Al Fatihah dan takziah kepada seluruh anggota keluarga Almarhum Dato' Ishak Baharom sekembalinya kerahmatullah pada 30 jan 2008. Sebagaimana kita sedia maklum Almarhun adalah Tuan Guru kepada seluruh penduduk Darul Mujahidin, beliau telah mencurahkan ilmunya kepada kita di Darul Mujahidin telah hampir tujuh tahun. Pada setiap hari khamis minggu kedua kita akan dapat mendengar suara nasihat dari beliau, tapi kini beliau telah dipanggil untuk bertemu dengan Allah SWT. Kali terakhir Almarhum bersama kita pada 10 jan 2008, iaitu pada satu ceramah umum dan solat hajat. Dimana solat hajat tersebut diimam oleh Almarhum sendiri, beliau juga sempat beramah mesra serta menjamu selera bersama beberapa orang sahabat kita di rumah Tuan Haji Roslan Aziz. Itulah saat-saat terakhir beliau bersama kita. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Tuan Guru kita semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin amin.Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.
llahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di
Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.
Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.
Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke
Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.
0 ulasan:
Catat Ulasan