Diculik 2 jam
Oleh Sarah ZulkifliPenyamun bawa bersama kanak-kanak lima tahun ketika curi kereta
KAJANG: "Hanya Tuhan yang tahu debaran hati saya sepanjang dua jam kehilangan anak. Pelbagai andaian berlegar di fikiran termasuk bimbang nasibnya akan menjadi seperti Nurin Jazlin (Jazimin).
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku apabila dia ditemui semula," kata Aminatun Hariah Umar Baki, 38, yang kehilangan anak bongsunya, Nur Sakinah Mohd Saparudin, 5, ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya dicuri di Taman Jasmin di sini, semalam, sebelum ditemui semula dua jam kemudian di kawasan berhampiran.
Menurut guru Sekolah Menengah Teknik Kajang itu, Nur Sakinah yang mesra dengan panggilan Ina, sedang tidur di tempat duduk belakang dalam Toyota Unser biru miliknya ketika kejadian.
Aminatun berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi, dia dalam perjalanan menghantar anaknya ke sebuah tadika di Taman Jasmin, sebelum sebuah kereta Proton Perdana hitam tiba-tiba terlanggar belakang kenderaannya yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
0 ulasan:
Catat Ulasan