Aktiviti



Kuliah Bulan April 2010



19-04-2010 -Fiq Daulah
Ust. Zamri Syafik


21-04-2010 -Sifat 20
Ust. Dr.Zulkifli Mohammad Al Bakri



Muslimin Muslimat Dijemput Hadir


Hadis Pilihan



Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad



Tafsir Surah An Nisa' Ayat 71

Oleh: Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang

26 Julai 2008 Jumaat

Klasifikasi jihad

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Ingatlah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah memanah (menuju sasaran dengan tepat). Ingatlah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah memanah. Ingatlah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah memanah."

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:

"Ajarlah anak-anak kamu memanah dan berenang." Ini kerana kedua-duanya merupakan kekuatan yang membolehkan seseorang itu menunaikan kewajipan jihad untuk menegakkan agama Allah.

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang beriman yang ikhlas di kalangan umat Muhammad s.a.w. supaya mereka berjihad menentang orang-orang kafir, keluar pada jalan Allah untuk mempertahankan hukum syariat.

Sementara itu jihad pula terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, fardhu 'ain dan kedua, fardhu kifayah. Menjadi fardhu 'ain apabila musuh sudah masuk ke dalam negeri orang Islam ataupun musuh berada di sempadan negeri orang Islam dalam beberapa marhalah (jarak yang terlalu hampir dengan sempadan), menandakan bahawa musuh akan menyerang pada bila-bila masa sahaja negeri berkenaan. Jihad di waktu itu menjadi fardhu 'ain ke atas setiap orang Islam yang mampu memikul senjata.

Jihad fardhu kifayah pula berlaku apabila Islam mencapai kemenangan di mana mesti ada rombongan di kalangan orang Islam yang keluar berjihad menentang musuh-musuh Allah yang menghalang dakwah atau agama-Nya dari disebarluaskan ke seluruh pelosok dunia.

Kewajipan ini diamanahkan kepada orang Islam, menyerang orang-orang yang zalim di dunia ini bukan tanggungjawab Amerika atau mana-mana pemerintah yang memusuhi Islam dan umatnya.

Menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam mendirikan kerajaan yang kuat dengan menegakkan syariat Islam dan seterusnya mengajar negeri-negeri yang zalim, memberi perlindungan kepada orang yang dizalimi sekaligus mengajak manusia beriman kepada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak."

(Surah an-Nisa': 71)

Keluar secara berpasukan untuk menyerang mengikut arahan ketua. setengah ulama' berpendapat antaranya Ibnu Faris, perkataan 'an-Nafar' (berpuak-puak) jumlahnya ialah antara tiga hingga 10 orang.

Yang penting di sini ialah apa yang dimaksudkan dengan ayat ini iaitu keluar berperang secara berpasukan.

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

"Atau keluarlah kamu secara beramai-ramai."

(Surah an-Nisa' : 71)

Apabila diperintah oleh ketua tentera supaya menyerang musuh-musuh Allah serentak secara beramai-ramai , hendaklah kamu mematuhi arahan itu.

Amalan ini dipraktikkan oleh bala tentera Islam bersama-sama Rasulullah s.a.w. Mereka keluar beramai-ramai atau ditugaskan secara berpasukan (Sariyyah) dihantar untuk meninjau, mengintip dan menyerang musuh kemudian lari menyembunyikan diri bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka di samping pelbagai taktik peperangan lain yang dilaksanakan oleh tentera Islam



Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

 
Copyright @ 2008 DarulMujahidin: Tafsir Surah An Nisa' Ayat 71 | Design By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top