Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Serangan Terbaru Israel, 6 Pejuang Syahid di Semenanjung Gaza

Jumaat, 28/12/07 - Khan Yunis: Sekurang-kurangnya 6 pejuang Palestin gugur syahid dalam dua peristiwa berbeza. Tiga pejuang gugur dalam serangan udara pesawat perisik Rejim Zionis Israel dan 3 lainnya syahid ketika berlaku pertempuran dengan pasukan penjajah Zionis Israel yang memasuki daerah Abasan, Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza. Serangan ini berlaku ketika bermulanya pertemuan antara Presiden Palestin Mahmud Abbas dengan PM Israel, Ehud Olmert di Jerusalem (al Quds), Khamis (27/12).

Seorang pejuang Palestin dari Brigade al Quds, sayap ketenteraan gerakan Jihad Islam, bernama Muhammad Abdullah Abu Marsyad gugur dan seorang lainnya cedera dalam serangan udara pesawat perisik Rejim Zionis Israel di wilayah tengah Semenanjung Gaza.

Sejurus sebelumnya, dua pejuang al Quds juga gugur dalam serangan pesawat udara Israel ke sebuah kenderaan yang dinaiki dua orang pejuang di jalan Shalahuddin di wilayah tengah Semenanjung Gaza. Mangsa adalah Muhammad Ahmad Abu Hasanain dan sepupunya Muhammad Fauzi Abu Hasanain.

Sementara itu di Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza, dilaporkan seorang pejuang dari al Qassam bernama Hani Ramzi Abu Ied (21) dan dua orang dari Brigade al Quds yakni Muhammad Shatat al Misri (27) dan Haitsam Abul Ala (25) gugur dalam serangan meriam dari kereta kebal Israel yang menyerbu daerah Abasan.

Pengarah Bahagian Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Muawiyah Hasanain menyatakan, selain tiga pejuang yang gugur ada 8 warga Palestin lainnya yang tercedera akibat serangan pasukan penjajah Rejim Zionis Israel. Sebahagiannya dalam keadaan kritikal. Sementara itu, salah seorang mangsa yang syahid anggota badannya hancur, tercerai-berai.
Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Serangan Terbaru Israel, 6 Pejuang Syahid di Semenanjung Gaza | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top