Posted on Sunday, October 28 @ 14:55:22 MYT by buletin
Oleh : Kalam Permata
Sekiranya tiada halangan, tiada pembatalan seperti tahun 2004 dulu, 10,000 rakyat Terengganu akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka untuk sama-sama menyeertai himpunan bantahan rakyat pada 10 Nov 2007 nanti.
Rakyat Terengganu dikabarkan sedang bersiap sedia untuk tujuan itu, 10,000 baju T berwarna kuning sedang disiapkan.Topi dan juga bendera kuning juga sudah ditempah.
Terengganu yang mempunyai 8 kawasan parlimen , sekiranya setiap parlimen menghantar 1000 orang ini sudah berjumlah 8000 orang ini baru dikira dikalangan penyokong PAS .Masakan keADILan tidak mampu untuk menambah 2000 orang lagi bagi mengcukupkan angka yang disasarkan untuk Terengganu sejumlah 10,000 orang.
Namum begitu menurut satu sumber dari Pemuda PAS Terengganu, mereka telah menggerakan agar 5000 pemuda untuk turun pada perhimpunan tersebut.
Sekiranya ini berlaku, ini menunjukkan lebih 10,000 rakyat Terengganu akan berada di Dataran Merdeka pada tarikh tersebut.
Berapa pun angka dari Terengganu yang yang bergerak ke Kuala Lumpur, yang pasti ianya mestilah termasuk diri kita yang akan bersama sama nanti.
Ayuh tempahlah tempat kita sekarang untuk himpunan 10 Nov nanti.
Gambar majlis perkahwinan Erra dan Emran yang dipenuhi dengan tetamu yang berbaju kuning.
Gambar dipetik dari KLpos.com
0 ulasan:
Catat Ulasan