Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Peristiwa Peperangan Badar

Oleh :Fateh Al Qarni

18 September 2008 :Khamis


Peperangan ini berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah di sebuah telaga yang terletak di antara "Mekah" dan "Madinah". Faktor yang mencetuskan peperangan ini ialah disebabkan kafilah perniagaan milik Quraisy tiba dari "Syam" ke "Mekah". Lalu Nabi s.a.w memerintahkan para sahabat baginda supaya menghalang kafilah tersebut kemudian merampas harta mereka sebagai balasan kepada mereka terhadap harta yang telah dirampas oleh bangsa "Quraisy" di "Mekah".

Apabila Nabi s.a.w bersama angkatan tentera baginda sampai ke tempat yang dirancang supaya berlaku peperangan, baginda mendapat berita bahawa kafilah tersebut telah terlepas dan berjaya mengelak diri setelah panglimanya "Abu Sufian bin Harbin" berjaya menggunakan jalan persisiran pantai yang jauh dari jalan biasa yang dilalui oleh kafilah perniagaan apabila mereka mengetahui bahawa umat Islam telah keluar untuk merampas harta mereka.

Sebelum kafilah perniagaan Quraisy berjaya mengelak diri, "Abu Sufian bin Harbin" telah bertindak dengan seberapa segera menghantar utusan kepada "Quraisy" meminta supaya mereka keluar untuk menyelamatkan harta mereka yang hampir terlepas ke tangan umat Islam menyebabkan mereka keluar seramai lebih kurang seribu orang lelaki untuk berperang. Mereka bersiap sedia untuk berperang sehinggalah mereka diberitahu tentang kejayaan kafilah "Abu Sufian" mengelak diri. Sebaik sahaja umat Islam mengetahui bahawa kafilah tersebut telah terlepas dari cengkaman mereka, Nabi s.a.w meminta nasihat daripada para sahabat baginda yang terkemuka. Lantas golongan Muhajirin bercakap mengemukakan pandangan kemudian diikuti pula oleh golongan Ansar. Mereka membuat keputusan untuk tetap berada di tempat tersebut sebagai persediaan untuk berkorban dan berjuang pada jalan Allah. Rasulullah s.a.w merasa tenang terhadap pendirian para sahabat baginda, keutuhan penyatuan mereka serta kekuatan hubungan mereka.

Pada masa tersebut orang-orang musyrikin adalah berjumlah seramai lebih kurang seribu orang lelaki yang lengkap bersenjata malah ramai di kalangan mereka yang berkuda. Sedangkan umat Islam pada masa tersebut adalah seramai lebih kurang tiga ratus tiga belas orang lelaki.

Peperangan mula berlaku pada pagi hari ketujuh belas Ramadan. Pasukan tentera terus bertembung dan peperangan berlaku semakin rancak dan hebat malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda berperang dengan menggunakan sepenuh kekuatan. Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan kemenangan kepada umat Islam di dalam menentang tentera musyrikin. Allah mengabulkan doa Nabi-Nya menyebabkan peperangan berakhir dengan kemenangan yang sangat cemerlang bagi umat Islam dan kekalahan yang sangat teruk bagi golongan musyrikin yang terbunuh seramai tujuh puluh orang dari kalangan mereka, seramai jumlah ini juga di kalangan mereka yang ditawan manakala yang selebihnya berjaya melarikan diri. Hasil dari peperangan ini, umat Islam mendapat harta rampasan perang yang mereka tinggal secara melimpah ruah. Seramai empat belas orang sahaja di kalangan umat Islam yang gugur syahid dan janji-janji Allah telah terbukti dengan memberikan kemenangan kepada umat Islam yang berjumlah sedikit di atas kejayaan mereka mengalahkan golongan musyrikin yang berjumlah jauh lebih ramai daripada mereka.

Umat Islam sangat gembira di atas kemenangan ini, mereka pulang ke Madinah dengan diketuai oleh Rasulullah s.a.w sambil membawa harta rampasan perang dan memimpin orang-orang tawanan yang terikat dengan rantai. Melihat tindakan sedemikian, Rasulullah s.a.w memerintahkan umat Islam supaya berbuat baik kepada orang-orang tawanan serta memberi makan kepada mereka..

Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Peristiwa Peperangan Badar | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top