Sungguh! Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA kerana ALLAH itu Maha Mengetahui!
“ALLAH tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
Daripada Abdullah Khabbab r.a. berkata:kami telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. yang mana pada ketika baginda sedang berselimut dengan selendang di bawah naungan Kaabah lalu kami pun berkata:Tidakkah kamu akan menolong kami,tidakkah kamu akan berdoa untuk kami(supaya dipercepatkan kemenangan Islam)?Maka Rasulullah s.a.w. berkata:Sesungguhnya ada seorang lelaki sebelum daripada kamu telah dibawa dan ditimbus dalam tanah,kemudian dibawakan gergaji serta diletakkan di atas kepalanya lalu terbelah menjadi dua,(kemudian)disikat dengan sikat besi sehingga tercabut daging daripada tulangnya,namun hal itu tidak pernah menghalang daripadanya untuk berpaling daripada agama.Demi ALLAH,ALLAH akan menyempurnakan urusan(agama)ini sehingga orang yang menaiki kenderaan daripada San’a ke Hadramaut tidak akan takut melainkan kepada ALLAH dan serigala(yang akan menggangu) akan kambingnya.Tetapi kamu semua(wahai Khabbab)termasuk daripada golongan yang tergopoh-gapah.
(Riwayat Imam Bukhari)
Cuba kita bandingkan antara ujian yang ALLAH berikan pada kita berbanding orang-orang Islam yang terdahulu..Jauh berbeza..Tapi mengapa cepat sangat kita berasa lemah?? Mengapa cepat sangat kita berputus asa dengan ujianNYA?? Mengapa cepat sangat kita bersangka buruk pada ALLAH??
“..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir”
(surah Yusuf: 187)
“Dan mintalah pertolongan daripada Tuhanmu dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
0 ulasan:
Catat Ulasan