21 November 2007
Para sahabat dan pejuang Islam berlumba untuk mengejar janji Allah tersebut. Saiyidina Abu Ayub Al Anshari ra ketika berusia 81 tahun syahid di tepi benteng kota Konstantinople. Beliau dan tenteranya tidak berhasil mengejar janji Allah yang diucapkan Rasulullah tersebut. Namun kisahnya juga menepati hadis Rasulullah yang telah diberi Allah wahyu yakni mengetahui perkara-perkara ghaib yang bakal terjadi. Baginda pernah bersabda:
“ Akan ada seorang sahabatku yang pusaranya di tepi kota Konstantinople”
Ternyata jadual Allah yaitu penaklukan kota tersebut, terjadi setelah 700 tahun kemudian di tangan Sultan Muhammad Al Fateh.
Suatu hari, Sultan Murad [ayahanda beliau] berkata kepada Syamsuddin Al Wali [ seorang Syeikh tarikat Naqsyabandiah, berketurunan Rasulullah dan bekas murid Syeikh Bahaudin dari Bukhara]
“ Tuan, tolong doakan moga-moga kota Konstantinople itu jatuh ke tangan saya”
Syamsuddin Al Wali menjawab,
“Bukan di tangan tuan, tetapi di tangan anak yang ada dalam buaian itu” menunjukkan kepada Sultan Muhammad Al Fateh yang masih bayi semasa itu.
Pada masa itu, Konstantinople merupakan ibukota dari kerajaan Romawi yang pada saat itu menjadi superpower dunia. Jadi menurut ilham Syamsuddin Al Wali yang didapati dari Allah, bayi itulah orang yang disebut hadis tersebut.
Kerana keyakinan Sultan Murad dengan hadis itu, maka ia menyerahkan anaknya untuk dididik oleh waliAllah tersebut. Sejak itu Sultan Muhammad Al Fateh dididik dengan disiplin tarekat yang tinggi. Walaupun tinggal di istana, tetapi hidupnya sengaja disusah-susahkan.Dia dilatih hidup miskin dalam kekayaan.Untuk mendidiknya dalam ilmu peperangan, beberapa panglima yang berpengalaman didatangkan oleh ayahnya ke istana.
Hasil didikan ini menjadikan beliau seorang yang mempunyai keperibadian yang unggul. Beliau menjadi Sultan menggantikan ayahandanya semasa berusia 19 tahun. Dia merupakan cendikiawan di zamannya, dan sudah menjadi tradisinya mengumpul para ulama, saintis, cendikiawan dan pakar teknologi untuk berdiskusi dan mengkaji berbagai permasalahan. Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri [self control] yang luar biasa.
Kemampuannya dalam memimpin dan mengatur pemerintahan sangat menonjol. Jiwanya sangat tegas bila berhadapan dengan musuh dan lembut bila berhadapan dengan rakyatnya.
Gurunya, Syeikh Syamsuddin Al Wali telah memberi kefahaman kepadanya bahawa beliaulah yang akan merealisasikan hadis Rasulullah SAW di atas.Beliau sangat yakin dengan berita ghaib yang diterima gurunya ini.
Tetapi beliau tidak hanya tinggal diam dan berdoa sahaja menanti takdir. Beliau didik pula rakyatnya menjadi sebaik2 rakyat. Dia menyedari bahawa hanya pemimpin dan tentera yang bertaqwa sahaja yang akan mendapat bantuan Allah SWT, sesuai dengan Firman Allah:
“ Allah menjadi pembela bagi orang yang bertaqwa”
Beliau dapat menawan kota itu 2 tahun kemudian setelah naik tahta menjadi Sultan, ketika berusia semuda 21 tahun. Baginda punya sikap lemah lembut dan toleransi yang sangat mengkagumkan.
Semua rakyat diberi kebebasan beragama. Orang-orang Nasrani diberi kebebasan untuk menentukan ketua gereja mereka sendiri. Paderi inilah yang bertugas menjaga kesejahteraan kaumnya sendiri. Paderi ini setaraf dengan kedudukan menteri di dalam kerajaan kekhalifahan Bani Uthmaniah [ Ottoman Empire].
Negara Islam seperi itulah yang selamat dan menyelamatkan serta aman makmur, hingga orang2 bukan Islam merasa bahagia serta berlumba2 untuk menjadi rakyat negara Islam.
Tegasnya, hadis tentang kejatuhan Kota besar tersebut memberi gambaran umum akan terjadinya sesuatu perkara yakni ditunjukkan secara umum, sedangkan ilham [berita ghaib] yang tercetus dari pribadi solihin tertentu serta bertaqwa terus menjurus kepada maksudnya secara tepat dan khusus.
0 ulasan:
Catat Ulasan