Posted on Saturday, October 27 @ 20:51:29 MYT by greenboc
Banyak pihak merasakan ugutan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah BPR Datuk Ahmad Said Hamdan ke atas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam isu video tape Lingam adalah keterlaluan dan bersifat kebinatangan.
Binatang kerana Ketua Pengarah itu telah memutarbelitkan prosedur BPR untuk mendapatkan pita rakaman asal berkenaan dengan angkuh dan bongkak menyatakan "Anwar bertanggungjawab untuk menyerahkan klip video itu kepada ibu pejabat BPR di Putrajaya dan bukannya meminta pegawai untuk mendapatkan daripadanya" sedangkan sebelumnya pegawai-pegawai BPR sendiri yang telah datang menemui Anwar dan kemudian membatalkan kedatangan mereka di hari dan masa yang telah ditetapkan bersama untuk menerima pita berkenaan.
Ketua Pengarah BPR ini juga perlu dipanggil binatang kerana sengaja menimbulkan isu "kesahihan" pita Lingam itu sedangkan seluruh isi dunia tahu pita itu memang sahih dan jika sekalipun jika benar dakwaannya ia pernah disunting, beliau perlu menampilkan buktinya!
Kami juga mempunyai pakar kami untuk membuktikan bahawa klip video itu adalah sahih.
Justeru itu, Ketua Pengarah BPR yang bernama Ahmad Said Hamdan ini sebenarnya mempunyai motif yang lain apabila meneluarkan ugutan berkenaan - seiring sejalan dengan tindakan Peguam Negara, Abdul Ghani Patail yang telah menutup kes-kes rasuah pemimpin-pemimpin tertinggi negara.
Anwar adalah benar apabila menyatakan, "Adalah lansung tidak munasabah bahawa BPR terus menumpukan perhatian mereka terhadap kesahihan video tersebut sedangkan VK Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Vincent Tan dan Tengku Adnan Tengku Mansor yang disebut dalam klip itu masih belum disiasat atau memberi kenyataan awam menafikan perbualan itu".
Kita mencabar Ketua Pengarah BPR yang bernama Ahmad Said Hamdan untuk mengkotakan janjikan untuk menangkap Anwar dan kita akan melihat tragedi sebelum pilihanraya umum 1999 akan berulang dimana rakyat akan berduyun-duyun turun ke tengah ibu kota bagi mempastikan penjahanam-penjahanam negara seperti Ketua Pengarah BPR dan Peguam Negara serta parti Barisan Nasional yang mereka dokong selama ini menerima hukumannya.
Pilihanraya 1999 menyaksikan kemenangan besar Barisan Alternatif yang faktor utamanya ialah "faktor Anwar" dan tidak mustahil ianya akan berulang lagi sekiranya penangkapan Anwar kali kedua ini menjadi kenyataan.
Kita ingin berpesan kepada manusia yang bernama Ahmad Said Hamdan ini bahawa anda boleh menujukkan lagak anda sekali atau dua kali tetapi bukan setiap kali dan setiap hari. Rakyat tidak semudah itu untuk anda perbodohkan atau ugut-ugutkan atau sesuka hati anda untuk memenjarakan mereka.
Sejarah telah merakamkan bahawa setiap yang zalim itu lambat laun pasti menerima hukumannya. Jika tidak ditangan rakyat, Tuhan tetap tidak tidur terhadap apa yang anda lakukan.
Benar saya bernada keras kali ini, memandangkan bahawa kebenaran perlu diletakkan ditempatnya yang lebih abadi, maka terpaksa ianya berbunyi demikian.
0 ulasan:
Catat Ulasan