Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Ayyuhal Walad

Oleh: Fateh Al Qarni
Isnin :3 November 2008

Wahai Anakku Yang Tercinta

Assalamualaikum...hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu bersama-sama pengunjung yang melawati blog ini. Semoga apa yang saya ingin sampaikan disini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran serta panduan bagi mendidik diri kita kearah menjadi muslim yang sejati.

Saya ingin berkongsi satu sejarah dimana terlalu banyak pengajaran yang kita akan perolehi dari kisah tersebut. Kisah seorang murid bersama seorang mursyidnya yang bernama Al Imam Al Ghazali r.a menerusi petikan dari sebuah kita yang marsyur.



Kitab "Ayyuhal Walad" karangan Imam Al Ghazali r.a adalah sebuah kitab jawapan kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliau yang amat menyintainya, di mana di dalam surat tersebut beliau meminta agar Imam Al Ghazali r.a sudi menulis sepucuk surat yang merupakan wasiat yang ditujukan khas kepadanya, walaupun beliau mengetahui isi kandungan surat tersebut telah termaktub dalam kitab-kitab kandungan Imam Al Ghazali r.a.

Lalu Imam Al Ghazali dengan murah hati menjawab surat yang dihantar oleh anak muridnya dan memberi beberapa nasihat yang sangat berharga. Jika kita meneliti isi kandungan surat tersebut, kita akan mendapati beliau amat ikhlas dalam memberi nasihat dan dicelah-celah ungkapan beliau terserlah kehebatan Imam Al Ghazali r.a dalam menggambarkan tipudaya dunia dan kekalnya negeri akhirat serta bertapa perlunya kita kepada iman dan amalan soleh serta kejernihan jiwa. Kita juga akan dapat melihat bertapa kasih sayangnya Imam Al Ghazali r.a terhadap muridnya, yang telah memberi nasihat kepada muridnya dengan bahasa yang halus serta menyentuh hati kita dan terkadang dapat mengalirkan airmata dan memberi kesan yang sangat mendalam sekali sehingga membawa kepada perubahan dalam diri kita.

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar serta pengajaran dari kitab "Ayyuhal Walad" Wahai Anakku Yang Tercinta, surat yang meminta nasihat dari seorang murid kepada seorang mursyidnya yang tercinta.

Muqaddimah Nasihat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW serta sahabat-sahabat r.a.

Wahai anakku yang tercinta dan kekasih yang mulia, semoga Allah taala memanjangkan umurmu dalam membuat taat kepadaNya dan semoga Allah memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan para kekasihnya.

Ketahuilah olehmu bahawasanya apa jua cabang nasihat itu adalah berasal daripada sumber kenabian(Hadis Rasulullah saw). Oleh kerana itu, apabila telah sampai kepadamu nasihat yang berpunca dari sumber ini maka apa perlunya lagi engkau kepada nasihat saya. Dan apabila masih belum sampai kepadamu sesuatu daripada sumber ini maka sebenarnya ilmu apa yang telah engkau pelajari selama ini?.

Satu persoalan yang ditanya oleh mursyid kepada seorang murid. Tidak ada nasihat yang paling baik dan berguna selain dari nasihat Nabi saw. Jika sebelum ini kita belum pernah mendengar nasihat dari Nabi saw, maka selama hidup kita apa yang kita pelajari selama ini. Marilah kita tanya diri kita dimakah kita meletakkan diri kita. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita muhasah diri kita keluarga serta jamaah kita, sejauhmanakah kita mempelajari hadis Nabi saw.

Bersambung..........
Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Ayyuhal Walad | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top