Tuesday, 04 December 2007 | |
Majid terkenal dengan filem 'Children of Heaven' KOTA BHARU: Pengarah tersohor dari Iran Majid Majidi akan berada di Kelantan untuk bercakap dalam forum mengenai sinema Islam yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Serentak dengan itu juga rakyat negeri tersebut berpeluang menyaksikan tiga buah filem terbaik Majid yang akan ditayangkan secara percuma sempena Mini Fest Kelantan 2007 yang berlangsung selama dua hari di Balai Islam bermula hari ini. Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawantankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan yang juga Timbalan Pengerusi Mini Fest Kelantan 2007, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohamad Amar Abdullah merangkap Pengerusi program, dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Darul Naim. |
Pengarah tersohor Iran sertai forum filem Islam di Kelantan
Pengarah tersohor Iran sertai forum filem Islam di Kelantan
Date: 04 Disember 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan